Skip to main content
Pakej Percutian ke New Zealand Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke New Zealand

Percutian epik anda bermula di sini

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Oceania
  4. ›
  5. New Zealand
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
[[ displayedDestinations ]]
Semua Bandar
[[ filterListShowMoreDestination ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

4 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Sangat rugi jika anda mahu ke New Zealand untuk bersantai di dalam bilik dan membazirkan hari-hari anda di sana. Walaupun idea itu kelihatan menarik, pelbagai jenis pengembaraan, aktiviti serta banyak lagi perjkara indah yang anda boleh lihat apabila anda ke New Zealand! Dari bandar-bandar metropolitan yang hebat, bukit-bukau yang luas, laluan Kauri purba, dan juga trek glasier, New Zealand memanggil anda untuk mencari aktiviti lasak sambil melihat pemandangan yang indah. Jika anda bukan orang lasak sekalipun, New Zealand masih boleh menarik perhatian anda. Dengan makanan yang lazat, pemandangan pegunungan, hutan dan tanah yang yang hijau dan segar, New Zealand memberi inspirasi baut mereka yang sedang mencarinya. 

 

APA YANG BOLEH DILAKUKAN DI NEW ZEALAND

 

Aktiviti Lasak Yang Hebat

Mahukan sesuatu yang luar biasa di dalam pengembaraan anda? New Zealand adalah tempatnya! Terdapat kira-kira 4.8 juta orang di New Zealand di dalam kawasan 268,021 km per segi. Itu lebih besar dari United Kingdom dan kira-kira 1/14 penduduknya! Kawasan yang sangat luas ini memberi ruang kepada hutan-hutan, gunung-ganang, tasik yang sagat indah. Tambahan pula, lokasi indah ini juga membolehkan New Zealand untuk menjadi antara negara yang paling terkenal dengan aktiviti lasak! Ini adalah beberapa tempata di mana anda boleh mencari aktiviti lasak di New Zealand.

 

- Bungy jumping: Rasai kerseronokan maksimum apabila anda melompat di platform tertinggi di New Zealand, Ads Nevis Highwire Platform Bungy Jump. Dari ketinggian 134m, anda akan lompat bebas kebawah selama 8.5 saat dan merasai degupan jantung anda! Harga untuk mbungy jump di Nevis would adalah sekitar $195NZD (kira-kira RM485). Lokasi bungy jump lain di New Zeland adalah Auckland Harbour Bridge atau Taupo Bungy di Waikato River.

 

- Menaiki Jet Boat: Tahukah anda, orang Kiwis sendiri yang telah mencipta jet boat?! Ia dicipta untuk melalui sungau Canterbury yang cetek. Kini, ia diguna untuk menelusuri jurang sungai yang sempit, membuat pusingan tajam di gerigi batu atau melalui permukaan sungai yang tirus. Ini adalah pengalaman menaiki bot yang anda harus rasai. Anda ada pilihan menaiki bot jet di Waitoto River. Laluan ini akan bawa anda ke periaran pantai dan masuk ke pergunungan. Anda akan melalui sungai dengan laju dan juga pelajari tentang alam semula jadi dan budaya orang Maori.

 

Bersiar-siar Melihat Keindahan Alam Semula Jadi NZ 

Tidak dapat dinafikan lagi, lanskap di New Zealandadalah adalah antara yang tercantik di dunia. Anda boleh lihat fjords, glaciers hingga ke hilir-hilir bukit yang luas dan menghijau di Middle Earth ini. Di mana lagi anda boleh lihat set penggambaran Lord of the Rings at Matamata yang begitu unik. Atau merentasti sungai yang deras menaiki jambatan sambil melihat kehijuan di Westland Tai Poutini. Anda boleh memilih 13 jenis taman negara dan menerokai keindahan alam semula jadi kira-kira 30,000 kilometer per segi. Kami janjikan tidak akan ada hari yang membosankan di New Zealand.

 

- Tongariro National Park: Ini adalah taman negara yang tertua di New Zealand. Tongariro menjadi taman negara pertama di New Zealand pada tahun 1887. Ia juga merupakan sebuah UNESCO World Heritage Centre. Terdapat 3 gunung berapai yang membuat taman negara ini sangat terkenal. Ia adalah Mt Tongariro, Mt Ruapehu and Mt Ngauruho. Tongariro National Park juga adalah lokasi yang pentian buat puak Maori dan pada masa yang sama, memberi peluang buat anda melihat keindahan alam semula jadi New Zeland yang hebat. 

 

- Arthur’s Pass National Park: Jika anda merancang untuk membawa kereta sambil meilhat keindahan New Zeland, Arthur’s Pass National Park selayaknya di dalam jadual perjalanan anda. Teletak di Selatan Kepulauan New Zealand , anda dapat saksikan lanskap New Zeland yang pelbagai di sekitar anda. Sama ada anda melalui jalan Great Alpine Highway atau menaiki train di TranzAlpine Express, anda tidak akan jemu dengan melihat persekitaran yang cukup indah.

 

APAKAH MASA YANG TERBAIK UNTUK MELANCONG KE NEW ZEALAND

Melancong pada musim panas, anda akan merasai cuaca yang sempura sepanjang perjalanan anda. Malangnya, musim ini adalah di mana susah untuk mendapat penginapan dan harga akan naik mendadak. Musim panas di New Zealand adalah diantara September hingga November.

 

Musim luruh di New Zealand juga adalah masa yang sesuai untuk anda melancong. Melihat daun hijau bertukar ke warna colat, oren dan juga emas adalah pengalaman yang cukup manis. Anda boleh lihat fenomena ini dengan jelas di Wanaka dan di Otago di Selatan Kepulauan New Zealand; atau Hawkes Bay Utara Kepulauan New Zealand. Jalan-jalan pada musim ini juga lebih lengang dari pelancong lain berbanding dengan musim luruh. Kammi mencadangkan anda untul melancong ke New Zealand pada musim ini. Musim luruh di New Zealand akan bermula pada buland Mac hingga ke Mei.

 

Musim sejuk juga sangat indah! Jika anda tidak gemar meluncur salji, mendaki bukit di negara ini juga adalah pilihan yang anda harus lakukan. Perjalanan ketika itu sepi dan pergunungan di situ juga akan diselimuti dengan salji yang putih. Jika ia terlalu sejuk, anda juga boleh berendam di kolam air panas semula jadi sambil melihat pergunungan di dalam perjalanan anda. Musim sejuk di sini bermula pada bulan Jun hingga ke Ogos.

 

Musim bunga juga adalah pilihan yang tepat untuk melancong ke New Zealand. Ini adalah musim di mana bunga-bunga mahu tumbuh dan daun-daun kelihatan lebih hijau. For pengemar taman-taman, ini adalah musim yang istimewa kerana anda boleh lihat keindahan di mana jua anda berada di taman-taman sekitar New Zealand. Di Selatan Kepulauan New Zealand, Christchurch dinamakan sebagai"the Garden City", kerana tiada tempat yang lebih indah pada musim bunga apabila dibandingkan dengan taman-taman di Christchurch. Musim bunga akan bermula pada bulan September hingga ke November.

Sukar untuk anda tidak jatuh cinta dengan keindahan New Zealand – salah satu destinasi paling popular dalam kalangan pelancong. Hal ini kerana, banyak tarikan menarik bertaraf dunia yang tersedia dan ditawarkan untuk anda yang berkunjung ke sini. Malah, New Zealand juga menjadi destinasi tumpuan untuk pasangan berbulan madu disebabkan oleh ketenangan, kedamaian dan keindahan alam semula jadi dan persekitaran yang ditawarkannya.

Secara amnya, perjalanan di New Zealand amat mudah, malah makanan halal dan mesra muslim mudah didapatkan di sini. Tempah pakej percutian ke New Zealand sekarang dan bersama-sama kami menerokai keindahan Taman Negara Tongariro, pantai Waitakere, Golden Bay, Abel Tasman Coast, sungai Waikato, budaya Maori yang menarik, sukan luncur air dan ski bertaraf dunia dan banyak lagi!

Banyak pakej percutian ke New Zealand menanti anda dengan pelbagai aktiviti menarik direka khusus untuk anda melancong ke New Zealand. Rancang percutian anda sekarang! Tidak dinafikan lagi, New Zealand merupakan destinasi ideal sebenar untuk percutian anda yang seterusnya.

Tempah pakej melancong anda ke New Zealand dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Hayati - Tripfez Travel
Hayati
Travel Consultant
Arif - Tripfez Travel
Arif
Travel Consultant
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

FAQ

Bagaimana dengan cuaca di New Zealand?

New Zealand adalah di mana anda akan mengalami cuaca yang terang di siang hari yang lebih panjang dan hujan yang sederhana. Cuaca akan menjadi lebih sejuk apabila anda ke selatan negara ini. Ini dipengaruhi oleh keadaan geografi New Zealand yang bergunung dan lautan di sekitar negara pulau ini.

Bilakah masa yang terbaik untuk ke New Zealand?

New Zealand adalah negara yang sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Sama seperti Australia, musimnya adalah terbalik jika dibandingkan dengan negara kutub utara. Cuaca paling panasnya adalah pada bulan Disember hingga ke Februari dan yang paling sejuk adalah Jun hingga Ogos. Waktu paling ramai pelancong adalah Oktober hingga ke April. Terutamanya ketika musim panas Disember hingga Februari.

Apakah mata wang New Zealand?

Mata wang New Zealand ialah New Zealand Dollar (NZD).

Adakah terdapat perbezaan masa?

Waktu piawai New Zealand ialah 13 jam di hadapan Waktu Min Greenwich (GMT+13). Kira-kira 5 jam hadapan masa Malaysia.

Apalah jenis palam elektrik biasa di New Zealand?

Elektrik di New Zealand adalah 230/240 volt, walaupun kebanyakan hotel menyediakan palam elektrik 110-volt AC. Jenis palam yang diigunakan adalah 2 pin leper berbentuk V. 3 pin yang digunakan juga berbentul V ditambah dengan pin ground  (seperti muka sedih).

Bolehkah saya minum air paip di New Zealand?

Air paip di New Zealand adalah segar dan selamat untuk diminum di mana-mana anda berada. Tapi jika anda tidak berminat dengan meminum air paip, anda juga boleh minum air botol yang disediakan di seluruh negara New Zealand.

Bagaimakah perasaan memandu di New Zealand?

Sebagai pemandu di Malaysia, pastinya tiada masalah apabila anda memandu di New Zealand kerana mereka juga memandu di bahagian kiri jalan. Apabila anda tiba di kawasan luar bandar mereka, anda boleh rasa geografi pergunungan New Zealand di mana jalanya tinggi, mungkin sedikit sempit. Namun begitu, pemandangannya pasti menakjubkan.

Pakej Terlaris

New Zealand Pakej Percutian TempohHarga
Percutian Dramatis Pulau Selatan New Zealand 8H7M Hubungi Kami
Melihat New Zealand 5H4M Hubungi Kami
Kemegahan dan Keindahan Pulau Utara & Selatan New Zealand 9H8M Hubungi Kami
Majestic New Zealand North & South Island Tour 11H10M Hubungi Kami