Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Alam semula jadi dan budaya bersatu
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Pulau Pangkor atau Pangkor Island menampilkan elemen gaya hidup santai dengan suasana kampung yang menenangkan sambil menerokai keindahan pasir pantai yang memutih dan kehidupan marin laut yang menarik. Walaupun Pulau Pangkor dibayangi oleh pulau-pulau besar lain yang popular di sini seperti Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Tioman – keunikan dan keindahan pulau ini yang lain daripada yang lain pasti akan menarik minat anda. Percutian pantai yang santai bukan hanya padat dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, malah menjanjikan keindahan alam semula jadi yang luar biasa! Pulau Pangkor; destinasi tepat untuk percutian anda. Pulau Pangkor ialah sebuah pulau resort yang terletak di Daerah Manjung, Perak, Malaysia.
Malaysia mengalami fasa peralihan monsun dari bulan November hingga Februari dan biasanya menerima hujan yang banyak. Namun begitu, pulau ini tidak begitu terkesan dengan perubahan monsun ini dan bersedia menerima pengunjung sepanjang tahun. Pulau Pangkor terletak di pantai barat Malaysia, dan mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Musim hujan bermula dari bulan April hingga Oktober, manakala musim kering bermula dari Oktober hingga April.
Perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor boleh diakses melalui Lebuh Raya Simpang Pulau-Lumut dan Lebuh Raya Pantai Barat. Ia terletak kira-kira 2 jam dari Bandar Ipoh dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba dari Jeti Lumut. Lawatan ke Pulau Pangkor boleh menjadi sedikit mencabar untuk anda yang tidak boleh memandu sendiri. Tiada jambatan yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar kerana terdapat polisi untuk mengehadkan jumlah kenderaan di pulau itu untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Selain itu, jalannya yang sempit dan berliku-liku akan menguji kemahiran memandu anda. Justeru, anda dinasihatkan untuk menyewa motosikal sekiranya bercuti ke sini.
Pulau Pangkor terkenal sebagai destinasi percutian pantai dengan pemandangan semula jadi yang memukau. Anda boleh mencuba pelbagai jenis sukan air di Pulau Pangkor seperi menyelam, snorkeling dan lawatan pulau serta mendaki Bukit Pangkor yang popular di sini. Di Pulau Pangkor, aktiviti tepi pantai seperti snorkeling dan lawatan pulau merupakan aktiviti yang wajib dilakukan jika berkunjung ke sini. Pulau Sembilan, contohnya, merupakan salah satu kluster daripada sembilan pulau yang tidak berpenghuni di Pulau Pangkor yang terkenal dengan beberapa lokasi menyelam. Pulau 'White Rock' merupakan lokasi menyelam paling popular di sini. Namun begitu, perlu diingatkan agar pelancong sentiasa berhati-hati semasa berkunjung ke sini. Hal ini kerana, arus ombak lebih deras di sekitar kawasan ini. Pelbagai spesies batu karang, ikan bayan, ikan tenggiri, ikan alu-alu, hump head wrasses dan beberapa spesies hidupan lain boleh didapati di sini. Namun begitu, aktiviti menyelam hanya boleh dilakukan dan tersedia pada bulan November hingga Mac.
Sekiranya anda larat, anda disyorkan untuk mendaki hutan di sekitar Bukit Pangkor. Pulau ini menempatkan beberapa rizab hutan hujan seperti Tortoise Hill, Telur Segadas Hill dan hutan dara berhampiran Resort Pangkor Laut untuk tahap pendakian yang lebih mencabar. Walau bagaimanapun, laluan mendaki yang paling popular dalam kalangan pendaki ialah puncak tertinggi di pulau ini iaitu Pangkor Hill. Pendakian bermula dari Pasir Bogak dan berakhir berhampiran pantai Pangkor. Oleh itu, anda disyorkan untuk membawa pakaian lebih untuk mandi-manda di sana selepas pendakian.
Jika anda ingin lari daripada kebiasaan, terdapat beberapa lokasi tarikan lain di sekitar Pulau Pangkor yang boleh anda pertimbangkan termasuk tinggalan sejarah lama Dutch Fort atau Kota Belanda yang terletak di tengah-tengah Pulau Pangkor. Ia merupakan satu-satunya lokasi bersejarah yang berada di Pulau Pangkor. Kota Belanda ini merupakan tinggalan bangunan lama yang pernah digunakan oleh Belanda beratus-ratus tahun yang lalu sebagai tempat simpanan bekalan timah. Kota ini hanya terletak berhampiran dengan pantai Pangkor. Sama seperti pulau-pulau lain, Pulau Pangkor menjanjikan segala-gala yang anda impikan kecuali pulau ini tidak sesibuk dan sepadat pulau-pulau popular lain di Malaysia, sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Lawatan ke pulau ini tidak lengkap tanpa menjamu makanan laut yang popular di sini. Pulau Pangkor menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang segar dengan harga yang murah dan berpatutan sambil menikmati kedamaian dan ketenangan panorama di sini. Pelbagai pilihan restoran makanan laut boleh didapati di sepanjang pantai dengan pilihan makanan laut segar yang semestinya akan memuaskan keinginan makanan laut anda.
Percutian ke Pulau Pangkor sempurna buat anda yang menginginkan suasana santai bersama keluarga dan tersayang sambil menikmati alam semula jadi yang mendamaikan. Bersantai di tepi pantai atau beristirahat di atas buaian; Pulau Pangkor menjanjikan seribu satu pengalaman percutian yang tidak boleh dilupakan. Pulau Pangkor – destinasi percutian ideal yang menggabungkan alam semula jadi dan warisan, menjanjikan pengalaman unik dan santai sepanjang percutian anda.
Tempah pakej melancong anda ke Pulau Pangkor dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918Pulau Pangkor Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Percutian Pangkor | 3H2M | Hubungi Kami | |
Percutian Menakjubkan di Anjungan Beach Resort | 3H2M | Hubungi Kami | |
Bulan Madu Pulau Pangkor @ Sandy Beach Resort | 3H2M | Hubungi Kami |