Skip to main content
Pakej Percutian ke China Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke China

Penerokaan bumi China yang penuh misteri dan unik.

  1. Halaman Utama
  2. Asia
  3. China

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

China merupakan negara ketiga terbesar di dunia selepas Rusia dan Kanada. China boleh dikatakan sebagai sebuah tanah purba yang penuh dengan misteri, kaya dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang mengagumkan. China terkenal dengan sejarah dinastinya; dinasti pertama di China ialah Dinasti Xia diikuti oleh dinasti-dinasti lain seperti Dinasti Qin, Han, Tang, Min, dan Qing. Pakej Percutian ke China menjanjikan banyak tarikan-tarikan menarik tumpuan pelancong – tapak purba lama, istana maharaja, pelbagai keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan, warisan budaya, adat yang unik dan lain-lain.

China atau turut dikenali sebagai Republik Rakyat China merupakan negara dengan bilangan penduduk paling ramai. China menawarkan pakej percutian menarik dengan pelbagai lokasi warisan tempatan dan mercu tanda budaya yang popular dan unik untuk diterokai. Salah satu mercu tanda popular dan ikonik di China ialah Tembok Besar Cina. Ia merupakan siri dinding tembok purba dan dinding tembok terpanjang di dunia yang terletak di utara China. Pada tahun 2007, Tembok Besar Cina diisytiharkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang baharu dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987. Ia menjanjikan panorama yang indah berlatarbelakangkan pemandangan alam semula jadi yang mempersonakan.

Juga jangan ketinggalan untuk menyaksikan pemandangan indah Kota Larangan atau Forbidden City di Beijing yang sentiasa menjadi lokasi tumpuan pelancong asing. Kompleks Istana ini merupakan antara lokasi yang wajib dilawati oleh pelancong yang berkunjung ke China kerana ia popular sebagai tapak warisan sejarah terbesar dan terpelihara oleh Kerajaan China. Ia juga merupakan salah satu daripada lima istana penting yang terdapat di dunia selain Istana Versailles di Perancis, Istana Buckingham di United Kingdom, Rumah Putih atau White House di Amerika Syarikat dan Kremlin di Rusia. Selain itu, Forbidden City juga merupakan lokasi tarikan tunggal paling popular di China. Menariknya, Forbidden City merupakan istana yang pernah menjadi kediaman rasmi Maharaja pada zaman Dinasti Ming dan Qing iaitu kira-kira selama 560 tahun (sejak 1911) dengan keseluruhan seramai 24 orang Maharaja pernah tinggal di sini. Kini, istana ini menempatkan banyak peninggalan budaya dan sejarah China yang unik. Malah, ia turut dikenali sebagai 'Muzium Istana' dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar dan melawat Muzium Tapak Makam Maharaja Qinshihuang di Xian yang menempatkan ribuan Tentera Terracotta, Istana Musim Panas (Summer Palace), Temple of Heaven, melihat panda besar di Chengdu dan banyak lagi aktiviti menanti anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda seorang Muslim dan ini merupakan percutian pertama anda ke China. China menjanjikan pelbagai pilihan makanan yang Halal dan Mesra Muslim. Makanan halal di sini dikenali sebagai 'Qingzhen Cai' (清真菜) dalam bahasa tempatan. Dengan populasi penduduk Muslim yang agak ramai di sini, makanan halal senang didapati terutamanya di kebanyakan bandar-bandar besar di China. Jika anda berkunjung ke sini, anda akan mendapati banyak restoran dan gerai makanan Muslim di bandar-bandar besar atau pekan-pekan kecil di China yang dikendalikan oleh sebahagian besar pendatang Muslim yang berasal dari barat China yang menetap di sini. Selain itu, terdapat juga sejumlah restoran asing yang beroperasi di sini yang menambahkan lagi pilihan makanan halal di China. Restoran Muslim di China yang patut anda cuba jika berkunjung di sini antaranya Beijing Muslim Restaurants, Shanghai Muslim Restaurants, Guilin Muslim Restaurants dan Harbin Muslim Restaurants.

Kesemua kawasan tumpuan pelancong di China ini sedia menanti kehadiran dan kunjungan anda pada bila-bila masa. Pakej percutian ke China menjanjikan keseronokan dan kepuasan maksimum untuk anda. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke China serta mengagumi keindahan dan kehijauan alam semula jadi yang digabungkan dengan seni bina moden dan lama yang menakjubkan serta kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat setempat. Jom terokai China!

Tempah pakej melancong anda ke China dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant
Arif - Tripfez Travel
Arif
Travel Consultant
Bulan - Tripfez Travel
Bulan
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }