
Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Kepulauan Permata Kedah
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Pulau Langkawi adalah percutian yang dipenuhi dengan hutan rimba yang luas dan pantai yang menakjubkan. Pulau langkawi terletak di hujung Laut Andaman di bagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Dengan ukuran yang hampir sama dengan Singapura, Langkawi dikelilingi oleh pantai yang indah dan karst kapur yang menjulang tinggi (umpama Ha Long Bay kecil di Vietnam) untuk memukau anda dengan pemandangan yang sudah menakjubkan. Pulau Langkawi yang indah ini telah inspiraikan slogan rasmi mereka, "Naturally Langkawi" pada tahun 2012.
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan Langkawi pulau yang sangat menarik untuk dikunjungi, seperti kemudahan untuk anda datang ke pulau ini, dan ia juga boleh dikunjungi sepanjang tahun. "Permata Kedah" ini mempunyai lebih dari 100 pulau dan pulau kecil, hutan rimba yang menghijau dan tempat membeli-belah yang murah. Walaupun membeli-belah menjadi tumpuan yang terkenal di Langkawi, pulau seluas 478,5 km persegi ini telah pun bebas cukai sejak tahun 1987, menjadikan aktiviti membeli-belah amat popular di tambah pula dengan keindahan alam semula jadinya.
Pulau Langkawi sesuai untuk mereka yang mahu bersantai, sakan membeli-belah, mahukan pemandangan indah dan macam-macam lagi. Untuk dipendekan cerita, Pulau Langkawi sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan usia. Dengan begitu banyak perkara menarik untuk dilakukan, melawat ke setiap tempat menarik di Pulau Langkawi memerlukan masa berminggu-minggu! Bagi mereka yang tidak mempunyai masa yang lama untuk bercuti sudah tentu ada beberapa lokasi yang wajib anda lawat di Pulau Langakwi.
Untuk pemandangan yang indah, anda boleh memilih untuk melawat pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi, Dengan beratus-ratus pulau yang tidak berpenghuni di sekitar Pulau Langkawi, melawat pulau-pulau adalah salah satu aktiviti yang popular untuk dilakukan di Langkawi. Taman laut yang tenang mempunyai hutan bakau, gua, dan kanopi hutan hujan juga amat digemari oleh pemerhati burung di Kilim Geopark.
Mahukan harga murah untuk barangan yang anda mahukan? Tempat membeli-belah Bebas Cukai di Langkawi adalah untuk anda! Sebagai wilayah bebas cukai, anda boleh mendapatkan semua jenis barang dengan harga lebih murah. Dari pakaian hingga minyak wangi, diskaun dapat berkisar antara 25% hingga 75%. Membeli-belah mungkin merupakan sebab kedua terbaik (selepas pantai) mengapa orang melakukan perjalanan ke Pulau Langkawi.
Mahukan pemandanagan Lnagkawi dari atas? Naik ke Sky Bridge Langkawi dengan menaiki kereta kabel. Perjalanan 15 minit ini adalah di mana anda dapat melihat pemandangan kehijauan Pulau Langkawi yang sangat indah 660 meter di atas paras laut. Sebaik sahaja anda berada di puncak, anda boleh bersiar-siar di The Sky Bridge dan mencari lokasi yang sesuai untuk mengambil gambar pemandangan dari atas.
Tempah pakej melancong anda ke Pulau Langkawi dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
Pulau Langkawi Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Percutian Keluarga di Langkawi | 3H2M | Hubungi Kami | |
Bulan Madu Terindah Pulau Langkawi | 3H2M | Hubungi Kami |