Skip to main content
Tripfez masih beroperasi seperti biasa. WhatsApp kami di +60 16-309 3685 atau e-mel di hello@tripfez.com.
Kami telah menghubungi semua pelanggan pakej percutian daripada Tripfez antara Mac hingga Mei 2020. Hubungi kami jika anda belum menerima maklumat dari kami. [Latest Updates]
Pakej Percutian ke Arab Saudi Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Arab Saudi

Sebuah perjalanan menuju Tuhan

  1. Halaman Utama
  2. Middle East
  3. Arab Saudi

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan[[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Arab Saudi ialah sebuah negara yang menjanjikan percutian yang luar biasa, dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi dan tapak arkeologi yang memukau serta landskap yang indah. Arab Saudi ialah salah satu daripada dua negara yang dinamakan sempena nama keluarga diraja mereka. Arab Saudi terkenal sebagai tempat kelahiran Islam, menempatkan dua masjid paling suci bagi umat Islam; Masjid al-Haram di Mekah – destinasi tumpuan utama Jemaah Haji saban tahun, dan Masjid an-Nabawi di Madinah – menempatkan makam Rasulullah SAW.

Mekah (Makkah al-Mukarramah) terletak di barat Arab Saudi dan merupakan bandar paling suci bagi umat Islam. Oleh sebab itu, orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk masuk ke bandar ini. Madinah (Madinah al-Munawwarah) pula ialah ibu kota bagi wilayah al-Madinah di Arab Saudi. Madinah antara lain menempatkan tiga masjid terpenting Islam, antaranya al-Masjid an-Nabawi, Masjid Quba, Masjid al-Qiblatayn (masjid dua kiblat). Pelancong Muslim yang berkunjung ke Arab Saudi boleh menunaikan Umrah di tanah suci Mekah. Semasa bulan Zulhijjah iaitu semasa musim Haji, Kota Mekah menerima bilangan pengunjung seramai lebih tiga juta jemaah setiap tahun. Manakala, semasa musim Umrah pada bulan suci Ramadan, lebih daripada dua juta pelawat mengunjungi tanah suci ini dan Mekah menerima kira-kira empat juta pelawat sepanjang baki tahun selebihnya.

Arab Saudi mempunyai banyak tarikan menarik semula jadi yang mengagumkan untuk diterokai dengan keindahan variasi topografi, hutan hijau, gunung-ganang, padang pasir dan tarikan-tarikan menarik lain yang ada di sini. Lawati Arab Saudi dan menyelami keunikan dan keindahan destinasi-destinasi Islamik menarik yang ditawarkan. Pelbagai pakej percutian ke Arab Saudi yang meliputi tarikan-tarikan pelancongan utama di Arab Saudi menanti anda. Anda berpeluang menerokai Medain Salleh, salah satu keajaiban sebenar dunia dan merupakan tapak arkeologi yang wujud sejak Kerajaan Nabatean lagi. Selain itu, anda boleh menerokai Taif dan berjalan-jalan di sekitarnya dan berpeluang menyaksikan istana merah jambu yang terletak di natara puncak tebing yang menakjubkan. Anda juga berpeluang mengagumi bangunan Uthmaniyyah dengan warna karat di kota lama Jeddah. Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di pasar tradisional, gedung dan kompleks beli-belah yang tersedia di sini. Di Arab Saudi, pusat beli-belah bukan sekadar destinasi beli-belah, namun turut popular sebagai lokasi bersosial dan tempat makan keluarga. Terdapat beratus-ratus pusat beli-belah di sini. Namun begitu, tidak lengkap perjalanan anda ke sini jika tidak berkunjung ke Riyadh Gallery. Pusat beli-belah setinggi tiga tingkat ini menawarkan pelbagai pilihan barangan daripada barangan berjenama antarabangsa dan mewah sehinggalah barangan berjenama tempatan. Menariknya, pusat beli-belah ini dilengkapi dengan masjid dan tasik buatan.

Lelaki Arab mudah untuk dikenali kerana mereka memakai thawb (turut dieja thobe atau thaub) iaitu sejenis jubah tradisional berwarna putih. Perkataan thawb berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud 'pakaian'. Selain itu, lelaki Arab juga sering menutup kepala mereka dengan ghutrah atau serban kepala yang terdiri daripada pelbagai warna, namun warna merah dan putih biasa digunakan dalam kalangan lelaki Arab. Untuk wanita Arab pula, mereka biasanya memakai lapisan jubah luar yang dikenali sebagai abaya dan selendang yang dipanggil sebagai Shayla. Wanita Arab biasanya menutup aurat mereka dan hanya membiarkan muka dan pergelangan tangan sahaja yang terdedah. Namun begitu, ada sebahagian wanita Arab yang menutupi hampir keseluruhan badan kecuali mata dan pergelangan tangan. Bahasa rasmi di Arab Saudi ialah bahasa Arab. Jika anda berkunjung ke Arab Saudi, bahasa Inggeris sering kali menjadi cabaran kerana kebanyakan penduduk di sini tidak bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Terdapat beberapa bahan popular yang biasanya dikaitkan dengan masakan Arab Saudi antaranya gandum, nasi, kambing, ayam, yoghurt, kentang, makanan laut dan kurma. Kabsa merupakan salah satu makanan popular di Arab Saudi dan dianggap sebagai makanan rasmi Arab Saudi. Ia merupakan hidangan yang menggabungkan nasi, daging dan sayur-sayuran. Selain itu, banyak hidangan tradisional dan tempatan lain yang menggunakan bahan yang sama seperti kambing, yoghurt, nasi dan kentang sebagai ramuan utama hidangan. Antara makanan tempatan lain yang boleh anda cuba sepanjang percutian anda di Arab Saudi adalah seperti Jalamah, Saleeg, Martabak, Ma'amoul, Tharid, Hininy, Gursan, Harees, Shawarma dan banyak lagi. Makanan tempatan Arab Saudi sangat pedas dan berempah. Kambing dan ayam merupakan menu yang biasa ditemui, daging lembu merupakan menu yang jarang ditemui sementara daging babi dilarang di bawah undang-undang Islam di sini. Negara ini merupakan sebuah negara Islam. Oleh itu, mendapatkan makanan halal di Arab Saudi tidak menjadi masalah terutamanya dalam kalangan pelancong Muslim kerana terdapat banyak restoran halal di sini.

Mata wang rasmi Arab Saudi ialah Saudi Riyal (SAR). Namun begitu, mata wang Euro, Dolar Amerika, Paun British dan mata wang Asia yang lain masih diterima secara meluas di Arab Saudi. ATM boleh didapati di mana-mana lokasi di seluruh Arab Saudi, malah di kebanyakan kafe-kafe moden, restoran dan hotel menerima transaksi tanpa tunai dan kad kredit. Namun begitu, anda juga turut disarankan untuk sentiasa membawa tunai. Hal ini kerana, masih terdapat restoran tempatan dan tradisional yang hanya menerima tunai sahaja sebagai kaedah pembayaran.

Tempah pakej melancong anda ke Arab Saudi dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu

Travel Consultant

Syahir

Travel Consultant

Bulan

Travel Consultant

Ramly

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8601 3685
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }