Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Warisan dan tradisi pelbagai budaya
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Apabila cakap sahaja tentang Pulau Pinang, anda pasti boleh bayangkanya. Bunyian dan aromanya. Hentakan senduk besi ke atas kuali hitam di atas api yang deras untuk memasak Char kway teow. Pelayan memberi anda satu pinggan nasi kandar yang dipenuhi ayam goreng yang sudah dipotong, kuah kari hitam yang melimpah. Atau merasai kemanisan Cendol yang menggoda pada dibawah pada hari yang terik. Macam mana pun anda bayangkan, reputasi Pulau Pinang sebagai 'syurga makanan' di kalangan pelancong dan bahkan penduduk tempatan adalah amat sesuai buat negeri ini. Dan walaupun Pulau Pinang menawarkan pelancong yang datang untuk mengunjungi pelbagai jenis masakan Melayu, Cina dan India yang unik, Pulau Pinang juga mempunyai tarikkan sejarah dan pelbagai peninggalan masa lampau di mana anda boleh lawati ketika anda ke sana.
Jika mahu lari sebentar dari arena makanan, kekayaan warisan budaya Pulau Pinang juga cukup untuk anda pergi dan berkunjung ke negeri ini. Di kenali sebagai Mutiara Timur, Pulau Pinang adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan juga salah satu kawasan peninggalan bagi salah satu koleksi rumah dan rumah kedai sebelum Perang Dunia Kedua yang terbesar di Asia Tenggara. Seperti mana di Melaka, lokasi Pulau Pinang yang strategik di sepanjang Selat Melaka menjadikannya pusat perdagangan penting untuk Eropah, Timur Tengah, India, dan China selama lebih dari 500 tahun. Pertukaran budaya selama berabad-abad antara timur dan barat telah mengurniakan bandar ini dengan warisan pelbagai budaya yang berbeza yang tidak seperti di tempat lain di Asia Tenggara.
Kota Georgetown, secara khususnya, berjaya menerapkan kemodenan sambil mengekalkan tradisi masa silamnya. Gabungan seni bina, seni jalanan, dan makanan lazat yang unik, anda pasti berpuas hati apabila anda berjalan-jalan di kawasan ini. Tidak seperti mana-mana bandar yang biasa, di mana anda pergi dari satu tarikan ke yang lain, Georgetown terasa seperti sebuah tarikannya yang sendiri. jika anda menghabiskan hari anda di Georgetown, anda boleh lihat rumah pusaka warisannya yang sebenar dan anda masih merasa seperti anda berada di bandar di laur negara. Untuk pemandangan indah atau bersantai di tepi pantai, anda juga boleh menaiki trem ke Bukit Bendera atau menuju ke Pantai Batu Ferringhi atau Tanjung Bungah. Bagi pencinta alam semula jadi, Taman Negara Pulau Pinang semestinya mesti dikunjungi!
Dari makanan jalanan yang menarik hingga mural artistik. Dari jalan semula jadi ke warisan budaya yang wujud sejak beratus-ratus tahun. Pulau Pinang berjaya menggabungkan apa yang menjadikan Malaysia begitu terkenal. Kaleidoskop makanan dan budaya dari pelbagai etnik yang tinggal berdampingan. Tidak kira berapa kali anda berkunjung ke Pulau Pinang, tidak pernah gagal untuk memikat.
Tempah pakej melancong anda ke Pulau Pinang dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918Pulau Pinang Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Lost Paradise Penang (Free and Easy) | 3H2M | Hubungi Kami |