Skip to main content
Pakej Percutian ke Uzbekistan Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Uzbekistan

Sejarah Islam Yang Masih Kekal Ke Hari Ini

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Uzbekistan

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Salah sebuah destinasi percutian yang menarik dengan pemandangan yang memukau, Uzbekistan merupakan sebuah negara Asia Tengah dan bekas republic Soviet. Terkenal dengan bandar-bandar ‘mistik’ seperti Samarkand, Bukhara dan Khiva yang terkenal dengan 4 M; masjid, mausoleum, madrasah (sekolah) dan pasar (market) serta lokasi-lokasi lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera iaitu sebuah laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean. Samarkand, sebuah bandar utama di laluan ini mempunyai sebuah bangunan dengan seni bina Islamik: Registan, sebuah kompleks dengan tiga struktur bangunan madrasah agama yang dihiasi dengan mozek yang dibina pada abad ke-15 dan ke-17.

Lawati pasar tertua di negara ini dan pasar tempatan paling ikonik di Tashkent; Chorsu Bazaar, rasai pengalaman yang tenang dan mendamaikan di Pergunungan Chimgam dengan pemandangan yang indah, terokai rahsia silam bangunan tertua di Bukhara – Bukhara Ark, selami keindahan Mausoleum Ismail Samanid, salah satu mausoleum paling indah serta banyak lagi lokasi-lokasi tarikan menarik yang tersedia di sini menanti anda. Selain itu, populasi Muslim di Uzbekistan yang melebihi 80 peratus menjadikan makanan halal dan mesra Muslim senang didapati. Anda berpeluang merasai makanan tempatan Uzbekistan yang popular dan ikonik seperti Kurt, Morkovcha, Shivit Oshi, Sumalak dan banyak lagi.

Tidak seperti mana-mana destinasi percutian lain, keajaiban dan keindahan Uzbekistan tiada tolok bandingnya. Uzbekistan penuh dengan budaya, tradisi dan warisan yang tersendiri daripada rekaan tekstil yang unik sehinggalah seni ukiran tembikar yang halus. Uzbekistan menjanjikan seribu satu keindahan dan keunikan untuk dilawati dan diterokai. Tempah pakej percutian ke Uzbekistan sekarang dan bersedialah untuk menerokai keunikan sejarah serta keindahan seni binanya yang semestinya akan membuatkan anda terpesona.

Tempah pakej melancong anda ke Uzbekistan dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Arif - Tripfez Travel
Arif
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }