Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Terbaik Dari 2 Buah Benua
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Rasai pengalaman unik menerokai tarikan-tarikan terbaik di Turki. Terokai tarikan semula jadi dan bersejarah Turki, selami budaya dan warisan Turki dan jangan lepaskan peluang merasai makanan tempatan Turki yang menyelerakan. Pakej Percutian ke Turki menjanjikan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati dan diterokai. Nikmati kepelbagaian landskap di Cappadocia, Pantai Mediterranean di Antalya yang menakjubkan dan monumen bersejarah di Istanbul. Turki menawarkan pengalaman sekali seumur hidup yang mengujakan buat mereka yang berkunjung ke negara ini. Turki bukan sebuah negara yang kecil; ia berukuran kira-kira dua kali ganda bahagian Semenanjung Malaysia. Buat pelancong yang berkunjung ke sini, sekurang-kurangnya seminggu atau mungkin sebulan diperlukan untuk menerokai setiap pelusuk negara yang menghubungkan timur dan barat ini. Walaupun anda hanya menghabiskan masa selama beberapa hari di sini, anda mungkin akan terpikat dengan kepelbagaian tradisi, warisan dan budaya di sini serta makanan tempatannya yang menyelerakan.
Sama seperti Malaysia, terdapat beberapa bangunan bersejarah di dunia yang terletak di Turki. Turki yang terletak di persimpangan georgrafi di antara timur dan barat ini kaya dengan warisannya yang tersendiri serta monumen bersejarah yang unik. Beberapa siri pemimpin dan empayar termasuk Rom, Byzantium dan Uthmaniyyah telah meninggalkan warisan mereka yang masih boleh dikunjungi dan disaksikan sehingga ke hari ini. Daripada bandar pelabuhan purba Efesus (Efes) sehinggalah kubah katedral patriarki Kristian Ortodoks Yunani, Hagia Sophia - lawatan ke Turki tidak lengkap jika tidak melawat lokasi-lokasi bersejarah yang ikonik dan sinonim dengan negara ini. Lokasi wajib kunjung ini menjanjikan sebuah pengalaman unik yang semestinya akan memberikan satu kenangan manis untuk dikenang. Selain itu, terdapat beberapa lokasi popular yang wajib dilawati jika berkunjung ke Turki seperti Masjid Biru, Pamukkale, Muzium Istana Topkapi, Grand Bazaar dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah jika ramai yang jatuh cinta akan keindahan dan kedamaian Turki.
Mercu tanda yang memukau, pemandangan alam semula jadi yang indah, legasi sejarah, budaya dan hospitaliti Turki yang menarik menanti anda. Malah, keindahan dan keunikan Turki tidak dapat digambarkan dengan perkataan sekali pun. Pinggir pantai Mediterranean yang dihiasi dengan lautan yang hangat dan membiru, menarik ribuan pengunjung saban tahun untuk berenang dan bersantai di bawah langit Turki yang cerah. Malah, serombong pari-pari atau 'fairy chimney' yang penuh magis yang mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk menambahkan lagi keindahan bumi Turki. April, Mei, September dan Oktober merupakan bulan terbaik untuk melawat Turki. Hal ini kerana, semasa tempoh ini cuaca tidak terlalu panas dan sedikit hangat. Tempoh ini juga sesuai untuk melawat bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Turki, selain sempurna untuk berjalan-jalan di Lycian Way serta kawasan pantai yang lain. Suhu mula menurun pada penghujung bulan Oktober dan bulan seterusnya. Terdapat pengunjung yang memilih untuk berkunjung ke Turki pada tempoh ini untuk menyaksikan keindahan bumi Turki yang diselaputi salji. Lokasi ikonik di Turki juga kurang sibuk pada masa ini disebabkan kurang pengunjung berbanding bulan biasa.
Turki juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan yang menyelerakan. Rasai pengalaman makan sayuran Aegean yang dimasak menggunakan minyak zaitun, kupang goreng atau sandwic kokoreç di Pasar Ikan bersejarah di Beyoglü dan makanan-makanan popular lain di Turki. Juga jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan ikonik Turki seperti baklava (lapisan pastri berkilat yang diadun bersama kacang yang dicincang halus, digaulkan bersama sirap) sebagai pencuci mulut. Pengembaraan anda di bumi Turki tidak lengkap jika anda tidak mencuba salah satu makanan popular di Turki iaitu kebab; lapisan daging kambing yang dihiris nipis dihidangkan bersama sos tomato dan kepingan roti tradisional Turki, dihiasi dengan yogurt dan mentega di bahagian atasnya.
Bahasa Turki, Kurmanji, Arab dan Zazaki ialah bahasa etnik yang biasa digunakan dan dituturkan di Turki. Terdapat beberapa bahasa etnik lain yang digunakan termasuk dialek Turki, bahasa Balkan, Laz, Armenia dan Circassian. Dengan lebih 70 peratus penutur, bahasa Turki ialah bahasa etnik yang paling biasa digunakan di Turki. Bahasa Inggeris tidak digunakan secara meluas di Turki kecuali di kawasan tumpuan pelancong dan pusat-pusat pelancongan seperti Sultanahmet, Cappadocia atau bandar-bandar peranginan seperti di Pantai Mediterranean dan Aegean. Selain itu, penduduk di sini berjabat tangan antara satu sama lain atau mencium kedua-dua belah pipi apabila bertemu.
Selain itu, Turki juga terkenal dengan amalan tradisi dan ritual yang menarik yang tidak akan ditemui di mana-mana destinasi lain di seluruh dunia. Salah satu tradisi menarik yang ada di sini ialah mempelawa tetamu atau seseorang minum teh Turki. Ia merupakan tradisi yang unik yang diamalkan oleh penduduk di sini. Sama ada anda berkunjung ke rumah orang lain atau singgah di mana-mana kedai atau destinasi sepanjang berada di sini, tuan rumah atau pemilik kedai akan mempelawa anda secawan air teh Turki sebagai tanda selamat datang. Teh Turki bukan sekadar sejenis minuman berwarna merah tua yang dihidangkan dalam gelas kaca berbentuk tulip; ia merupakan simbol tradisi dan hospitaliti, keramahan dan kemesraan penduduknya. Selain itu, masyarakat di Turki juga terkenal dengan sikap ketidaksabaran mereka terutamanya semasa berada di jalan raya. Bunyi hon kereta bersahut-sahutan dan mungkin banyak kedengaran sepanjang anda berada di sini. Walau bagaimanapun, bunyi hon juga dikaitkan dengan acara-acara tradisi penting seperti perkahwinan. Oleh itu, jika bunyi hon kedengaran, ia mungkin disebabkan oleh majlis perkahwinan yang sedang berlangsung pada ketika itu.
Turki; sebuah destinasi percutian yang mengujakan, menarik dan mempesonakan. Turki menjanjikan keindahan alam semula jadi yang unik di samping keunikan seni bina lama yang semestinya akan memukau setiap mata yang berkunjung ke sini. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Turki dan merasai sendiri keindahan dan keunikan bumi Turki yang semestinya menjadi impian setiap pelancong.
Tempah pakej melancong anda ke Turki dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918Turki Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Turki 2020 (Musim Panas) | 10H7M | Hubungi Kami | |
Turki 2020 (Musim Luruh) | 10H7M | Hubungi Kami | |
Turki 2020 (Musim Bunga) | 10H7M | Hubungi Kami |