Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Pakej Umrah
  4. ›
  5. Testimoni Jemaah Umrah bersama Tripfez

Testimoni Jemaah Umrah bersama Tripfez

"Perkara yang menyeronokkan tentang Umrah dengan Tripfez ialah bilangan kumpulan jemaah yang kecil. Pergerakan menjadi lebih mudah dan senang untuk berkenal-kenalan. Mutawwif yang berpengalaman membuatkan saya rasa selamat sepanjang ibadah Umrah saya bersama Tripfez."

—Illy Suhana & Illy Maznah

"Dari hari pertama, sampai hari terakhir, memang terbaik. Kalau nak bawak satu family untuk Umrah, kita akan bawak dengan Tripfez. Bestnya Umrah dengan Tripfez, ialah benda tak ada dalam jadual perjalanan pun, bila kita suggest Tripfez akan cuba tunaikan. Sangat selesa. Kumpulan yang kecil. Kumpulan kami sangat akrab dengan satu sama lain. Mesra macam satu family."

—Noorrul Nizam Harun & Hasni Liana Hj Ahmad
Pertama kali dengan Tripfez

"Pakej Umrah Tripfez sangat fleksibel sebab bilangan jemaah kurang dari 30 orang. Semua santai dan relaks. Nak pergi satu tempat ke satu tempat pun selesa sebab tak ramai orang. Umrah bersama Tripfez dalam kumpulan kecil terasa lebih mesra. Ia memudahkan kita untuk bertanya soalan kepada Mutawwif."

—Illy Farehah bt Ahmad Ramudzan & Firdaus bin Idin

"Pengurusan Tripfez memang terbaik dan Mutawwifnya juga terbaik. Pakej Umrah bersama Tripfez Alhamdulillah sangat selesa. Walaupun membawa anak yang kecil, perjalanan kami rasa mudah dan semua berjalan lancar. Penginapan di Mekah sangat selesa. Di Madinah pula, ada pelbagai ziarah kecil-kecilan di sekitar masjid dan cerita-cerita yang istimewa yang diberikan."

—Suhaimi bin Tarmizi & Illy Maznah binti Ahmad Ramudzan

"Kalau dijemput lagi datang untuk membuat Umrah, memang confirm ambil dengan Tripfez, kerana layananya secara jujurnya memang sangat bagus. Walaupun ini kali pertama saya memilih Tripfez, tapi layanan Tripfez memang hebat. Kalau layanan memang baik, memang orang akan nak lagi datang"

—Muhamaad Syukri bin Roslee, Muhammad Fitry Hamizan bin Hamzah Pakir & Mohd Zulhilmi bin Abdul Rahman
Pertama kali dengan Tripfez

"Dari mula pejalanan, ketika, hinggalah ke akhirnya, saya rasa Tripfez memang terbaik. Bukan saya sahaja, tapi semua jemaah. Simple dan efektif. Jadual memang padat, tapi di atur dengan baik jadi ada masa untuk berehat dan juga ada masa untuk kita beramal di masjid. Tempat-tempat kita lawati, bagi saya memang saya berpuas hati. InsyaAllah kita akan pergi lagi dengan Tripfez."

—Ahmad Ramudzan bin Muda & Zanabung bt Kaling
Pertama kali dengan Tripfez

"Pakej Tripfez memang murah sikit dari pakej-pakej yang lain. Penerbangan juga selesa makan juga cukup. Alhamdullilah selesa. Hotel juga selesa jadi tiada masalah untuk bawa anak-anak."

—Hamzah Pakir bin Hj Zakaria & Wan Khairunnisa binti Wan Ahmad Rafaii

Mahukan Umrah Yang Lebih Istimewa?

Agensi Umrah Berlesen

Tripfez Travel adalah penerima sijil lesen khas Umrah berstatus Muassasah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Kami Sedia Membantu

Tidak jumpa apa yang dicari? Tak mengapa, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }