Skip to main content
Pakej Percutian ke Glasgow Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Glasgow

Bandar sibuk, sofistikated dan meriah, kaya dengan identitinya yang tersendiri

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Glasgow ialah bandar terbesar di Scotland dan menawarkan banyak destinasi menarik untuk diterokai dan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Glasgow menjanjikan keseronokan dan kepuasan terbaik untuk anda, sama seperti apa yang anda impikan daripada sebuah bandar besar Eropah daripada keindahan seni bina klasik dan kontemporari sehinggalah kebudayaan dan kesenian tempatannya. Dalam erti kata lain, Glasgow merupakan destinasi percutian terbaik untuk anda menyelami budaya tempatan, membeli-belah atau menikmati hidangan asli tempatan.

Bandar ini menempatkan beberapa galeri seni yang menarik, muzium bersejarah, karya seni jalanan yang unik dan banyak lagi tarikan-tarikan menarik lain. Kelvingrove Art Gallery and Museum, Glasgow Cathedral, Riverside Museum, Glasgow Botanic Gardens, George Square, Hunterian Art Gallery adalah antara lokasi tarikan menarik tumpuan pelancong di Glasgow. Menerokai bangunan-bangunan indah dengan seni bina yang menakjubkan, bersiar-siar di sekitar taman-taman yang ada di sini dan menikmati pemandangan Glasgow yang indah. Selain itu, Glasgow juga merupakan syurga membeli-belah dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dan mewah.

Apa yang menarik tentang Glasgow ialah bandar ini mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah, teksi dan bas. Oleh itu, anda berpeluang menerokai bandar ini dengan mudah dan lancar tanpa menjejaskan percutian anda. Jika anda pertama kali berkunjung ke Glasgow, anda digalakkan untuk menerokai keindahan dan keunikan Glasgow dengan menaiki bas. Kesimpulannya, pakej percutian ke Glasgow menjanjikan satu percutian yang menarik dan sempurna. Rancang percutian anda sekarang, tempah pakej percutian ke Glasgow dan nikmati pelbagai tarikan dan keindahan yang ditawarkan oleh Glasgow.

Tempah pakej melancong anda ke Glasgow dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8601 3685
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }