Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Bandar pelabuhan
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Sydney, ibu kota New South Wales dan salah satu bandar terbesar di Australia. Terletak di pantai timur laut Australia, yang terkenal dengan rumah Opera Sydney, dengan reka bentuk yang menarik seperti kapal layar. Penduduk bandar dikenali sebagai "Sydneysiders." Sydney telah menganjurkan acara sukan antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Musim Panas 2000. Sydney telah menjadi kawasan kerajaan tempatan yang paling pesat berkembang di seluruh New South Wales. Selain itu, Sydney adalah tarikan utama bagi syarikat korporat dan tokoh perniagaan.
Lebih baik untuk menempah percutian anda dari Oktober hingga April untuk menikmati cuaca cerah di Sydney. Oleh itu jangan lupa minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan mengoles pelindung matahari atau krim tabir suria pada muka dan badan untuk mengelakkan selaran matahari.
Dari Sydney Opera House bersejarah yang berdasarkan pembinaan kejuruteraan dan kemajuan teknologi, menjadikan ikon ini menjadi salah satu tempat seni persembahan yang terkenal. Sementara Sydney Harbour Bridge adalah mercu tanda besar yang berbentuk melengkung kincir yang indah yang dicat menggunakan warna kelabu kerana cat yang diperlukan hanya boleh didapati di warna kelabu sahaja. Darling Harbour adalah tempat bagi mereka yang mencari aktiviti membeli-belah, hiburan, makan, aktiviti luaran dan dalaman. IMAX, kelab malam, makan malam, Madame Tussauds dan banyak lagi menunggu anda di sini. Berjalan-jalan di sekitar Bondi Beach untuk menikmati aktiviti luaran seperti bermain golf, menonton ikan paus, melayari atau bersiar-siar di salah satu pantai yang terkenal di dunia.
Jangan lupa menempah Pakej Percutian ke Sydney untuk menikmati kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan keluarga dan kawan anda di sini!
Tempah pakej melancong anda ke Sydney dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918Sydney Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Sydney X Melbourne | 7H6M | Hubungi Kami |