Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Pelancong yang datang ke Sri Lanka akan terus ke pantai berpasir putih untuk meluncur air. Tetapi, tersembunyi di kehijauan pergunungan pulau itu, terletak Kerajaan Kandy. Di sinilah anda boleh menemui kawasan menarik yang penuh ladang teh, bukit-bukau dan kereta api kereta api yang terkenal. Laluan kereta api ini boleh dianggap sebagai salah satu perjalanan kereta api yang paling indah di dunia kerana ia melalui landskap yang menakjubkan seperti ladang teh hijau yang segar dan anda juga boleh lohat gunung -ganang sejauh mata memandang.
Kandy berada di kedudukan geografi yang stretegik di mana kawasan mereka amat sukar untuk dimasuki. Oleh kerana itu Kerajaan Kandy dahulu berjaya menahan kemajuan penjajah Portugis dan Belanda. Sifat semangat Kandy yang membuatkan Kandy mampu mengekalkan adat, budaya dan seni yang unik untuk jangka masa yang lamasebelum mereka akhirnya dijajah oleh pemerintahan British pada tahun 1815. Kandy juga menempatkan beberapa seni bina yang mengagumkan dari masa lalu dan ditambah pula dari zaman kolonialnya . Tetapi semua ini tidak dibandingkan dengan seni bina di mana susasnanya damai di Temple of the Sacred Tooth Relic, kuil keagamaan Buddha yang paling penting, dan dikatakan sebagai lokasi sebahagian daripada gigi Buddha.
Bandar yang kecil dan menawan ini telah mengekalkan jalan-jalan yang luas dan tidak terlalu moden. Kandy mempunyai sejarah dan budaya sebagai tarikan buat pelancong yang mahu bercuti di Kandy. Bandar ini terkenal dengan festival Kandy Esala Perahera yang hebat (yang diadakan setiap tahun pada bulan Julai / Ogos), tetapi kehidupan dan daya tarik budayanya membuatkan lawtan ke Kandy sangat berbaloi.
Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918