Skip to main content

Pakej All-In vs Pakej Ground

Mustahil untuk sesuatu pakej memenuh semua citarasa pelancong yang berbeza. Justeru, anda bebas untuk memilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh memilih Pakej Ground untuk menikmati percutian yang bebas atau sertai Pakej Lawatan Berkumpulan kami untukj menikmati pakej percutian All-In.

Apakah perbezaan antara Pakej Ground dan Pakej Pelancongan Berkumpulan? Kami akan menerangkan perbezaan antara kedua-dua pakej ini dan mencadangkan pakej yang sesuai untuk anda.

Pakej Ground

Semua Pakej Ground kami termasuk pengambilan di lapangan terbang, hotel dan lawatan ke destinasi tumpuan. Sarapan pagi disertakan tetapi makanan lain bergantung pada pakej. Namun begitu, kami akan menunjukkan lokasi makanan halal yang berhampiran untuk memudahkan anda.

Pakej Ground terdiri daripada pakej aktiviti bebas (lebih banyak masa lapang untuk anda meneroka sendiri) sehinggalah percutian yang lebih pantas (lebih banyak lawatan ke lokasi menarik dan pengalaman yang lebih menerujakan). Anda akan disediakan pemandu pelancong yang akan menjemput anda di hotel untuk lawatan ke destinasi tumpuan. Anda boleh memilih lawatan persendirian (private tour) atau lawatan bersama pelancong antarabangsa lain (seat-in-coah). Apa pun pilihan anda, semestinya akan membuat anda teruja.

Anda boleh menikmati lebih fleksibiliti dengan Pakej Ground. Pilih mana-mana tarikh yang anda inginkan dan sekurang-kurangnya seorang teman (minimum 2 orang).

Insurans perjalanan dan visa (jika perlu) sudah termasuk dalam pakej kami. Kami juga boleh mengubah-suai pakej mengikut permintaan anda.

Pakej Ground sesuai untuk anda jika:

  • Anda telah menempah tiket penerbangan belum merancang aktiviti di destinasi
  • Anda tiada tarikh yang tetap untuk melancong
  • Anda melancong bersama kawan-kawan dan keluarga dan mahukan kami menguruskan urusan logistik
  • Anda suka percutian yang fleksible
  • Anda mahu mengubah-suai pakej mengikut permintaan anda.

Pakej All-In

Pakej All-In ini termasuk tiket penerbangan pergi balik dari Malaysia ke destinasi pilihan. Jesturu, kami akan menyediakan segalanya untuk anda sebelum anda berlepas sehinggalah anda pulang ke tanah air.

Semua pakej All-In kami termasuk tiket penerbangan, pemandu pelancong, hidangan, visa, tip dan lain-lain. Semua urusan logistik akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Jadi, anda hanya perlu hadir dengan bagasi dan kamera anda sahaja.

Anda akan melancong bersama kumpulan kecil (maksimum 30 orang) dari lapangan terbang di Malaysia. Dari sana pemandu pelancongan yang berpengalaman akan mengetuai perjalanan anda ke lokasi yang ingin dituju. Anda akan dibawa melawat ke lokasi yang menarik, mendalami budaya masyarakat setempat dan melakukan aktiviti-aktiviti unik seperti bermain ski atau memetik buah. Makanan biasanya disediakan.

Insurans perjalanan, visa (jika perlu) dan tip sudah termasuk dalam pakej kami. Tiada kos yang tersembunyi. Anda perlu bayar harga yang tertera sahaja.

Anda juga boleh menikmati penjimatan yang lebih banyak sambil melancong ke destinasi impian anda dengan pakej pelancongan berkumpulan kami.

Pakej All-In sesuai untuk anda jika:

  • Anda mahukan percutian yang mudah
  • Anda melancong bersama anak kecil atau warga emas. Kami akan menguruskan semuanya untuk anda. Anda hanya perlu mencipta memori indah bersama keluarga dan teman
  • Anda ingin menikmati penjimatan yang lebih banyak sambil melancong ke destinasi
  • Anda melancong buat kali pertama dan mahu melawat lokasi-lokasi yang menarik dengan mudah

Pilih mana-mana pakej yang sesuai buat anda dan kami sedia membantu anda jika anda memerlukan pertolongan. Hubungi kami

Kami ialah pakar percutian Muslim anda»