Skip to main content
Pakej Percutian ke Kaherah Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Kaherah

Sekilas lawatan ke destinasi tumpuan pelancong di Kaherah

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Middle East
  4. ›
  5. Mesir
  6. ›
  7. Kaherah

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Kaherah, bandar yang tidak pernah tidur persis Kuala Lumpur ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk anda. Dengan lebih daripada 19 juta orang penduduk yang menetap di bandar mega ini, suasana dan keadaan di Kaherah sedikit padat, namun masih lagi mengekalkan keindahan dan kecantikan bandarnya. Sambil berjalan-jalan di sekitar Kaherah, kedengaran laungan seruan azan dari beberapa menara masjid yang berbeza dari segenak pelusuk, bunyi hon daripada kenderaan dan penduduk tempatan dan pelancong bergegas ke destinasi-destinasi tumpuan masing-masing yang memecah keheningan.

Monumen dan bangunan indah serta bersejarah tersergam indah di sekitar bandar ini. Gereja-gereja dibina di atas bekas tapak Rom, bangunan pencakar langit di sebalik monumen zaman pertengahan menambahkan lagi seri bandar ini. Ibu kota Mesir ini terkenal dengan pemeliharaan dan pemuliharaan monumen Tujuh Keajaiban Dunia Kuno yang terakhir. Namun begitu, destinasi ini bukan sahaja terkenal dengan Piramid Giza, malah banyak lagi destinasi menarik lain yang tersedia di sini menanti kehadiran anda.

Berjalan-jalan dan membeli cenderamata di Khan el-Khalili yang menjual pelbagai barangan antik dan permata sebenar sebagai tanda kenang-kenangan. Menerokai setiap pelusuk pasar yang terkenal dengan pelbagai jenis barangan kulit dan barangan-barangan lain yang unik dan cantik. Selepas seharian berjalan menerokai pasar di sekitar bandar ini, hilangkan penat anda dengan menikmati hidangan kopi Mesir yang sedap. Pasar ini juga menempatkan beberapa kafe terkenal tumpuan pelancong, antaranya El Fishawy – salah satu kafe tertua di sini yang sudah dibuka lebih daripada 250 tahun dahulu.

Tempah pakej melancong anda ke Kaherah dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Anis - Tripfez Travel
Anis
Travel Consultant
Nash - Tripfez Travel
Nash
Travel Consultant
Faisul - Tripfez Travel
Faisul
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }