Skip to main content
Pakej Percutian ke Kemboja Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Kemboja

Destinasi Asia anda seterusnya

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Kemboja
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
[[ displayedDestinations ]]
Semua Bandar
[[ filterListShowMoreDestination ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

6 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Cambodia atau Kemboja merupakan salah satu destinasi paling menarik di Asia Tenggara yang terletak di antara Thailand dan Vietnam. Terokai Kemboja dan anda semestinya akan teruja dan terpesona dengan pelbagai jenis tarikan-tarikan semula jadi dan buatan manusia yang tersedia di sini daripada pantai dan skap bandar rayanya sehinggalah hutan hijau serta tasik dan sungainya. Dan sejak sedekad yang lalu, industri pelancongan Kemboja kini kian meningkat. Ia semestinya didorong oleh alam semula jadi Kemboja yang menarik, tapak arkeologi yang unik dan keindahan pantainya yang memukau menjadikan Kemboja salah satu lokasi tumpuan pelancong. Seperti kita sedia maklum, Angkor Wat merupakan lokasi ikonik di negara ini dan merupakan salah satu elemen dalam bendera rasmi negara. Oleh sebab itu, percutian ke Kemboja tidak lengkap dan sempurna jika tidak melawat kuil lagenda ini. Selain itu, landskap luar bandar Kemboja juga turut menjadikan lokasi ini lokasi percutian sempurna untuk menerokai keunikan dan keindahan flora dan fauna semula jadi.

Selain terkenal dengan pantai dan hutan hijau yang indah selain seni bina yang menarik, Kemboja juga terkenal dengan beberapa lokasi tarikan tumpuan pelancong. Sebagai contoh, Angkor menjadi ibu kota Empayar Khmer dari abad ke-9 hingga abad ke-14. Angkor dipenuhi dengan artifak sejarah lama menjadikannya salah satu tapak arkeologi terpenting di Asia Tenggara. Tinggalan ribuan kuil-kuil lama boleh ditemui di sekitar tanah pertanian dan sawah termasuk kuil Angkor Wat yang terkenal, salah satu monumen agama terbesar di dunia. Selain itu, anda juga boleh menerokai Phnom Penh, bandar terbesar dan tersibuk di Kemboja yang terletak di persimpangan Sungai Mekong dan Tonlé Sap. Phnom Penh yang terkenal dengan julukan "permata Asia" menjanjikan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik untuk dilawati dan diterokai termasuk Royal Palace, Silver Pagoda, National Museum of Cambodia, Wat Phnom Buddhist Temple, Tuol Sleng Genocide Museum, Choeung Ek Genocidal Center, Tuol Tompoung Market dan banyak lagi.

Kemboja menawarkan banyak aktiviti lain untuk dilakukan sepanjang percutian anda ke Kemboja. Untuk pelancong Muslim khususnya, anda boleh memilih untuk menyelami budaya Kemboja yang unik dengan menyaksikan pertunjukan Tarian Apsara, menyelusuri Tonle Sap Lake, menaiki tuk-tuk yang terkenal, merasai pengalaman mencuba zip-lining yang bertaraf dunia, melawat Honeybee dan berpeluang menyaksikan spesies lebah madu Asia seperti Apis Dorsata, Apis Cerana, dan Apis Florea serta pelbagai spesies lebah Trigona atau melawat Landmine Museum.

Walaupun Kemboja bukan negara Islam dan Buddha merupakan agama utama di negara ini, banyak restoran-restoran di Kemboja khususnya di sekitar Siem Rap menawarkan pilihan makanan halal dan mesra Muslim. Taj India Restaurant di kawasan Old Market menyajikan pilihan makanan India, D'Wau Restaurant di sekitar Wat Bo menawarkan pilihan makanan Malaysia manakala Chamtours.com berhampiran Viva Mexican Restaurant menyediakan pilihan makanan Vietnam. Restoran-restoran ini merupakan antara pilihan restoran makanan halal dan mesra Muslim yang boleh didapati di Kemboja. Hidangan Kemboja atau Khmer sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hidangan Cina, Thailand dan Vietnam. Jika anda melawat Kemboja, tidak lengkap jika anda tidak mencuba makanan tempatan Kemboja seperti Fish Amok (ikan kelapa kukus dalam daun pisang), Samlor Machu Trey (sup ikan masam manis), Nom Banh Chok (mi Khmer) dan banyak lagi.

Kemboja mempunyai satu bahasa rasmi iaitu bahasa Khmer. Ia dituturkan oleh hampir 90 peratus penduduk negara ini. Bahasa ini digunakan dalam pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan di semua peringkat, media dan lain-lain. Bahasa Khmer merupakan bahasa Austroasiatik kedua paling banyak dituturkan  selepas bahasa Vietnam. Walaupun kebanyakan penduduk Kemboja bertutur dalam bahasa Khmer, penduduk di kebanyakan bandar-bandar besar dan lokasi tumpuan pelancong boleh bertutur dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Jepun, Korea, Cina, Thailand dan Vietnam selain bahasa Khmer. Namun begitu, untuk memudahkan komunikasi dan interaksi budaya semasa berada di sana, anda disarankan untuk mempelajari beberapa perkataan-perkataan mudah di dalam bahasa Khmer. Riel Cambodia merupakan mata wang rasmi Kemboja. Walaupun Riel (CRI) merupakan mata wang rasmi Kemboja, USD lebih banyak digunakan dan diterima di kebanyakan hotel, restoran, kedai-kedai dan lokasi tarikan. Malah, ATM di sini mengeluarkan wang dalam mata wang USD berbanding mata wang tempatan. Selain itu, perlu diingatkan bahawa untuk setiap transaksi yang anda lakukan semasa berada di sana dengan menggunakan USD, apa-apa lebihan baki jika kurang daripada USD1 akan dipulangkan dalam mata wang tempatan. Mata wang Baht Thai dan Dong Vietnam juga turut diterima di sesetengah lokasi tarikan di Kemboja.

Terokai sekilas keunikan Asia Tenggara Purba sepanjang percutian anda ke Kemboja, semestinya akan menjanjikan pemandangan dan panorama alam semula jadi yang memukau dan seni bina yang unik. Kemboja sememangnya destinasi percutian yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi, pencinta sejarah dan yang paling penting, destinasi sempurna buat semua lapisan masyarakat. Jom bercuti ke Kemboja. Semoga perjalanan anda ke Kemboja baik-baik sahaja.

Tempah pakej melancong anda ke Kemboja dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Aizat - Tripfez Travel
Aizat
Travel Consultant
Amalina - Tripfez Travel
Amalina
Travel Consultant
Nash - Tripfez Travel
Nash
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Pakej Terlaris

Kemboja Pakej Percutian TempohHarga
Lawatan Phnom Penh 3H2M Hubungi Kami
Lawatan Phnom Penh 4H3M Hubungi Kami
Lawatan Phnom Penh 5H4M Hubungi Kami
Siem Reap 5H4M Hubungi Kami
Siem Reap 4H3M Hubungi Kami