
Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Sebuah pulau yang penuh dengan aura kerohanian dan ketenangan
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Apabila orang bayangkan pengembaraan ke Asia Tenggara yang penuh budaya dan keindahan, Bali sentiasa berada di dalam senarai bandar yang harus dilawati. The Island of the Gods ini adalah di mana melihat lanskap pergunungan di Mount Batur, sebuah pengalaman yang menakjubkan. Berjalan di pepasir putih Kuta yang lembut, pasti menenangkan. Menerokai budaya ratusan tahun Bali di Uluwatu Temple, sebuah pengalaman yang eksotik. Dengan pelbagai aktiviti untuk dibuat dan perkara untuk dilihat, Bali berjaya menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia untuk rasai sendiri kehidupan di sana. Untuk pelancong yang gemar ke Bali, yang mahukan pengalaman yang lain dari lain, penduduknya menjemput anda dengan keramahan mereka. Dan bagi mereka yang pertama untuk ke Bali, ini adalah pengalaman melancong yang pasti anda tidak akan lupa.
Walaupun boleh dikatakan kehidupan di Bali amat santai, terdapat banyak aktiviti untuk anda lakukan di sana. Di bawah adalah beberapa lokasi yang WAJIB anda lawati apabila anda melancong ke Bali, dan juga nota-nota penting yang anda harus tahu.
TEMPAT YANG TERBAIK UNTUK ANDA MELAWAT DI BALI
Bali terkenal dengan budaya mereka yang eksotik. Seni bina mereka juga mudah untuk anda ingati kerana keunikanya dan keindahan alam semula jadi mereka yang luar biasa. Ini adalah beberapa tempat yang anda boleh lawati di Bali.
KUIL-KUIL
- Pura Ulun Danu Temple: Ini adalah kuil yang terapung di Lake Beratan. Terletak di pergunungan Bedugul, kuil yang memukau ini adalah kuil yang paling “underrated” di dalam senarai ini. Pura Ulun Danu Temple mempunyai aura misteri apabila di lihat dari jauh dengan latar belakang pergunungan kabusnya sambil ia terapung di Beratan Lake.
- Tanah Lot Temple: Tanah Lot adalah kuil yang terkenal di Bali. Seperti sebuah pulau yang tersendiri, Tanah Lot adalah sebuah kuil yang pasti akan membuat anda terpegun. Kuil ikonik ini terletak di atas batu yang berukuran kira-kira 3 ekar dan hanya 20m dari persisiran pantai. Apabila anda di atas Tanah Lot sambil melihat keunikan seni binanya, anda boleh dengar ombak berdentum di bawah anda. Pada waktu-waktu istimewa, anda boleh lihat persembahan tarian Kecak Fire Dance di situ juga. Anda boleh ke Tanah Lot yang hanya 19km dari Denpasar.
- Pura Luhur Uluwatu Temple: Berbeza dengan Tanah Lot, Uluwatu pula terletak di hujung tanjung sebuah bukit yang tinggi. Kuil yang terletak 70 meter di atas paras laut ini tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbenam sambil menikmati pemandangan perairan Lautan India. Selepas itu, anda juga boleh menikmati perembahan tarian Kecek Fire Dance di amphitheatre Uluwatu.
- Pura Lempuyang: Kuil ini yang terkenal dengan "Gateway to Heaven”. Terletak di puncak Mount. Lempuyang, kuil purba ini memberi anda pemandangan gunung berapi Agung yang indah diatantara dua pintu.
Nota Penting: Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan apabila anda ke kuil-kuil di Bali. Dan jangan kacau sesi penyembahan. Orang Bali akan berterima kasih jika anda menghormari budaya mereka.
PANTAI
- The Nusa Islands: Di tenggara Bali, terdapat 3 pulau yang terletak di bawah Nusa Islands. Nusa Lembongan, Nusa Penida, and Nusa Ceningan. Lanskap yang dan bukit yang unik di sini menawarkan pemandangan lautan yang membiru. Ini telah menarik ramai pelancong untuk ke Nusa Islands. Anda boleh berdiri di tanjung bukit 150m di atas paras laut sambil menikmati pemandangan Lautan India yang indah. Di Nusa Islands ini juga anda boleh mencuba cliff diving, snorkeling dan meluncur air. Apa-apa aktiviti laut yang anda idamkan, kesemuanya ada di Nusa Islands.
- Balangan Beach: Anda boleh mencari Balangan Beach di selatan Bali. Ia hanya 40 minit dari lapangan terbang Denpasar. Pantai ini semakin terkenal kerana lokasinya yang Instagrammable di tanjung bukit melihat perairan Lautan India yang membiru. Bagi penggemar meluncur air, di sini adalah lokasi yang sesuai buat anda semua. Anda boleh jumpa ombak yang tinggi dan besar di mana-mana sepanjang 200m pantai ini.
- Pasir Putih Beach: Jika anda mahu bersantai sahaja di tepi pantai, Pasir Putih Beach adalah pilih utama anda. Diberi gelaran "The Hidden Beach", Pasir Putih Beach adalah seperti disorok di antara dua bukit yang menghijau. Anda boleh cari kerusi di tempat yang anda mahukan atau berjalan di atas pepasir yang memutih di sepanjang pantai 400 meter ini. Pokok kelapa yang tinggi dibuai angin pantai membuatkan aura di pantai ini sangat menenagkan.
KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI
- Sekumpul Waterfall: Sekumpul Waterfall boleh dikatakan antara air terjun yang paling indah di Bali. Untuk pelawat dan penggemar ambil gambar, tempat ini bagaikan sebuah mimpi. Pelbagai air terjun berukuran kira-kira 85m dikelilingi kejihauan hutan Bali adalah definasi percutian tropikal yang menakjubkan. Pemandangan yang indah, suasana yang tenang, dan bunyi dentuman aiir terjun, pasti membuat perjalanan ke Sekumpul Waterfall sangat berbaloi. Air terjun ini 2.5 jam dari Denpasar.
- Tegalalang Rice Field: Perjalanan ke Bali seperti tidak lengkap jika tidak ke Tegalalang Rice Field. Lembah ini memberi anda pemandangan Bali yang menghijau di lereng bukit sawah padi yang bertingkat. Dari atas, anda boleh lihat lanskap yang unik di sini. Anda boleh ke Tegalalang Rice Field yang hanya 20 minit dari Ubud.
BAGAIMANA CUACA DI BALI
Terdapat dua musim apabila anda mahu ke Bali. Musim kering dan musim hujan. Begantung pada apa yang anda mahu capai, di bawah adalah bagaimana cuaca di Bali adalah pilihan anda.
Musim Kering (April - Oktober)
Musim kering ini adalah musim di mana ramai pelancong mahu ke Bali. Musim kering mebuat aktiviti seperti mendaki bukit dan melawat ke kuil-kuil di Bali sangat mudah tanpa cuaca menjadi penghalang. Anda boleh dapatkan cuaca yang nyaman ketika musim ini. Walaupun musim ini ramai pelancong, kami mencadangkan anda utnuk melawat diantara bulan April, Mei, Jun dan September. Ini adalah bulan selepas musim puncak dan selepas orang ramai pulang. Cuaca pada musim ini kebiasaanya diantara 22°C - 32°C .
Musim Hujan (November - Mac)
Jika anda mahu melancong ke Bali dengan bajet yang rendah, anda boleh pilih musim hujan. Ketika ini, harga hotel adalah di tahap paling rendah dan menempah meja di restoran terkenal juga sangat mudah. Apabila di Bali, hujan bukannya kekangan untuk anda beristirehat. Anda boleh menikmati sesi mengurut badan dan spa yang istimewa di kebanyakan hotel di sana. Malangnya, melawat Bali pada musim ini adalah cuaca Bali yang lembab, nyamuk dan, hujan yang lebat. Langit sentiasa gelap, dan apabila hari yang tidak hujan, ia selalunya lembab.
Nota peting melawat ke Bali
Mata Wang – Indonesian Rupiah (IDR)
Ibu Kota – Denpasar
Bahasa – Indonesia dan Bahasa Inggeris
Time Zone – GMT+8
Calling Code – +62
Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.