Skip to main content
Pakej Percutian ke Perth Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Perth

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Oceania
  4. ›
  5. Australia
  6. ›
  7. Perth
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

Gambaran Keseluruhan

Perth, salah satu destinasi percutian terbaik di dunia dan popular dalam kalangan pelancong tempatan mahu pun antarabangsa. Popular dengan keindahan pantainya yang bertaraf dunia dan taman-taman yang luas dan kaya dengan flora dan fauna semula jadi, diserikan lagi dengan kota metropolis dengan bangunan kaca tinggi dan keunikan budaya seni yang terkenal di seluruh rantaunya. Perth yang dahulunya sebuah bandar terpencil yang tidak sebegitu popular dan hambar, kini diangkat dan dijulang sebagai lokasi percutian yang wajib dilawati dan diterokai dalam kalangan pelancong. Hari ini, anda berpeluang menerokai keindahan seni dan budayanya yang unik, merungkai kedamaian taman-taman dan lokasi rekreasinya serta merasai sendiri makanan tempatan yang menyelerakan. Perth; destinasi percutian yang menjanjikan keindahan semula jadi bertaraf dunia – langit biru, pantai indah, cuaca baik dan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Percutian anda ke Perth tidak lengkap jika anda tidak berjalan-jalan di sekitar pantai Perth atau membasahkan kaki anda ke dalam lautnya. Anda akan terpesona dengan keindahan dan ketenangan di sepanjang pantai Perth yang terkenal dengan pasir yang putih dan air yang berwarna biru. Airnya yang jernih membolehkan anda melihat ke dalam dasarnya sambil menikmati keunikan spesies ikan yang berwarna-warni.

Perth City Beach: Jika anda menginap di Pusat Perth, pantai ini merupakan pantai yang paling mudah untuk diakses. Anda boleh bersantai dan berjemur di bawah cahaya matahari atau berjoging di sebelah pagi. Bukan sahaja terletak berdekatan dengan pusat bandar (kira-kira 5-10 minit perjalanan), Perth City Beach juga menawarkan kemudahan yang sangat baik seperti kafe untuk menikmati keindahan pantai, selain menyediakan suasana renang yang selamat untuk seisi keluarga. Cottesloe Beach: Pantai ini dikategorikan sebagai 'poster boy' atau popular dalam kalangan penduduk dan pelancong di sini. Hal ini kerana, pasir pantainya yang lembut berwarna keemasan, ditambah pula dengan air laut Lautan Hindi yang jernih berwarna biru, hamparan panjang pain Norfolk di sepanjang persisir pantainya menambahkan lagi keindahan pantai ini terutamanya mereka yang baru pertama kali berkunjung ke sini. Anda boleh memandu ke Cottesloe Beach yang terletak kira-kira 23 minit perjalanan dari pusat bandar atau anda juga boleh menaiki bas atau kereta api dengan harga $5-$7 (kira-kira RM14.21-RM19.10).

Jika anda sedang mencari percutian ringkas jauh dari kesibukan kota dan bangunan pencakar langit, Perth menjanjikan ruang hijau terbuka yang sempurna untuk anda lawati. Perth terkenal dengan taman-taman yang banyak di segenap inci bandarnya, kaya dengan pepohon yang tinggi menghijau, rumput terbuka yang luas dan terjaga, sesuai untuk anda bersantai dan beriadah bersama keluarga dan tersayang sambil menikmati keindahan alam semula jadi di bandar Perth yang indah dan memukau.

Kings Park: Taman seluar 990 ekar ini juga merupakan taman dalam bandar terbesar di dunia (lebih besar berbanding New York's Central Park). Terletak di bahagian barat daya Pusat Bandar, terdapat Taman Botani di Kings Park dengan lebih daripada 3,000 spesies flora dan fauna asli, pemandangan bandar dan Swan River yang mengagumkan semasa anda berjalan-jalan di sekitar Lotterywest Federation Walkway di antara kanopi pokok Eucalyptus (pokok kayu putih) tinggi. Lake Monger: salah satu taman yang paling menarik di Perth dan turut menempatkan angsa hitam yang terkenal di Perth. Tasik ini dipenuhi dengan pepohon yang menghijau, laluan pejalan kaki dan berbasikal yang luas yang menjadikannya popular dalam kalangan penduduk tempatan mahu pun pelancong asing beriadah. Selain itu, cuaca di Perth yang mendamaikan juga turut menjadikannya lokasi yang sempurna untuk berkelah. Taman ini terletak di pinggir bandar Leeder Ville, 10 minit jarak perjalanan dari pusat bandar Perth.

Peningkatan bilangan pelancong Muslim yang berkunjung ke Perth, disokong oleh latar belakang bandar ini yang berbilang budaya dan penduduk telah mendorong Perth untuk meningkatkan fasiliti yang menyajikan makanan halal. Kini, anda boleh lihat di bandar ini kebanyakan kedai roti, restoran makanan segera, kafe, restoran makanan barat dan asia dilengkapi dengan sijil pengesahan halal daripada pihak berkuasa halal Australia di pintu-pintu masuk kedai. Malah, anda juga berpeluang menikmati makanan asli Malaysia di restoran-restoran tempatan di sini.

Kafe Insan: Restoran Malaysia ini menyajikan makanan asli Melayu. Jadi, jika anda merindui masakan Melayu semasa berada di Perth, anda boleh berkunjung ke sini. Pelbagai pilihan makanan Melayu disediakan di sini seperti nasi goreng, mee goreng, sate malah roti canai turut disediakan di sini! Untuk penggemar makanan citarasa timur tengah pula, kami mengesyorkan anda untuk berkunjung ke Istanbul Turkish Restaurant. Di sini, anda boleh mendapatkan makanan tipikal Turki seperti kebab dan teh pudina. Kuantiti makanan yang disajikan pula sememangnya mencukupi untuk mengenyangkan anda. Selain itu, anda juga boleh melawat Kailis Fish Market Café: Restoran yang memenangi anugerah ini menyajikan pelbagai pilihan BBQ makanan laut dan 'fish and chip' yang paling sedap di sekitar di kawasan ini.

Walaupun Perth lebih seronok dilawati semasa hari cerah, terdapat beberapa bulan-bulan lain yang kami syorkan untuk anda lawati. Masa terbaik untuk melawat Perth ialah semasa musim bunga iaitu pada bulan September hingga November. Semasa musim bunga, anda boleh menikmati keindahan dan kesegaran bauan bunga yang berkembang mekar di Kings Park dan menikmati saat-saat indah berjalan-jalan di sekitar Elizabeth Quay. Anda juga berpeluang menyaksikan pelbagai spesies bunga semasa festival bunga yang berlangsung pada musim bunga ini juga. Suhu semasa musim bunga boleh mencecah setinggi 20° dan boleh turun serendah 11°. Harga bilik hotel semasa musim bunga lebih tinggi berbanding musim lain di Perth.

Masa kedua terbaik untuk melawat Perth ialah semasa musim luruh iaitu dari bulan Mac sehingga Mei. Bilangan pengunjung kurang ramai pada musim ini berbanding pada musim bunga. Oleh itu, jika anda ingin lari daripada keramaian manusia, tawaran hotel yang lebih murah berbanding biasa, cuaca yang ideal untuk aktiviti sukan air; musim luruh ialah musim yang terbaik untuk percutian anda. Musim panas bermula dari Disember sehingga Februari dengan suhu panas boleh mencecah serendah 17.5°C sehingga setinggi 30°C. Sebaliknya, hujan lebat dan ribut petir biasa berlaku semasa musim sejuk (Jun hingga Ogos).

Tempah pakej melancong anda ke Perth dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Kevin - Tripfez Travel
Kevin
Travel Consultant
Sarah - Tripfez Travel
Sarah
Travel Consultant
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

FAQ

Bilakah masa terbaik untuk ke Perth?

Masa terbaik untuk ke Perth ialah pada bulan September, Oktober atau November. Semasa tempoh ini, bandar kelihatan berseri dengan pelbagai warna dan bauan musim bunga yang menenangkan, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang baik tanpa sebarang gangguan. Bulan Disember hingga Februari merupakan musim panas di Perth dengan cahaya matahari yang panas terik diramalkan.
Selain itu, bulan Mac hingga Mei merupakan masa kedua terbaik untuk melawat Perth – cuaca yang hangat di sebelah siang sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luar. Manakala, bulan Jun hingga Ogos merupakan musim sejuk di sini dan hujan dijangka turun hampir setiap hari sepanjang musim ini.

Berapakah jumlah wang yang ideal yang patut di bawa semasa lawatan ini?

Memandangkan lawatan ini ialah Pakej All-In, lawatan ini sudah termasuk pengangkutan, penginapan dan tiket penerbangan. Namun begitu, jika anda ingin membeli-belah, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan kad debit atau kad perjalanan anda. Visa dan Mastercard diterima secara meluas terutamanya di bandar-bandar besar. Anda juga disyorkan untuk membawa beberapa kad kredit dan kuantiti wang tunai yang sedikit untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Peniaga di sesetengah tempat mungkin mengenakan surcaj kad kredit. Untuk keluarga berlima, anda disyorkan untuk membawa wang tunai sekurang-kurangnya minimum RM3,000.

Di mana saya boleh menukar mata wang asing selepas ketibaan/perlepasan?

Anda tidak disyorkan untuk menukar mata wang asing di lapangan terbang. Namun begitu, terdapat sesetengah kes yang tidak boleh dielakkan yang memaksa anda untuk berbuat sedemikian. Untuk maklumat lanjut mengenai pusat tukaran mata wang, sila rujuk https://www.perthairport.com.au/at-the-airport/shop-and-eat/get-foreign-currency

Pakej Terlaris

Perth Pakej Percutian TempohHarga
Perth 5H4M Hubungi Kami