Skip to main content
Pakej Percutian ke Seoul Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Seoul

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Korea Selatan
  6. ›
  7. Seoul
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

7 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Seoul, Korea ialah ibu kota dan bandar terbesar di Korea Selatan dan dianggap sebagai bandar mega disebabkan oleh bilangan populasinya melebihi 10 juta orang. Lampu neon yang berkilauan, demam K-pop yang menular, makanan tempatan dan jalanan yang menyelerakan, keindahan alam semula jadi yang memukau, lokasi beli-belah terkenal menjadikan Seoul antara salah satu lokasi percutian terkenal dan wajib dilawati oleh pelancong. Myeongdong terkenal sebagai lokasi beli-belah utama, Insadong terkenal sebagai pusat kebudayaan, Hongdae pula merupakan bandar urban dan maju manakala Itaewon pula merupakan daerah tumpuan antarabangsa; bandar-bandar ini merupakan sebahagian daripada bandar-bandar yang ada di Seoul yang menjadi tumpuan pelancong bergantung pada minat dan tujuan pelancong.

Seoul merupakan lokasi yang wajib dilawati terutamanya buat penggemar drama Korea dan peminat lagu-lagu pop Korea. Sekiranya anda berkunjung ke Seoul, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Gyeongbokgung Palace yang dibina sejak Dinasti Joseon atau melawat Bukchon Hanok Village untuk melihat dengan mata anda sendiri keunikan dan keindahan Hanok, rumah warisan tradisional Korea yang popular ini. Kemegahan Gyeongbokgung Palace semestinya akan mengujakan anda. Ia merupakan istana yang terbesar di sini berbanding lima istana lain dan turut dikenali sebagai 'Istana Utara' kerana terletak di bahagian paling utara, berbanding Changdeokgung (Istana Timur) dan Gyeongheegung (Istana Barat). Bukchon Hanok Village pula menempatkan ratusan rumah tradisional lama Korea yang turut dikenali sebagai Hanok yang dibina sejak Dinasti Joseon. Di sini, selain berpeluang menerokai ikon bersejarah ini, anda juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini antaranya mengenakan pakaian tradisional Korea iaitu hanbok, bergambar kenang-kenangan di sekitar Hanok, menyelami warisan dan budaya tempatan dan merasai pengalaman tinggal di dalam Hanok.

Jika anda merancang untuk membeli-belah di Seoul, anda boleh masukkan Myeongdong atau Gangnam di dalam senarai lokasi percutian anda. Myeongdong merupakan salah satu daerah beli-belah popular di Seoul yang dipenuhi dengan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan butik-butik mewah serta deretan restoran, kafe dan gerai makanan jalanan. Jika anda menggemari kosmetik Korea, anda mungkin akan jatuh cinta dengan bandar ini. Myeongdong merupakan lokasi terbaik untuk membeli barangan kosmetik dan kecantikan popular buatan Korea seperti Etude House, Skin Food, Laneige, Missha, The Face Shop dan banyak lagi. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menerokai daerah Dongdaemun – salah satu lokasi yang wajib dilawati buat 'kaki shopping'. Dongdaemun merupakan daerah beli-belah terkenal dan pusat borong terbesar dengan lebih 26 pusat beli-belah, 30,000 butik dan 50,000 pengeluar dengan pelbagai jenis koleksi kain dan fesyen terkini.

Dengan lebih daripada 20 saluran kereta api bawah tanah dan laluan sambungan serta beratus-ratus laluan bas, Seoul mudah untuk diterokai dan dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam. Anda disarankan untuk mendapatkan kad transit T-Money dan menambah nilai di mana-mana kiosk stesen atau kedai serbaneka yang tersedia di sini. Dengan kad ini, anda boleh menggunakannya di mana-mana perkhidmatan awam di Seoul seperti kereta api bawah tanah, bas dan teksi. Selain itu, anda juga disarankan untuk memuat turun beberapa aplikasi penting yang boleh digunakan di Seoul di telefon pintar anda. Seperti kita sedia maklum, Korea mempunyai sistem tulisan dan menggunakan bahasanya yang tersendiri untuk berkomunikasi. Oleh itu, untuk memudahkan komunikasi sepanjang anda berada di sana, anda boleh memuat turun aplikasi seperti Visit Korea, Subway Korea, Naver Map, Kakao Talk, Google Translate, Korail dan banyak lagi. Kebanyakan papan tanda atau penduduk di sini menggunakan bahasa Korea. Justeru, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, aplikasi seperti yang dinyatakan boleh membantu memudahkan anda sepanjang percutian di sini.

Jika berkunjung ke Seoul, tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba makanan-makanan dan produk Korea tempatan kegemaran ramai sama ada di Myeongdong Market atau Gwangjang Market. Anda juga berpeluang mencuba makanan Halal tempatan daripada deretan kedai-kedai di Itaewon. Gwangjang Market misalnya, merupakan pasar tetap pertama di Korea yang menjual pelbagai jenis barangan seperti makanan, kain sutera, kain satin dan kain linen tempatan. Pasar ini juga popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing kerana menyajikan pelbagai jenis makanan jalanan terkenal Korea yang boleh anda cuba seperti bindaetteok (penkek kacang hijau), bimbibap, gimbap, tteokbokki dan aneka mi. Anda juga boleh berkunjung ke Itaewon. Itaewon diiktiraf sebagai 'Daerah Khas Pelancongan' yang pertama seumpamanya di negara ini yag bertujuan sebagai hab pelancongan antarabangsa, menampilkan kepelbagaian dan keunikan pengalaman dari segi budaya, beli-belah dan hiburan. Namun begitu, jika anda ingin berseronok dan bergembira di Seoul, anda bolehlah berkunjung ke Lotte World Theme Park (taman tema dalam bangunan terbesar di dunia) atau Everland Theme Park (taman tema terbesar di Korea Selatan).

Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda di Seoul. Anda semestinya akan teruja akan keindahan dan keunikan bandar Seoul sepanjang berada di sini. Terokai 'jiwa' daripada zaman Dinasti Joseon di Gyeongbokgung Palace, atau mengimbau adegan-adegan romantik daripada drama Korea tempatan, atau membeli-belah di lokasi-lokasi tumpuan terkenal di Seoul – Semua itu dan banyak lagi menanti anda di sini.

Tempah pakej melancong anda ke Seoul dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Bulan - Tripfez Travel
Bulan
Travel Consultant
Tonton Video
Nash - Tripfez Travel
Nash
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Pakej Terlaris

Seoul Pakej Percutian TempohHarga
Korea (Musim Panas) 5H4M Hubungi Kami
Korea (Musim Sejuk) 5H4M Hubungi Kami
Korea (Musim Luruh) 5H4M Hubungi Kami
Jeju-Seoul 6H5M Hubungi Kami
Terbaik di Korea 6H5M Hubungi Kami