Skip to main content
Pakej Percutian ke Lombok Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Lombok

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Indonesia
  6. ›
  7. Lombok

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Lombok dahulunya terlindung dari kehebatan Bali. Kini, Lombok adalah sebuah destinasi pelancongan yang amat terkenal dengan tarikanya yang unik. Dengan pelawat yang lebih rendah berbanding Bali, Lombok kini menawarkan tarikan dan daya tarikannya sendiri yang menjadikan lokasi ini sebagai destinasi yang sempurna untuk anda. Anda boleh mencari Lombok di wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Lombok adalah rantaian Kepulauan Lesser Sunda, dan Selat Lombok yang memisahkannya dari Bali di barat dan Sumbawa di sebelah timur.

Hari ini, Lombok kini bukan sekadar lokasi terkenal untuk peluncuran air. Terdapat banyak aktiviti wajib anda lakukan dan juga destinasi yang jarang dilawati pelancong. Pantai-pantai yang mengelilingi kawasan ini sangat  indah, airnya biru dan suam, dan alam semula jadi di sebelah barat Lombok amat menakjubkan. Kam menasihati anda ke Pulau Gili. Pulau-pulau di Pulau Gili ini dikelilingi air biru yang indah dan juga pasir yang memutihyang pasti menghilangkan tekanan anda. Untuk peminat sukan lasak, memanjat Gunung Rinjani pastinya sesuatu yang harus anda lakukan. Gunung Rinjani adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan ia juga mendominasi topografi pulau Lombok yang agak besar. Walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menakluknya, pandangan dari bahagian atas sangatlah berbaloi. Jika anda menginginkan sesuatu yang lebih istimewa di dalam lawatan Lombok anda, air terjun Sendang Gile dan Tiu Kalep wajib anda lawati. Dengan hutan rimbun yang menghijau mengelilingi 2 air terjun yang luar biasa di utara Lombok ini, melihat ciptaan Illahi ini adalah cara yang sempurna untuk menambah memori yang indah yang tidak dapat dilupakan untuk lawatan Lombok anda.

Seperti di mana-mana percutian pantai atau pulau, hujan adalah sesuatu yang anda ingin elakkan. Masa terbaik untuk melawat Lombok adalah semasa musim kemarau diantara April dan Oktober. Musim kering sangat sesuai bagi anda untuk melawat Lombok tanpa hujan menghalang rancangan anda. Cara terbaik untuk mengembara ke Lombok adalah dengan menyewa seorang pemandu yang tahu selok-belok Lombok atau hanya menyewa kereta ataupun motosikal untuk meneroka Lombok dengan sendiri. Infrastuktur jalanya selesa dan anda juga akan melihat pemandangan yang mengagumkan sepanjang perjalanan anda. Bersiar-siar mengelilingi Lombok boleh meletihkan. Untuk mengisi perut yang lapar, Lombok juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang sangat enak . Ayam Taliwang ayam pedas atau Sate Rembiga lazat harus menjadi pilihan utama anda. Untuk lebih banyak pilihan makanan anda boleh ke pasar malam mereka yang sangat terkenal mereka. Anda pasti kekenyangan di Lombok. Dengan majoriti Muslim yang bermukim di Lombok, makanan di sana kebanyakannya halal.

Tempah pakej melancong anda ke Lombok dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Hazimi - Tripfez Travel
Hazimi
Travel Consultant
Hakim - Tripfez Travel
Hakim
Travel Consultant
Hayati - Tripfez Travel
Hayati
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }