Skip to main content
Pakej Percutian ke Lisbon Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Lisbon

Sempurna untuk Instagram

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Eropah
  4. ›
  5. Portugal
  6. ›
  7. Lisbon

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Lisbon ialah sebuah bandar yang penuh dengan daya tarikan. Daripada pusat bandarnya yang meriah, penuh dengan monumen-monumen bersejarah dan perkampungan yang indah, tidak dinafikan bahawa Lisbon merupakan destinasi percutian yang sempurna untuk merasai pengalaman dan kebudayaan Eropah yang unik dan mengujakan.

Kawasan pusat bandar Lisbon agak padat. Berjalan-jalan di sekitar Baixa; kawasan kejiranan yang paling utama dan terkenal di Lisbon semestinya dapat memberikan anda gambaran dan idea mengenai Lisbon sejak berabad yang lalu. Seni bina neoklasiknya yang masih mempengaruhi sebahagian besar seni bina di kawasan ini pasti menarik minat anda untuk mengabadikannya dalam memori anda. Jika anda mahu sedikit ketenangan dan lari daripada hiruk-pikuk kota raya, anda boleh berkunjung ke perkampungan indah yang terdapat di sini yang kebanyakannya terletak di wilayah Sintra. Sintra terkenal dengan deretan istana-istana besar, istana lama yang hampir musnah dan rumah agam yang mewah.

Tarikan utama di Sintra semestinya Istana Pena yang membuktikan seni bina abad ke-19. Keindahan seni bina dalaman dan luaran dengan teras bercat dan arca mitologi ditambah pula dengan pemandangan persekitaran yang mengujakan semestinya akan membuatkan anda terpegun. Istana ini yang tersergam indah di puncak hutan hijau Parque de Pena menambahkan lagi keindahan istana ni yang boleh dilihat dari jauh. Pakej percutian ke Lisbon membawa anda menerokai warisan, budaya dan sejarah yang ada di Lisbon.

Tempah pakej melancong anda ke Lisbon dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Azril - Tripfez Travel
Azril
Travel Consultant
Safinatul - Tripfez Travel
Safinatul
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }