Skip to main content
Pakej Percutian ke Santorini (Thira) Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Santorini (Thira)

Percutian sempurna dan romantik ke Santorini

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Eropah
  4. ›
  5. Greece
  6. ›
  7. Santorini (Thira)

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Santorini ialah sebuah pulau yang terletak di Laut Aegea selatan, kira-kira 200 km tenggara tanah besar Greece. Santorini boleh dikatakan sebagai lokasi paling romantik di dunia, terkenal dengan pemandangannya yang menarik dan memukau, suasana matahari terbenam dan pemandangan bandar Thira yang indah serta popular dengan gunung berapi aktifnya. Terokai percutian yang paling romantik di Santorini; selain itu pemandangan yang menarik serta makanan yang enak menanti kehadiran anda di sini.

Suasana berbulan madu bertaraf dunia digabungkan dengan pemandangan matahari terbenam di kaki bukit, landskap yang memukau kesan daripada letusan gunung berapi yang berlaku ratusan tahun dahulu. Pantai-pantai di Santorini pula merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati jika anda berkunjung ke sini – dengan pasir pantai yang berwarna merah, putih dan hitam – pemandangan pasir pantai berwarna yang unik ini sememangnya tidak boleh dilepaskan; semestinya percutian anda ke Santorini akan membuatkan anda tersenyum bahagia.

Dengan pemandangan yang unik berlatarbelakangkan matahari terbenam yang menggamit perasaan, tidak hairanlah jika Santorini popular dalam kalangan pelancong terutamanya mereka yang berbulan madu. Masa terbaik untuk melawat Santorini ialah antara akhir April dan awal November – cuaca hangat dengan sedikit hujan; manakala cuaca panas pada bulan Jun, Julai, Ogos atau September sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti malam, berenang atau berjemur. Pakej pelancongan ke Santorini menawarkan pemandangan laut yang memukau dan menakjubkan, pemandangan tepi laut yang indah, persekitaran yang mendamaikan dan banyak lagi!

Tempah pakej melancong anda ke Santorini (Thira) dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Azwan - Tripfez Travel
Azwan
Travel Consultant
Ilham - Tripfez Travel
Ilham
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }