Skip to main content
Pakej Percutian ke Lyon Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Lyon

Bandar cahaya Perancis

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Eropah
  4. ›
  5. Perancis
  6. ›
  7. Lyon

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Lyon ialah bandar ketiga terbesar di Perancis dan kawasan bandar kedua terbesar di Perancis selepas Paris. Lyon kaya dengan karya seni, warisan dan kebudayaannya yang tersendiri. Selain itu, bandar ini juga terkenal dengan keenakan masakan dan gastronominya, mercu tanda bersejarah serta seni binanya yang unik. Menariknya, sebahagian daripada bandar Lyon tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 5 Disember 1998. Pelbagai destinasi tarikan menarik tumpuan pelancong, taman-taman dan kebun-kebun bunga yang ada di sini semestinya akan mempesonakan dan mengujakan anda yang pertama kali berkunjung ke sini.

Lyon adalah antara bandar yang ideal untuk percutian anda yang seterusnya. Bandar ini sesuai untuk anda yang sedang mencari percutian panjang atau percutian singkat hujung minggu. Ia sempurna buat anda yang ingin berehat dan menenangkan diri daripada kesibukan dan tekanan kerja buat seketika. Lyon menawarkan pelbagai destinasi tarikan menarik tumpuan pelancong. Terokai keindahan dan keunikan bandar ini dengan berkunjung ke Vieux Lyon Traboules, Fourviere Basilica, Parc de la Tete d’Or, Place des Terreaux, Rue St-Jean, Mur des Canuts, Musee des Beaux-Arts de Lyon, Theatre of Fourviere, Lyon Cathedral, Place Bellecour dan destinasi-destinasi lain yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan. Apa yang menjadikan Lyon lebih indah ialah banyak tarikan-tarikan utama di Lyon dilimpahi cahaya pada waktu malam sesuai dengan bandar ini yang terkenal dengan julukan ‘ibu kota cahaya’. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman indah di Lyon.

Untuk penggemar seni dan acara, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Festival Cahaya (Festival of Light) pada bulan Disember. Untuk penggemar makanan pula, Lyon merupakan syurga gastronomi Perancis sekali gus memberi lebih banyak sebab untuk anda berkunjung ke Lyon. Pakej percutian ke Lyon menjanjikan keunikan warisan budaya, seni, hidangan Perancis, dan seni bina tempatan yang memukau. Rancang perjalanan anda sekarang dan pilih Lyon sebagai destinasi percutian sempurna anda yang seterusnya; pengalaman dan kenangan yang menarik dan mengujakan menanti anda!

Tempah pakej melancong anda ke Lyon dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Aizat - Tripfez Travel
Aizat
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }