Skip to main content
Pakej Percutian ke Kenya Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Kenya

Landskap semula jadi dengan kepelbagaian hidupan liar

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Africa
  4. ›
  5. Kenya

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Kenya, sebuah negara di Afrika Timur yang terkenal dengan landskap yang indah dan kepelbagaian hidupan liar. Kenya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman hidupan liar eksotik dalam habitat semula jadi yang mengagumkan! Tarikan utama pakej percutian ke Kenya ini ialah landskap semula jadinya, kepelbagaian hidupan liar dan mempelajari tentang budaya tempatan Kenya. Dalam erti kata lain, Kenya juga merupakan destinasi pelancongan budaya yang terbaik dengan lebih daripada 40 kumpulan etnik yang berbeza dan setiap etnik mempunyai cara hidup yang tersendiri dan unik.

Kenya, merupakan lokasi safari pertama di dunia, turut terkenal dengan kawasan safarinya yang luas, indah dan menarik. Selain itu, destinasi ini juga terkenal dengan Migrasi Antelop Besar (Great Widlebeest Migration) – (sejenis binatang yang kepalanya seakan-akan kepala lembu, bertanduk melengkung dan berekor panjang). Taman negara dan konservasi di Kenya ialah sebuah kawasan yang melindungi beberapa spesies paling terancam seperti singa dan cheetah di selatan Masaai Mara, gajah dan badak sumbu hitam di utara Samburu. Walau bagaimanapun, Kenya tidak hanya terhad kepada hidupan liar sahaja. Kenya juga mempunyai beberapa destinasi tarikan lain yang menarik seperti Great Rift Valley, santuari di pulau persendirian; Crescent Island, Tasik di Taman Negara Nakuru yang indah dan banyak lagi!

Masa terbaik untuk melawat Kenya ialah semasa musim kering pada penghujung bulan Jun sehingga bulan Oktober, juga serentak dengan Migrasi Antelop Besar (Great Widlebeest Migration) dan Kuda Belang. Migrasi tahunan berlaku setiap tahun dalam tempoh ini; justeru tempoh ini sesuai untuk aktiviti meninjau binatang liar di safari. Migrasi Antelop Besar biasanya berlaku pada bulan Ogos dan kawanan binatang ini akan berada di sini sehingga Oktober sebelum ke Serengeti, Tanzania. Jika anda melancong pada musim panas (Disember), anda digalakkan untuk melawat perkampungan berhampiran disebabkan suasana dan suhunya yang lebih mendamaikan. Namun begitu, anda disyorkan untuk menyemak jadual perjalanan anda di laman web kerajaan terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan anda di sana.

Secara keseluruhannya, Kenya menjanjikan keindahan pemandangan dan alam semula jadi dengan pelbagai tarikannya yang tersendiri. Pakej percutian ke Kenya merupakan satu pilihan yang tepat untuk anda terutamanya jika anda meminati alam semula jadi. Menerokai alam semula jadi yang indah, pemandangan Kenya yang memukau, budaya yang unik serta berpeluang menyaksikan hidupan liar di depan mata secara langsung semestinya satu pengalaman baharu yang sukar untuk dilupakan. Jika anda ingin menerokai alam semula jadi dengan lebih dekat, maka Kenya ialah pilihan destinasi yang tepat untuk anda! Tunggu apa lagi? Jom ke Kenya! #KeKenyaKeKita

Tempah pakej melancong anda ke Kenya dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant
Izzuddin - Tripfez Travel
Izzuddin
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }