Skip to main content

Tentang Kami

Kuala Lumpur Skyline

Kami adalah platform online utama bagi pelancong Muslim moden.

Tripfez telah ditubuhkan oleh Faeez Fadhlillah di Malaysia pada tahun 2013 untuk memenuhi peningkatan permintaan pasaran Muslim global yang dijangka mewakili 25% daripada perbelanjaan pelancongan global menjelang 2020.

Visi kami adalah untuk membantu pelancong Islam untuk menerokai dunia sambil mematuhi hukum syarak. Platform online kami memberi tumpuan kepada tempahan secara online bagi pakej pelancongan halal dan Umrah. Sebagai agensi perkhidmatan penuh, kami mengendalikan semua hal-hal berkaitan penerbangan, hotel, pakej ground, permohonan visa, insurans dan lain-lain.

Kisah Kami

Misi

Menjadikan pelancongan Musllim lebih mudah

Kami ada idea!

Melancong sambil menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim boleh menjadi sukar. Di Tripfez, kami akan memastikan anda solat pada waktunya, makan makanan yang dijamin halal dan lain-lain sepanjang perjalanan anda. Kami menitikberatkan tanggungjawab anda sebagai Muslim sambil menerokai dunia yang luas ini.

Bayangkan sekiranya anda dibantu oleh rakan muslim anda sepanjang percutian anda, mesti mudah bukan? Kami di Tripfez sedia membantu anda. Kami akan pastikan perjalanan anda dari masa anda sampai sehinggalah anda pulang ke rumah, nilai-nilai Islam anda tidak akan dikompromi. Anda bebas untuk menggembara ke seluruh dunia dan tidak melupakan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim

Kami faham betapa sukarnya untuk melancong sambil mengekalkan nilai-nilai Islam anda. Justeru, kami membantu menyenangkan anda dengan melalui segala kesusahan yang ada demi menghasilkan itenerari yang berteraskan syariat Islam untuk kesenangan percutian anda.

Baca tentang CEO dan pengasas bersama, Faeez.

Siapa Tripfez sebenarnya?

Tripfez merupakan sebuah syarikat pelancongan online B2C yang pantas berkembang di Asia. Tripfez diwujudkan untuk memenuhi keperluan Muslim moden.

Pada tahun 2018, Tripfez bergabung dengan HolidayMe yang berpusat di Dubai untuk mencipta platform yang lebih luas untuk memberi impak yang lebih besar. Kami memfokuskan pengguna-pengguna di Malaysia dan kami juga telah dipaparkan di BBC, CNBC, Forbes, The Star dan juga media-media lain.

Kami bangga mempunyai persekitaran kerja yang kondusif bagi pekerja kami, bimbingan daripada orang yang berpengalaman serta menikmati faedah yang menarik! Kami mahu mewujudkan tempat kerja yang boleh membantu individu mengembangkan kerjayanya serta memberi impak positif dan akhirnya menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Mari sertai kami!