Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Nadi Kenya
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Nairobi ialah ibu kota Kenya. Bandar ini terkenal dengan Taman Negara Nairobi – sebuah taman negara yang menempatkan pelbagai spesies hidupan liar dan rizab simpanan yang terkenal dengan pemuliharaan spesies badak hitam terancam serta menempatkan zirafah, kuda belang dan singa. Banyak sebab-sebab menarik yang menjadikan Nairobi sebuah destinasi percutian yang popular. Selain berpeluang berinteraksi dengan hidupan liar, Nairobi juga turut menyajikan destinasi beli-belah yang menjual pelbagai jenis barangan tempatan serta banyak lagi tarikan-tarikan menarik lain.
Taman Negara Nairobi ialah salah satu destinasi tumpuan pelancong yang terkenal di Kenya. Ia terletak bersebelahan bandar dengan dataran rumput terbuka yang luas, berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit, rimbunan akasia bertaburan di sekitarnya dan menempatkan pelbagai spesies hidupan liar terancam seperti badak sumbu hitam, singa, harimau bintang, dubuk, kerbau, zirafah dan lebih daripada 400 spesies burung dilaporkan. Jika anda memandu kereta, ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit daripada pusat bandar Nairobi. Hanya pagar yang memisahkan taman negara dengan bandar utama. Taman Negara Nairobi ialah salah satu tempat perlindungan yang paling berjaya di Kenya berbanding tempat perlindungan lain. Selain itu, pelancong juga berpeluang menikmati kawasan ini dengan berkelah, berkhemah dan berjalan-jalan di laluan pejalan kaki yang disediakan di sini.
Nairobi juga menawarkan banyak destinasi-destinasi menarik lain. Antaranya, David Sheldrick Wildlife Trust, Giraffe Centre, Karen Blixen Museum, Nairobi National Museum, Bomas of Kenya – sebuah muzium yang memaparkan kepelbagaian budaya dan adat suku kaum di Kenya. Bulan Julai hingga Oktober, Januari dan Februari adalah masa yang terbaik untuk bercuti ke Nairobi. Bulan Julai dan Ogos merupakan bulan terkering dan terpanas di Nairobi; bulan Julai menerima hujan yang paling sedikit sepanjang tahun iaitu kurang daripada satu inci – sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti luar.
Sedia untuk menempah pakej percutian ke Nairobi? Kami bersedia menerima kedatangan anda. Nairobi menawarkan pelbagai aktiviti dan lokasi menarik untuk dilawati dan diterokai, semestinya salah satu destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk dikenang!
Tempah pakej melancong anda ke Nairobi dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918