Skip to main content
Pakej Percutian ke Phuket Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Phuket

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Thailand
  6. ›
  7. Phuket
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

1 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan

Gambaran Keseluruhan

Phuket menjanjikan sebuah percutian yang sempurna dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan dan pemandangan indah untuk dinikmati. Sebagai sebuah pulau terbesar di Thailand, Phuket menjanjikan pelbagai lokasi dan aktiviti mengujakan mesra keluarga dan pelbagai jenis sukan lasak untuk dilawati dan diterokai. Terletak di selatan Thailand dan menghadap ke Laut Andaman, maka tidak hairanlah jika Phuket adalah salah satu destinasi pantai terbaik di dunia. Semasa lawatan anda di sekitar Phuket, anda boleh memilih sama ada menyelam dalam lautan biru yang jernih sambil menyaksikan keindahan hidupan marin yang berwarna-warni atau bersantai di tepi pantai sambil menikmati desiran ombak memecah kesunyian pantai. Sekiranya anda ingin mengoptimumkan pengalaman percutian anda di Phuket, anda boleh menyewa bot laju dan melawat pulau-pulau di sini seperti Pulau Phi Phi yang terkenal.

Walaupun aktiviti tepi pantai biasanya menjadi tumpuan pelancong di Phuket, lawatan ke Bandar Phuket juga tidak kurang hebatnya. Bandar Phuket menjanjikan satu pengalaman unik baharu. Anda berpeluang menyaksikan keindahan Bandar Phuket dari sudut yang berbeza, menerokai keindahan Thalang Road dan menerokai keindahan dan kekayaan warisan kuil utama di Phuket iaitu Wat Chalong Temple. Di Bandar Phuket juga, anda berpeluang untuk menyaksikan rumah-rumah warisan lama dan rumah kedai dengan seni bina Sino-Portugis yang menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Phuket. Selain itu, Thai Police Building, Phuket Thaihua Museum, Soi Romanee, Chinpracha House merupakan antara lokasi lain yang wajib dikunjungi jika berkunjung ke sini.

Selain terkenal dengan lebih daripada 30 pilihan pantai termasuk Pantai Patong, Pantai Kamala dan Pantai Kata, Phuket turut menyajikan pemandangan indah yang unik untuk dilawati dan diterokai sepanjang percutian anda di sekitar Phuket.

Thailand terkenal dengan julukan sebagai syurga makanan. Maka tidak hairanlah jika Phuket sedikit-sebanyak terkena tempias yang sama. Phuket juga menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan tempatan yang menarik dan menyelerakan. Makanan tempatan di sini seperti Tom Yam Goong dan Pad Thai yang sinonim dengan negara Thailand adalah sebahagian kecil daripada ratusan makanan-makanan lain yang wajib anda cuba jika berkunjung ke sini. Dengan pelbagai pilihan makanan yang ada, anda disarankan untuk mengamalkan langkah keselamatan dan tidak mengambil kuantiti makanan yang berlebihan untuk mengelakkan daripada penambahan berat badan selepas bercuti di sini.

Selain itu, Phuket juga merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di Thailand dalam kalangan pelancong Muslim. Malah, terdapat ramai komuniti Muslim di Phuket. Penduduk Phuket terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan budaya, termasuk etnik Melayu dan orang laut. Sebagai titik pertemuan antara masyarakat berbilang budaya dan adat resam, Phuket menjanjikan pelbagai jenis pilihan makanan halal selain restoran halal yang menyajikan pelbagai jenis hidangan dan boleh didapati di mana-mana lokasi di Phuket. Tidak kira di mana-mana sahaja anda berada di Phuket, di Patong atau Bangytao, terdapat banyak pilihan makanan halal yang boleh didapati di sini. Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh nikmati percutian anda tanpa perlu memikirkan lokasi restoran seterusnya yang menyajikan makanan halal.

Tidak dinafikan lagi Phuket merupakan destinasi percutian sempurna untuk merehatkan minda dan jiwa. Kepelbagaian makanannya, keindahan serta ketenangan pemandangan dan pantainya menjanjikan seribu satu kenangan manis untuk dikenang dan diingati sepanjang zaman.

Tempah pakej melancong anda ke Phuket dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Faisul - Tripfez Travel
Faisul
Travel Consultant
Azwan - Tripfez Travel
Azwan
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Pakej Terlaris

Phuket Pakej Percutian TempohHarga
Phuket (Free & Easy) 3H2M Hubungi Kami