
Hubungi Kami
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Permata tersembunyi Vietnam
Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami
Pakej percutian ke Phu Quoc merupakan satu pilihan yang ideal jika anda sedang mencari ketenangan daripada kesibukan dan tekanan kota raya. Phu Quoc ialah sebuah pulau terbesar di Vietnam dan terkenal dengan keindahan resort serta pantainya yang memutih, saujana mata memandang. Menariknya, sebahagian besar daripada pulau ini ialah Taman Negara Phu Quoc, taman negara yang disenaraikan UNESCO yang terdiri daripada gunung, hutan tropika, trek merentas hutan dan kaya dengan hidupan liar. Duong Dong ialah bandar utama di Phu Quoc yang terkenal dengan Pasar Duong Dong – pasar terbesar dan tersibuk dengan pelbagai jenis barangan segar seperti hasil kebun, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, perkakas rumah, kraftangan dan banyak lagi.
Pulau Phu Quoc bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik, namun banyak lagi lokasi-lokasi lain yang boleh diterokai antaranya tapak bersejarah, perkampungan nelayan, tokong Buddha, mencuba makanan laut yang menyelerakan dan banyak lagi. Terokai keindahan pantai Phu Quoc yang indah, berjalan-jalan di sekitar pasar malamnya, menikmati pemandangan matahari terbenam atau menerokai keindahan pulau dengan menaiki motosikal.
Banyak lokasi-lokasi menarik di sini yang menanti penerokaan anda! Pulau phu Quoc menawarkan banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, mendaki bukit, menikmati keindahan alam semula jadi dan hidupan liar, photografi dan mengkaji burung. Boleh dikatakan, Phu Quoc ialah destinasi percutian sempurna untuk anda yang ingin menyelami gaya hidup penduduk tempatan dan menerokai keindahan warisan dan budaya tempatan.
Phu Quoc ialah destinasi percutian pulau yang sempurna, pakej percutian ke Phu Quoc akan membawakan kepada anda satu pengalaman yang sempurna, menyelami dan merasai keindahan Phu Quoc, Vietnam yang unik dengan caranya yang tersendiri.
Tempah pakej melancong anda ke Phu Quoc dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
Phu Quoc Pakej Percutian | Tempoh | Harga | |
---|---|---|---|
Lawatan Phu Quoc & Sao Beach (Beli 3 Percuma 1) | 4H3M | Hubungi Kami |