Skip to main content
Pakej Percutian ke Korea Selatan Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Korea Selatan

Kebudayaan, Sejarah dan Kemodenan Yang Mempersonakan

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Korea Selatan
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
[[ displayedDestinations ]]
Semua Bandar
[[ filterListShowMoreDestination ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

8 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Dipisahkan oleh sebuah sempadan di mana negara jiranya mengamalkan pentadbir diktator, Korea Selatan sangat berbeza apabila dibandingkan dengan Korea Utara. Korea Selatan menawarkan pengalaman percutian yang unik, landskap yang indah dan sejarah berusia kira-kira 5000 tahun. Dan walaupun ibukota Korea Selatan, Seoul, adalah tumpuan buat pelancong-pelancong asing  dengan kebolehan teknologi yang unggul dan juga kemeriahan bandarnya, bandar-bandar lain di Korea Selatan juga mempunyai tarikan menarik jika anda mahukan pengembaran yang lain dari yang lain. Topografi di Korea Selatan yang pelbagai juga membuatkan orang ramai mahu melancong ke situ. Korea Selatan dikenali juga sebagai Tanah "10,000 puncak, 10,000 pulau dan 10,000 air terjun" kerana ia dipenuhi dengan pantai-pantai yang indah, kuil-kuil kuno, pemandangan semulajadi yang luar biasa dan yang paling penting sekali, penduduk tempatan yang ramah untuk membantu anda jika anda perlukan pertolongan.

Korea Selatan adalah dimana anda boleh dapatkan tarikan-tarikan bertaraf dunia dan perayaan sepanjang tahun di mana-mana anda berada di negara ini. Pelancong juga akan turut bersama penduduk tempatan untuk datang bersama dan bergembira. Apa yang membuatkan Korea Selatan lebih menarik, adalah ia juga mempunyai 4 musim. Pada musim bunga, Korea Selatan dipenuhi dengan bunga berwarna merah jambu dengan bunga sakura, menghias serata anda jalan. Pada musim luruh pula, Korea Selatan pula akan dipenuhi dengan daun-daun warna merah dan oren yang pasti memukau. Perjalanan anda ke Korea Selatan pastinya akan lebih indah jika anda merancang dan mencari pakej pelancongan ke Korea Selatan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Apa yang boleh anda lakukan di Korea Selatan?
- Terletak di tengah-tengah bandar Seoul, anda boleh melawat rumah tradisional Hanok di Kampung Bukchon Hanok. Pada musim panas, anda boleh mencari teduh dan juga mencelupkan kaki anda ke dalam aliran air Cheonggyecheon Stream. Aliran air ini  amat moden dan dihiasi dengan lampu-lampu yang indah yang mencerahi pada waktu malam.
- Bagi yang mahukan taman tema, anda boleh menghabiskan hari di taman tema tertutup terbesar di dunia, Lotte World, atau menjerit dengan kegembiaraan di Everland Theme Park. Tambahan pula, anda juga boleh lihat keagunggan dan kecemerlangan seni bina di Ewha Woman's University dan Dongdaemun Design Plaza.
- Di Pulau Jeju, ia dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Seperti di timur Jeju, anda boleh melawat Warisan Semulajadi Dunia UNESCO di Seongsan Ilchulbong Peak, Seopjikoji, Baekyaki Oreum, dan Pantai Woljeongri. Anda juga boleh menyaksikan air terjun yang mempunyai tiga serangkai di Air Terjun Cheonjeyeon.
- Melawat Pulau Nami juga harus menjadi sebuah kewajipan Korea Selatan untuk mereka yang melancong ke Korea Selatan. Pulau Nami adalah tempat yang ajaib dan unik kerana pulau ini benar-benar mencerminkan betapa indahnya 4 musim di Korea Selatan.
- Bersambung dengan tema pulau, anda juga boleh melawat Pulau Geojedo, pulau kedua terbesar di Korea (pulau terbesar adalah Pulau Jeju). Ia adalah destinasi yang sangat popular untuk penduduk Busan kerana anda boleh ke sana kira-kira satu jam menaiki kereta dari bandar Busan
- Anda seharusnya melawat Korea Selatan semasa musim bunga. Pengalaman Festival Jinhae Gunhangje dan Hwagae Cherry Blossoms Festival di Busan dan Gyeongsangnam-do adalah sesuatu yang anda perlu menyaksikan sekali seumur hidup anda! Masa terbaik untuk mengalami ini adalah pada awal hingga pertengahan April.

Di mana hendak membeli di Korea Selatan?
- Jika anda suka membeli-belah, Korea Selatan adalah tempat amat sesuai dengan anda. Walaupun anda mempunyai beberapa jam di Seoul sekalipun, anda harus ke Myeong-dong. Dengan pelbagai kedai-kedai terkenal, kedai-kedai serbaneka, butik-butik fesyen, dan kedai penjagaan kulit dan kosmetik, Myeong-dong boleh menjadikan anda seorang shopaholic apabila anda ke sana.
- Untuk mendapatkan barangan kosmetik yang pasti anda berpuas hati, anda juga boleh membeli-belah di Ewha Woman's University Shopping Street. Jika harganya berpatutan untuk mana-mana pelajar, pastinya ia juga sesuai dengan duit para pelancong.

Adakah perayaan di Korea?
Jika anda merancang untuk melawat Korea Selatan untuk perayaannya, anda amat beruntung! Terdapat banyak perayaan hebat sepanjang tahun di Korea Selatan. Berikut adalah beberapa perayaan yang diadakan di Korea:
- Pada bulan Januari, anda boleh lihat terbitnya matahari Korea Selatan yang pertama setiap tahun di Festival Homigot Sunrise. Terletak di Homigot Village, titik paling timur Semenanjung Korea, matahari yang terbit di Homigot pada 1 Januari,adalah matahari yang pertama di Korea setiap tahun. 
- Pada bulan Februari, anda boleh main salji sepuas hati! Meluncur dan berguling di atas salji sambil melihat ukiran salji besar-besaran yang mengagumkan di Taman Negara Taebaeksan.
- Jika anda merancang untuk melawat Korea Selatan pada bulan Mac, anda boleh mengambil peluang untuk menyaksikan Festival Jinhae Cherry Blossom yang menakjubkan. Perayaan hanya berlangsung selama 10 hari sahaja. Anda perlu perancangan yang teliti dan juga sedikit nasib untuk menjadikan ini sebagai jadual perjalanan anda.
- Pada bulan Mei, anda boleh menikmati tanglung yang indah terbang ke langit pada waktu malam di Lotus Lantern Festival. Perayaan ini terletak di seluruh pusat bandar Seoul.
- Pada bulan Jun, peminat tembikar boleh merancang ke Incheon kerana mereka mengadakan Festival Seramik Icheon. Di sini, orang-orang yang berminat dalam seni tembikar dapat belajar dari tok guru yang mahir atau bersiar-siar menikmati suasana perayaan di sini.
- Pada bulan Julai, berguling dan bermain lumpur di Mud Festival Boryeong semasa musim panas di Boryeong.
- Pada bulan Ogos, anda boleh menonton persembahan perang tentera laut di The Great Battle of Hansan Festival. Ini akan diadakan di sekitar bandar Tongyeong
- Pada bulan September, anda boleh menikmati Festival Firefly Muju selama seminggu. Ini adalah untuk mempromosikan kesedaran menyelamatkan alam sekitar di Muju, di mana kunang-kunang hanya boleh di kawasan yang bersih sahaja. Lawatan di sini pasti menyeronokan buat pencinta alam.
- Menjelang akhir bulan Oktober, anda boleh menyaksikan Festival Bunga Api Antarabangsa Busan
- Pada bulan November, rasai pengalaman membuat kimchi besar-besaran! Ini adalah bertujuan untuk mempromosi hidangan kegemaran ramai ini kepada pelawat antarabangsa.

Di mana tempat makan di Korea Selatan?
- Dengan peningkatan pelancongan, makanan halal dan restoran mesra Muslim kini lebih mudah ditemui di Korea Selatan. Walaupun peminat Korea sudah biasa dengan makanan Korea seperti kimchi, bulgogi, dan japchae, tetapi makanan Korea pasti akan rasa lebih baik di Korea itu sendiri! Di Korea, anda kini boleh menikmati Jjajangmyeon di Restoran Makan Halal Korea, restoran bersertifikat Halal. Terdapat juga pelbagai restoran halal seperti Nimat, Yang Baik Halal BBQ dan EID Guesthouse.

Bagaimana untuk menjelajahi Korea Selatan?
- Boleh dikatakan sistem kenderaan awam di Korea Selatan adalah bertaraf dunia. Enam bandar yang menawarkan stesen keretapi sistematik adalah: Seoul, Busan, Daejeon, Daegu, Gwangju dan Incheon. Mengembara Korea Selatan menggunakan kereta api adalah cara yang paling cepat dan efisyen.
- Anda juga boleh menaiki bas di Korea Selatan kerana ia juga cekap dan yang paling penting murah! Terminal Bas Express Seoul dan Terminal Pusat Bandar Raya (kedua-duanya di Seoul) adalah laluan bas yang menghubungkan sebahagian besar bandar-bandar di negara ini.
- Kami mengesyorkan anda untuk membeli kad T-Money. Kad pintar boleh dicas semula yang boleh digunakan untuk membayar untuk menaiki kenderaan awam seperti kereta api. teksi dan bas

Apakah masa terbaik untuk melawat Korea?
Korea Selatan sangat menyeronokkan untuk anda lawati sepanjang tahun kerana ia mempunyai 4 musim. Oleh itu, bergantung kepada di mana dan apa yang anda ingin lawati, ini adalah ramalan cuaca di Korea Selatan sepanjang tahun:
- Dari bulan Disember hingga Mac, anda boleh nikmati musim sejuk semasa anda bersiar-siar di Korea Selatan. Musim sejuk boleh menjadi amat sejuk dan segar di Korea Selatan. Bawa baju yang tebal dan juga kasut boot yang lasak. Suhu kira-kira -6 dan 3 ° C secara purata tetapi juga boleh jatuh di bawah -10 ° C!
- Dari April hingga Jun adalah masa terbaik untuk melawat Korea Selatan jika anda ingin melihat bunga ceri di Korea Selatan. Suhu amat menyegarkan kira-kira 15 - 18 ° C
- Dari Julai hingga Ogos adalah bulan terpanas di Korea Selatan sebagai musim panas. Pakai baju yang selesa dan minum air secukupnya sekiranya anda rancang untuk melawat ke Korea Selatan pada bulan ini kerana suhu boleh dianggarkan dira-kira 23 ° C-30 ° C.
- Dari September hingga November, apabila haba musim panas mula hilang, daun musim luruh akan mula jatuh. Pemandangan semulajadi yang begitu indah untuk dilihat. Suhu boleh menjadi ringan kerana ia berkisar antara 19-21 ° C.

Tempah pakej melancong anda ke Korea Selatan dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Azril - Tripfez Travel
Azril
Travel Consultant
Bulan - Tripfez Travel
Bulan
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

FAQ

Bilakah masa terbaik untuk ke Korea Selatan?

Tidak seperti destinasi lain di Asia, cuaca di Korea Selatan adalah sangat mudah untuk dibaca. Tidak banyak variasi di mana jua anda berada di Korea, dan ia dibahagikan kepada empat musim yang berbeza.

Musim bunga (April hingga Jun), Musim panas (Julai hingga Ogos), Musim luruh (September hingga November) dan Musim sejuk (Disember hingga Mac).

Apakah mata wang Korea Selatan?

Mata wang Korea Selatan ialah Won Korea Selatan (KRW)

Apakah bahasa komunikasi yang sering digunakan di Korea Selatan?

Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Republik Korea (Korea Selatan) ialah bahasa Korea. Namun begitu, kebanyakan rakyat Korea boleh berbahasa Inggeris terutamanya di bandar-bandar besar seperti Seoul. Anda digalakkan untuk mempelajari beberapa perkataan dalam bahasa Korea untuk membantu melancarkan dan memudahkan urusan anda di sana.

Adakah terdapat perbezaan masa?

Waktu piawai Republik Korea (Korea Selatan) ialah 9 jam di hadapan Waktu Min Greenwich (GMT+9)

Bolehkah saya menggunakan palam elektrik biasa di Korea Selatan?

Voltan standard di Korea Selatan ialah 220 volt dan 60Hz. Korea Selatan menggunakan dua jenis palam, Palam Jenis C (Europlug) dan Palam Jenis F (German Schuko). Palam jenis ini mempunyai dua pin bulat berjarak 19mm antara satu sama lain dan boleh dimasukkan ke dalam dua lubang bulat berukuran 4.0mm hingga 4.8mm.

Apakah suntikan vaksin yang disyorkan jika saya ingin ke Korea Selatan?

Penting untuk anda menerima maklumat kesihatan lawatan yang tepat dan terkini untuk wilayah yang akan dikunjungi. Anda disyorkan untuk mendapatkan maklumat sedemikian daripada doktor keluarga anda atau pakar yang layak dari Klinik Kesihatan.

Bolehkah saya minum air paip di Korea?

Air paip di sini selamat untuk diminum. Namun begitu, kebanyakan penduduk di sini tidak meminum air daripada paip. Walaupun air paip di Korea 100% selamat untuk diminum, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk merebusnya atau menapisnya terlebih dahulu sebelum meminumnya. Jika anda melawat atau tinggal di Korea Selatan, anda tidak perlu khuatir dengan tahap kebersihan air di sini.

Pakej Terlaris

Korea Selatan Pakej Percutian TempohHarga
Korea (Musim Panas) 5H4M Hubungi Kami
Korea (Musim Sejuk) 5H4M Hubungi Kami
Korea (Musim Luruh) 5H4M Hubungi Kami
Jeju-Seoul 6H5M Hubungi Kami
Terbaik di Korea 6H5M Hubungi Kami