Skip to main content

Mengapa Tripfez

Kami juga suka melancong, sama seperti anda. Jadi, kami mahu membantu lebih ramai umat Islam untuk melancong ke seluruh dunia dengan mudah.

Selain daripada memudahkan orang Islam untuk melancong, kami nyatakan 6 sebab anda harus melancong bersama Tripfez dan cara untuk melancong dengan tenang dan mudah.

1. Kami ialah pakar percutian Muslim!

Kami mahu menolong anda yang sedang bersusah-payah mencari tempat-tempat menarik dan juga makanan halal yang enak sepanjang percutian anda. Itinerari Muslim kami akan memudahkan anda untuk meneroka dunia yang indah ini tanpa merisaukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Kami sediakan makanan yang halal

Berada di negara asing dan bertutur dalam bahasa asing boleh menyukarkan anda untuk mencari makanan yang halal. Sebagai pakar percutian Muslim anda, kami akan pastikan semua makanan dan minuman adalah dijamin halal sepanjang pelancongan anda.

3. Tiada caj yang tersembunyi

Jangan tertipu! Destinasi impian anda adakalanya tidak semahal yang disangka. Selain menawarkan harga terbaik, kami juga TIDAK mengenakan caj tersembunyi dalam semua pakej kami. Semua cukai, yuran, tip dan lain-lain sudah termasuk dalam sebut harga.

4. Untuk pakej berkumpulan, kami menawarkan insurans perjalanan dan visa percuma

Kami sediakan insurans perjalanan dan visa untuk pelancong yang mengikuti pakej berkumpulan kami. Kami akan sediakan kesemuanya supaya perjalanan anda lebih teratur.

5. Kami menawarkan pilihan pakej Berkumpulan atau Ground

Mencari pakej yang sesuai amatlah penting. Oleh itu, kesemua pakej kami adalah fleksibel supaya sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh sertai lawatan berkumpulan (dengan pemandu pelancong) maksimum 30 orang setiap kumpulan, atau cipta pengalaman anda sendiri dengan pakej Ground kami. Sekiranya anda melancong buat kali pertama, kami nasihatkan anda untuk menyertai pakej berkumpulan kami. Pemandu pelancong kami akan membawa anda ke tempat yang menarik sepanjang percutian anda.

6. Pengalaman yang Unik untuk Anda

Sama ada anda pergi secara kumpulan atau secara individu, pemandu pelancong kami yang berpengalaman akan membawa anda ke tempat yang terbaik di sekitar destinasi anda. Kami merancang itinerari anda supaya memudahkan orang Islam untuk melancong ke mana-mana lokasi pilihan anda.

Tripfez vs ejen percutian lain

Setelah mengorak langkah dalam industri percutian Muslim, kami percaya keunikan yang kami miliki membezakan kami dengan ejen percutian lain. Berikut adalah perbezaan antara kami dan ejen percutian yang lain:

  • Pengalaman percutian anda sangat penting buat kami - Kami faham percutian anda sangatlah berharga. Kami akan berusaha untuk menjadikan pengalaman percutian anda lancar dan juga menyeronokkan. Kami menghargai segala maklum balas anda kerana ia mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
  • Tiada caj tersembunyi - Jangan risau. Kami TIDAK akan mengenakan caj tersembunyi atau caj tambahan dalam sebut harga. Harga yang dipaparkan adalah harga tetap.

Tripfez vs tempahan sendiri

Proses mencari tiket penerbangan murah, tempat tinggal dan aktiviti menarik untuk percutian anda amatlah memenatkan dan mengambil BANYAK masa. Kami membantu menjimatkan masa dan wang. Bagaimana Tripfez boleh membantu memudahkan anda dalam membuat tempahan sendiri?

  • Memudahkan permohonan visa dan insurans perjalanan - Untuk menjadikan percutian anda lebih mudah dan teratur, kami akan menguruskan proses permohonan visa dan insurans perjalanan
  • Sertai lawatan berkumpulan atau ubah suai percutian mengikut pilihan - Tripfez memberi kebebasan kepada anda dalam membuat keputusan. Anda boleh memilih untuk menikmati percutian All-In di 14 buah negara, atau mengubah suai percutian anda sendiri dengan pakej mudah suai kami. Walau apa pun pakej yang anda pilih, kami bersedia untuk membantu anda.

Apa kata pelanggan tentang Tripfez »