Soal Jawab Umrah
Segala pertanyaan tentang Umrah bersama Tripfez
Bila anda merancang untuk menunaikan Umrah, Tripfez bersedia membantu memudahkan urusan anda dari awal hingga akhir. Berikut merupakan soalan-soalan yang kerap ditanyakan oleh jemaah Umrah Tripfez.
Sebelum Menunaikan Umrah
Bagaimana memohon e-visa untuk melancong ke Arab Saudi secara dalam talian?
Anda boleh layari portal Saudi eVisa di https://visa.visitsaudi.com/
Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?
Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah https://www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements
Apakah dokumen yang saya perlukan sebelum menunaikan Umrah?
Anda boleh memuat turun versi PDF dokumen yang diperlukan untuk Umrah anda bersama Tripfez. Download dokumen PDF
Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?
Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah dan akan dibimbing oleh Uztaz/Da'i yang berpengalaman. Ustaz/Da'i akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah. Anda juga boleh mengakses video Umrah dalam talian kami di sini.
Bagaimanakah aturan tempat duduk untuk pasangan dengan bayi?
Bagi pasangan dengan bayi, anda disyorkan untuk memohon kerusi bassinet atau skycot. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Namun begitu, kerusi bassinet atau skycot adalah tertakluk pada permintaan dan bergantung pada ketersediaan. Anda juga boleh merujuk perkara ini di sini https://www.flyingwithababy.com/what-are-the-best-seats-on-a-plane-and-info-on-baby-bassinets/
Apakah item percuma yang disediakan jika saya menempah pakej Umrah bersama Tripfez?
4 jenis beg (bagasi 24 kg, beg silang, beg sandang, beg uncang kasut) dan buku panduan Umrah.
Bolehkah saya menunaikan Umrah ketika sakit?
Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. Anda hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah. Jemaah Umrah juga perlu mendapatkan vaksin yang diperlukan seperti vaksin influenza dan meningokokus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Umrah.Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.
Bagaimana jika saya membatalkan tempahan saya?
Tempahan boleh ditukarkan ke destinasi atau tarikh lain namun tertakluk pada ketersediaan.
Apakah keperluan yang perlu dibawa untuk menunaikan Umrah?
https://blog.tripfez.com/top-10-umrah-checklist/
https://blog.tripfez.com/senarai-barang-untuk-persediaan-untuk-umrah-cara-tripfez/
ITEM YANG DIPERLUKAN
https://blog.tripfez.com/senarai-barang-untuk-persediaan-untuk-umrah-cara-tripfez/
ITEM YANG DIPERLUKAN
- Pasport
- Kad pengenalan
- Tiket kapal terbang
- Rekod Vaksin
- Gambar berukuran pasport bersaiz 4 cm x 6 cm
- Sijil pernikahan
- Duit
- Nombor telefon dan alamat
- Ubat-ubatan
- Surat pengesahan doktor (untuk individu dengan masalah kesihatan)
- Air garam/air minuman
- Gunting lipat tahalul (kecil)
- Kayu sugi (miswak)
- Selipar getah
- Sejadah
- Tali pinggang/beg pinggang
- Sabun tanpa wangian
- Botol penyembur (untuk mengambil wudhu)
- Power bank
- Kain Ihram
- Pakaian yang selesa
- Pakaian dalam (kain kapas)
- Skarf/Hijab & Abaya
- Anak tudung
- Pengikat/klip rambut
- Beg kecil/dompet
- Tuala wanita/pad
- Pin
- Pakaian dalam (kain kapas)
Bilakah masa terbaik (waktu luar puncak) untuk menunaikan Umrah?
Waktu luar puncak untuk Umrah kebiasaannya pada permulaan musim Umrah iaitu pada selepas musim Haji antara 1 Muharam sehingga pertengahan Zulkaedah (bergantung pada tahun hijrah dan perubahan semasa)
Berapakah harga untuk pakej Umrah kanak-kanak dan bayi?
Kurang RM500 daripada harga dewasa untuk kanak-kanak berkatilRM5000 untuk kanak-kanak tanpa katil (2-11 tahun)RM1500 untuk bayi (1-2 tahun)
Berapakah tempoh masa minimum yang diperlukan sebelum tarikh perjalanan?
60 hari
Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?
Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari. Anda boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.https://help.visitsaudi.com/hc/en-us/articles/360009422839-Can-I-perform-Umrah-on-the-visit-visa-as-an-unaccompanied-woman-without-a-male-relative
Bolehkah saya merancang sendiri jadual perjalanan Umrah DIY saya?
Ya. Umrah DIY bersama Tripfez membolehkan anda memilih penginapan, pengangkutan, program yang akan dijalankan, visa dan mutawif mengikut pilihan dan bajet anda.
Semasa Menunaikan Umrah
Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?
Dengan bas (6 jam hingga 8 jam) / Masa perjalanan antara Mekah dan Madinah dengan bas akan mengambil masa kira-kira 6 jam.
Betulkah jarak perjalanan antara hotel dan masjid hanyalah 50 Meter?
Premium: 50M dari Masjidil Haram. 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram (Mekah) https://goo.gl/maps/27Hci6FUdDtW56Qm9
Ekonomi: 190M dari Masjidil Haram (Mekah)https://goo.gl/maps/mzrax8HBXMZMunnA6
Premium & Ekonomi: 150M dari Masjid Nabawi (Madinah)https://goo.gl/maps/JnGLTtcWHfsRUc6A7
Ekonomi: 190M dari Masjidil Haram (Mekah)https://goo.gl/maps/mzrax8HBXMZMunnA6
Premium & Ekonomi: 150M dari Masjid Nabawi (Madinah)https://goo.gl/maps/JnGLTtcWHfsRUc6A7
Adakah saya perlu membawa tunai ke Mekah/Madinah? Berapakah anggaran amaun yang saya perlu bawa? Di manakah saya boleh melakukan transaksi penukaran mata wang?
Sukar untuk mencadangkan amaun yang perlu dibawa kerana setiap orang mempunyai tabiat berbelanja yang berbeza. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil kira perkara berikut semasa membuat belanjawan sebelum berlepas: https://hajjumrahplanner.com/money-banking/ Membeli-belah – Asingkan duit belanja untuk membeli barangan atau cenderamata untuk diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Buat senarai barangan yang ingin dibeli atau individu dan amaun yang perlu dibelanjakan. Caj kargo atau bagasi tambahan jika anda merancang untuk membeli banyak barangan. Amal jariah (sedekah). Makanan dan minuman.
Adakah saya perlu membeli SIM kad tempatan ketika berada di Arab Saudi? Adakah saya perlu mengaktifkan perayauan antarabangsa (roaming) ketika berada di sana?
Anda boleh mengaktifkan perayauan antarabangsa (roaming) pembekal perkhidmatan sedia ada anda. Namun, harga sedikit mahal dan kadar caj tertakluk pada telko masing-masing. Kami mengesyorkan anda untuk membeli kad sim di kiosk telko dan kadar tambah nilai adalah tertakluk pada pakej.
Adakah terdapat pakej Umrah yang melebihi 16 hari?
Kami boleh menyesuaikan pakej Umrah mengikut permintaan jemaah sehingga 30 hari dengan visa Umrah dan 90 hari dengan visa pelancong. Pakej terpanjang yang tersedia buat masa ini ialah pakej Umrah Ramadan 17 hari.
Adakah pakej Umrah ini termasuk makanan?
Fullboard untuk pakej ekonomi dan bajet. Halfboard untuk pakej premium, namun boleh dinaik taraf ke pakej fullboard mengikut permintaan
Adakah jemaah akan dibawa melawat lokasi-lokasi penting dan bersejarah di Mekah dan Madinah?
Di Madinah dan Mekah, jemaah Umrah akan melawati ke tempat-tempat yang berikut;MadinahMiqat di Masjid Bir Ali Tapak rumah kelahiran Rasulullah S.A.W Tapak rumah sahabat Rasulullah S.A.W Jabal rahmah/muzdalifah/mina Miqat di Ja'ranah Muzium Almoudi Miqat di Hudaibiyyah
- Ziarah dalaman madinah Raudhah dan makam nabi (bersama mutawwif/mutawwifah) 1x
- Menziarahi tanah perkuburan bani saqifah/ baqi' (Madinah)
- Muzium Al-Quran di Madinah
- Jabal Uhud
- Masjid Quba
- Ladang Kurma
Berapa kali makanan disediakan di hotel semasa menunaikan Umrah?
Bagi Umrah Ekonomi, hidangan fullboard (sarapan, makan tengahari dan makan malam) disediakan di Mekah dan Madinah. Bagi Umrah Premium, hanya sarapan disediakan di Mekah dan hidangan fullboard (sarapan, makan tengahari dan makan malam) disediakan di Madinah
Adakah pakej Umrah Ziarah turut ditawarkan?
Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan?
Kami menyediakan pakej Umrah berkumpulan dan pakej Umrah persendirian
Berapa jarak antara hotel dan lapangan terbang?
2 jam
Apakah Umrah Ziarah?
Umrah Ziarah Tripfez adalah percutian ke negara pilihan anda sebelum ataupun selepas anda mengerjakan ibadah Umrah anda
Selepas Umrah
Berapa kali saya boleh melakukan Umrah?
Anda boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika anda menyertai pakej Umrah berkumpulan, satu daripadanya dengan bimbingan Mutawwif.
Berapa awal perlu saya berada di lapangan terbang sebelum perlepasan?
Anda dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 5 jam sebelum perlepasan
Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang?
Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA.
Mahukan Umrah Yang Lebih Istimewa?
Agensi Umrah Berlesen
Tripfez Travel adalah penerima sijil lesen khas Umrah berstatus Muassasah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Kami Sedia Membantu
Tidak jumpa apa yang dicari? Tak mengapa, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan
WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918Sila betulkan kesilapan berikut:
- ${ error }