Skip to main content
Pakej Percutian ke Nuwara Eliya Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Nuwara Eliya

Permata Sri Lanka

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Sri Lanka
  6. ›
  7. Nuwara Eliya

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Nuwara Eliya ialah satu satu destinasi paling sejuk di Sri Lanka. Bandar ini terletak di wilayah tanah tinggi Sri Lanka, terkenal dengan pemandangan ladang teh hijau yang mendamaikan, keindahan landskap serta cuaca yang sejuk. Nuwara Eliya dikatakan sebagai salah satu destinasi paling unik dan menakjubkan di negara ini.

Nuwara Eliya, kira-kira 2000m di atas paras laut, terkenal dengan julukan “Little England” Sri Lanka. Nuwara Eliya popular dengan cuaca, persekitaran dan seni bina yang sedikit berbeza berbanding perkampungan lain yang ada di sini. Nuwara Eliya menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik termasuklah Taman Negara Tanah Galway, Lake Gregory, Taman Victoria, Kilang Teh Pedro, Kuil Seetha Amman, Taman Botani Hakgala dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Tempah pakej percutian ke Nuwara Eliya sekarang! Banyak lagi tarikan menarik yang tersedia di sini menanti anda.

Nuwara Eliya bersedia menerima kehadiran anda pada bila-bila masa. Namun begitu, anda disyorkan untuk tidak melawat Nuwara Eliya pada musim puncak iaitu pada bulan April. Dalam tempoh ini, ramai pelancong berkunjung ke Nuwara Eliya untuk lari daripada kepanasan Colombo dan penduduk tempatan menikmati cuti panjang disebabkan oleh Perayaan Tahun Baru Sinhala dan Tamil di Sri Lanka. Untuk memastikan perjalanan yang lancar tanpa kesesakan lalu lintas dan lokasi tumpuan dipenuhi dengan pelancong, anda disyorkan untuk mengelakkan musim puncak ini.

Tempah pakej melancong anda ke Nuwara Eliya dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Amalina - Tripfez Travel
Amalina
Travel Consultant
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }