Skip to main content
Pakej Percutian ke Brisbane Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Brisbane

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Oceania
  4. ›
  5. Australia
  6. ›
  7. Brisbane

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Brisbane terletak di sudut tenggara Queensland. Walaupun Brisbane adalah bandaraya ketiga terbesar di Australia, ia sering 'diabaikan' berbanding dengan lokasi tarikan pelancong yang lain seperti Perth dan Sydney.

Melancong ke Brisbane sangat menyeronokkan jika anda berminat untuk melakukan aktiviti luar. Brisbane sering menerima sinaran cahaya matahari. Jadi, jika anda sedang mencari percutian yang bukan hanya bersantai di hotel, Brisbane adalah sebuah percutian yang sempurna untuk anda. Sama ada anda memilih untuk memandu di sekitar Gunung Nebo Road secara santai atau mendaki di Taman Negara Lamington, Brisbane menawarkan pemandangan hebat dan cuaca yang selesa sekaligus membuatkan percutian anda sangat menarik. Jika anda mahu bersantai di pantai, Brisbane menawarkan beberapa pantai terpencil dan pulau-pulau berdekatan. Jika anda ingin meluncur air, kami mengesyorkan anda untuk ke Cylinder Beach dan Ocean Beach. Jika anda ingin bersantai dan berehat, Pantai Tangalooma adalah destinasi yang patut anda tuju.

Di bandar utama Brisbane, penduduk di sana sangat ramah dan boleh membantu anda jika anda perlukan pertolongan. Bandar ini meriah dan mempunyai aura yang positif. Penghijrahan yang ramai dari Asia Tenggara dan dari negara lain seluruh dunia telah mencipta campuran budaya yang pelbagai di Brisbane. Persekitaran sungai di bandar menjadikannya tempat percutian yang ideal untuk pengembara, restoran yang bergaya dan pemandangan malam juga akan menarik minat mereka yang mahu mengekalkan suasana kota besar. Untuk aktiviti ekstrem, anda boleh mendaki Story Bridge. Sementara itu, bagi mereka yang mahukan aktiviti santai, anda boleh bersiar-siar di sekitar Taman Botanic City, Roma Street Parkland dan Brisbane Botanic Gardens Mount Coot-tha.

Tempah pakej melancong anda ke Brisbane dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Anis - Tripfez Travel
Anis
Travel Consultant
Khairul - Tripfez Travel
Khairul
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }