Skip to main content

Terma & Syarat

Terma & Syarat Am Tempahan

Tripfez adalah sebahagian daripada Tripfez Travel Sdn Bhd, ditubuhkan pada Februari 2013 dan adalah agensi pelancongan berlesen di bawah undang-undang Malaysia (No. Lesen 7142).

Dengan membeli mana-mana pakej Tripfez secara luar talian atau dalam talian, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat berikut.

Nota:
Semua harga pakej pelancongan adalah untuk rakyat Malaysia sahaja dan tidak termasuk tambang penerbangan kecuali dinyatakan sebaliknya. Kadar boleh berubah sekiranya berlaku kenaikan atau penurunan kadar pertukaran mata wang yang tidak konsisten dan pelarasan pada saat akhir atau surcaj tambahan yang dikenakan oleh operator penginapan, pengendali pengangkutan darat, air dan udara, pengusaha restoran, tempat tarikan, taman tema, lokasi lawatan dan pengendali pelancongan.

Tripfez akan dirujuk sebagai "Syarikat" dan anda sebagai "Pelanggan" dalam Terma dan Syarat yang disenaraikan di bawah: -

1. HARGA LAWATAN ATAU PAKEJ TERMASUK

(a) Di mana berkenaan, pembayaran tiket penerbangan Kelas Ekonomi ATAU Kelas Perniagaan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dilencongkan ke destinasi lain, termasuk Cukai Lapangan Terbang, Surcaj Bahan Api dan caj-caj lain yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
(b) Tempat penginapan dan makanan adalah seperti yang dinyatakan dalam Program Lawatan.
(c) Kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun pada tarikh penerbangan, dikelaskan sebagai bayi dan tambang pelancongan akan dikenakan hanya untuk komponen udara atau tambang udara serta cukai yang berkaitan, jika berkenaan.
(d) Kanak-kanak di bawah 12 tahun (2 hingga 11 tahun) dengan merujuk kepada tarikh lahir jatuh pada tarikh sebelum tarikh penerbangan dari Malaysia, layak untuk mendapat tambang kanak-kanak (jika ada).
(e) Komponen udara atau tambang udara adalah berbeza di kalangan syarikat penerbangan dan akan dinyatakan apabila diminta oleh pelanggan.
(f) Lawatan dan aktiviti ke lokasi yang ditentukan seperti yang ditetapkan dalam Program Lawatan.
(g) "Tipping" dan / atau cukai adalah termasuk seperti yang ditetapkan dalam Program Lawatan, melainkan dinyatakan sebaliknya.
(h) Insurans perjalanan adalah termasuk seperti yang ditetapkan dalam Program Lawatan, melainkan dinyatakan sebaliknya.

2. HARGA LAWATAN TIDAK TERMASUK

(a) Pengecualian daripada Harga Pelancongan berbeza dari pakej dan produk. Pengecualian boleh dirujuk kepada Seksyen 'Harga Pakej Tidak Termasuk' untuk setiap program. Tripfez hanya bertindak sebagai agensi untuk mengumpul caj ini dan oleh itu tertakluk kepada Terma dan Syarat pihak berkuasa yang berkenaan.

3. TEMPAT PENGINAPAN DAN PERMINTAAN KHUSUS

(a) Penginapan adalah berdasarkan perkongsian Berkembar untuk dua (2) orang dewasa melainkan Pelanggan meminta secara khususnya untuk Penginapan Tunggal bagi Pakej Pelancongan Kumpulan. Perkongsian Triple, Quad atau Quint ditawarkan untuk Pakej Umrah dan Pakej Swasta sahaja. Walau bagaimanapun, Tripfez TIDAK BOLEH MENJAMIN pilihan tempat tidur yang diminta. Permintaan ini akan di hantar ke hotel dan ianya tertakluk kepada ketersediaan bilik.
(b) Harga bilik untuk kanak-kanak adalah berdasarkan kepada (kanak-kanak 2-11 tahun Dengan Katil) atau tanpa katil (kanak-kanak berumur 2-6 tahun), dan akan berkongsi dua (2) dewasa sebagai orang ketiga dalam bilik tidur berkembar. Di mana, untuk kes ini, katil tambahan adalah katil tambahan sebenar atau katil gulung, seperti yang ditentukan oleh hotel mengikut polisi mereka yang telah dipersetujui oleh Pelanggan.
(c) Secara umum, umur kanak-kanak 2-11 tahun diguna pakai di kebanyakan negara tetapi jika di mana ia berbeza, Tripfez akan memaklumkan Pelanggan menerusi penerbitan umum atau Program Lawatan.
(d) Di mana seorang (1) kanak-kanak berkongsi bilik dengan seorang (1) orang dewasa, harga bilik untuk kana-kanak tersebut diambil kira sebagai harga dewasa ATAU harga kanak-kanak Dengan Katil.
(e) Jika kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah, harga Kanak-kanak akan berasaskan harga untuk Bayi.
(f) Caj Tambahan Tunggal akan dikenakan untuk Pelanggan yang melancong bersendirian dalam kumpulan. Apabila diminta oleh Pelanggan, Tripfez akan berusaha untuk membantu menggandingkan Pelanggan dengan pelanggan lain, namun tidak bertanggungjawab sepenuhnya jika gandingan tersebut tidak boleh dilakukan. Sebarang pembatalan tempahan yang disahkan oleh Pelangggan disebabkan oleh kegagalan menggandingkan Pelanggan, caj Pembatalan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9.3 terma ini akan dikenakan.
(g) Kebanyakan hotel di Eropah menyediakan 2 katil single yang ditolak bersama untuk dijadikan katil double, dan Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas saiz sebenar bilik, katil tambahan dan lain-lain. Walaupun semua pilihan bilik diteruskan ke hotel, peruntukan bilik dilakukan oleh pihak hotel dan tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk.
(h) Untuk nama hotel yang tertera di dalam program lawatan, Tripfez akan berusaha untuk memastikan pelanggan akan menginap di hotel tersebut, kecuali untuk sebab-sebab ketiadaan atau keselamatan, hotel alternatif dalam klasifikasi yang sama akan disahkan. Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan hotel.
(i) Untuk mana-mana Pakej Berkumpulan atau Pakej Umrah Berkumpulan, bilik-bilik yang disertakan adalah berdasarkan Bilik Standard sahaja. Penaikan taraf bilik tidak akan diatur.
(j) Bagi mana-mana Pakej Persendirian atau Yang Diubahsuai di mana Pelanggan telah membuat penginapan sendiri atau tempahan hotel, Tripfez tidak akan bertanggungjawab atas pengaturan bilik tersebut.
(k) Sebarang perubahan bilik pada minit terakhir tidak akan dilayan. Sekiranya Pelanggan menuntut perubahan itu, Pelanggan akan menanggung caj tambahan atau penalti semasa pengaturan perubahan tersebut. Tripfez tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos tambahan yang dikenakan.

4. PERMINTAAN UNTUK PENAMBAHAN MASA/PENYIMPANGAN DARI PENERBANGAN/LAWATAN ASAL

(a) Permintaan untuk Penambahan masa atau Penyimpangan dari penerbangan/lawatan asal yang dirancang atau dari tarikh perjalanan adalah tertakluk kepada Sekatan, Terma & Syarat Tiket Penerbangan dan caj yang dikenakan atau tambang tambahan.
(b) "Mana-mana ""detour"" dari jadual Kumpulan Pelancongan atau Jadual Pelancongan Umrah adalah tidak dibenarkan. Sekiranya ""detour"" berlaku, sebarang penalti atau caj tambahan yang berlaku perlu dibayar oleh Pelanggan pada masa kejadian. Tripfez tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos tambahan yang dikenakan.
(c) Pelanggan mesti memastikan permintaan tersebut dibuat dan dipersetujui sebelum pengesahan tempahan pakej Lawatan.
(d) Sekiranya tempahan pakej Lawatan sudah dibuat, dan deposit telah dibayar, sebarang pembatalan Tempahan Lawatan disebabkan oleh kegagalan untuk mengatur Pelanjutan dan / atau Penyimpangan penerbangan/lawatan akan dikenakan Caj Pembatalan menurut Klausa 9.3 Terma & Syarat ini.
(e) "Apa-apa Pelanjutan dan / atau Penyimpangan percutian adalah atas permintaan Pelanggan adalah pada tanggungjawab Pelanggan dan Tripfez tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan yang disebabkan atau kos tambahan yang timbul akibat Pelanjutan dan / atau Penyimpangan. Pelanggan bertanggungjawab terhadap penalti yang dikenakan untuk sebarang Pelanjutan dan / atau Penyimpangan.

5. PROSEDUR TEMPAHAN

Setelah menerima bayaran deposit dari Pelanggan, Tripfez akan meneruskan untuk membuat tempahan penerbangan, penginapan hotel, kenderaan pelancongan dan panduan pelancongan yang diperlukan.

5.1 Pindaan kepada Tempahan

(a) Setelah pengesahan tempahan pakej Lawatan, sebarang perubahan berikutnya yang dibuat ke atas tempahan Pelanggan adalah tertakluk kepada caj pindaan wajib sebanyak RM 50.00 setiap orang untuk setiap perubahan. Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja sebelum tarikh berlepas. Perubahan termasuk perubahan jumlah peserta, dsb.
(b) Sebarang permintaan empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh pelepasan tidak akan dilayan.

5.2 Pindaan kepada Jadual Perjalanan:

(a)Tripfez akan berusaha untuk mengelakkan perubahan pada jadual perjalanan. Walau bagaimanapun, Syarikat mempunyai hak untuk mengubah perjalanan, urusan perjalanan, tempahan hotel pada bila-bila masa (tanpa pampasan) disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh puncak atau sekiranya berlaku force majeure.
(b) Tripfez tidak menjamin kesediaan apa-apa barang atau kemudahan yang disebutkan, terutamanya di mana Tripfez tidak mempunyai kawalan langsung.
(c) Sekiranya terdapat ketidakselarasan maklumat antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

5.3 Nama orang yang Melancong

(a) Adalah penting untuk Pelanggan yang membuat tempahan untuk memasukkan semua nama yang menyertai Lawatan dengan betul. Jika nama pangillan atau singkatan lain dimasukkan sebagai nama tetamu, syarikat penerbangan dan hotel berhak untuk menolak tempahan. Kesemua nama yang melancong mestilah sama seperti yang dinyatakan dalam pasport.

5.4  Pewaris

(a) Pelanggan mesti menyediakan butiran Pewaris untuk tujuan insurans semasa membuat tempahan. Pewaris hanyalah merujuk kepada keluarga terdekat Pelanggan (Bapa, ibu dan adik-beradik sahaja).

5.5 Keadaan Kesihatan dan Perubatan

(a) Pelanggan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Tripfez mengenai keadaan kesihatan semasa Pengesahan tempahan dan memegang sijil kesihatan semasa untuk pengesahan. Tripfez mempunyai hak untuk menasihati dan untuk menafikan Pelanggan dari menyertai lawatan jika Tripfez percaya bahawa keadaan kesihatan boleh mengakibatkan masalah kelak.
(b) Jika Pelanggan berkeras untuk menyertai Pakej Lawatan, Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian semasa Lawatan.
(c) Jika Pelanggan berkeras semasa membuat Tempahan Lawatan tetapi membuat pembatalan pada minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan, Caj Pembatalan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Klausa 9.3 istilah ini akan dikuatkuasakan.
(d) Jika Pelanggan gagal memaklumkan keadaan kesihatan sebenar atau memberikan maklumat palsu dan membuat pembatalan minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan, Tripfez berhak untuk tidak membayar balik Pelanggan.

5.6 Akaun E-mel

(a) Adalah tanggungjawab Pelanggan yang membuat tempahan untuk memastikan mereka telah memberi alamat e-mel yang betul. Jika e-mel Tripfez telah dihantar ke folder mel Junk atau Bulk anda, anda boleh menghalangnya daripada berlaku lagi dengan membuka e-mel anda dan mengklik pada 'Not spam' atau butang 'This is not spam'.

6. DOKUMEN PERJALANAN (PASPORT & PERMOHONAN VISA)

6.1 Pasport

(a) Adalah tanggungjawab Pelanggan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai Paspot Antarabangsa yang sah dengan tempoh minimum 6 (enam) bulan dari tarikh pulang.
(b) Halaman utama pasport mesti dihantar melalui e-mel ke Tripfez setelah pengesahan tempahan untuk membolehkan Tripfez memastikan ketepatan maklumat ketika membuat tempahan penerbangan, pengeluaran tiket, daftar penyenaraian dan dokumen dan pengaturan lain.
(c) Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan yang mereka tidak disenarai hitam oleh Badan Pengawalseliaan seperti Jabatan Hasil Dalam Negeri, Bank, Jabatan Insolvensi dan badan-badan lain yang boleh menyekat pelanggan dari keluar negara. Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pembayaran balik, perubahan atau penangguhan perjalanan yang disebabkan oleh sekatan tersebut.

6.2 Permohonan Visa

(a) Para pelanggan dinasihatkan untuk memohon visa perjalanan mereka sendiri. Jika yuran visa termasuk di dalam pakej yang dibeli oleh pelanggan, Tripfez akan memohon visa bagi pihak pelanggan. Dokumen yang sah mestilah diberi kepada Tripfez semasa pengesahan tempahan. Pemohonan Visa biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya (2 bulan) untuk diproses.
(b) Tripfez akan membantu memohon semula jika berlaku sebarang Penolakan Visa, walau bagaimanapun, selepas Visa ditolak untuk kali kedua, Pelanggan dikehendaki memohon semula atas susunan sendiri. Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap Penolakan Visa selanjutnya.
(c) Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan pasport disebabkan oleh sebarang sebab, termasuk dan tidak terhad kepada kecuaian di bahagian Tripfez, kakitangan, ejen dan pekerjanya.
(d) Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan, pembayaran balik atau bayaran balik perjalanan atau caj perjalanan sekiranya pelanggan ditolak masuk oleh mana-mana negara sebelum keberangkatan, semasa lawatan atas apa jua alasan, termasuk ketiadaan visa yang diperlukan.

6.3 Insurans Perjalanan

(a)Semua pelanggan Tripfez dinasihati untuk membeli insurans perjalanan untuk tempoh Lawatan mereka melalui Tripfez. Di mana insurans termasuk dalam Pakej Lawatan, Tripfez akan membantu dalam permohonan itu.
(b) Insurans Perjalanan adalah wajib seperti yang dinasihati oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Untuk tujuan ganti rugi, sekiranya Pelanggan sudah mempunyai perlindungan insurans atau enggan membeli insurans, Pelanggan dikehendaki menandatangani pernyataan penafian bahawa sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut dengan pihak Tripfez sekiranya berlaku sebarang keadaan malang yang mungkin timbul semasa dalam Lawatan. Borang indemniti akan disediakan oleh Jabatan Operasi kami untuk ditandatangani oleh Pelanggan sebelum hari penerbangan.

(c) Pelanggan boleh dinafikan perjalanan sekiranya borang indemniti itu tidak ditandatangani dan dikembalikan. Di mana perjalanan yang ditolak itu berlaku, Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bayaran balik perjalanan.

7. MASA PENERBANGAN DAN PRESTASI MASA

(a) Waktu dan jadual penerbangan tidak dijamin dan bukan sebahagian daripada kontrak. Semua jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan atau pembatalan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Pengawalseliaan negara. Tripfez akan berusaha sebaiknya untuk mengatur semula Lawatan atau penerbangan yang membolehkan pelanggan untuk meneruskan Lawatan tersebut.
(b) Merujuk kepada item 7 (a), Tripfez tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau caj tambahan yang disebabkan oleh perubahan atau pembatalan jadual penerbangan oleh Syarikat Penerbangan atau Badan Kawal Selia.

8. KADAR DAN PEMBAYARAN

8.1 Yuran Transaksi Antarabangsa

(a) Kadar yang dipaparkan di laman web Tripfez boleh dilihat dan caj dikenakan adalah dalam Ringgit Malaysia dan/atau Dolar AS. Kebanyakan pembekal kad kredit mengenakan yuran Transaksi Antarabangsa.
(b) Yuran ini diikeluarkan oleh beberapa penyedia kad kredit kerana caj untuk tempahan anda telah diproses di luar negara dari tempat tinggal anda. Kadar ini boleh meningkat sehingga 7% mengikut syarat bank anda. Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang caj transaksi antarabangsa yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit Pelanggan. Mata wang dan jumlah sebenar yang akan dikenakan akan dipaparkan kepada Pelanggan pada halaman Tempahan sebenar.
(c) Di samping itu, beberapa yuran urus niaga dengan kadar tertentu dikenakan ke atas kad kredit MasterCard, Visa, AMEX, Discover Card dan Diners Club, sementara untuk kad debit, tidak ada pelaksanaan seperti demikian. Ini hanya berlaku apabila jenis kad tersebut tidak dapat dikenal pasti. Yuran transaksi yang dikenakan apabila anda telah dicaj atau dikembalikan untuk tempahan adalah diluar skop tanggungjawab Tripfez.
(d) Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap kadar tukaran mata wang atau surcaj bank walau apa pun keadaannya.
(e) Apabila Pelanggan telah menerima dan setuju dengan Polisi Pembatalan untuk tempahan mereka serta Terma & Syarat Tripfez, kad kredit Pelanggan akan dikenakan jumlah kos pada masa tempahan dibuat.
(f) Jumlah bayaran untuk tempahan Pelanggan TIDAK termasuk sebarang caj-caj lain yang dikenakan (seperti snek bar kecil atau panggilan telefon).
(g) Kadar yang dipaparkan pada laman web Tripfez dan platform dalam talian dan luar talian yang lain adalah tertakluk kepada kenaikan atau keturunan mata wang. Kemungkinan akan ada sedikit variasi dalam kadar harian yang diterbitkan. Sebaik sahaja tempahan telah dibuat dan disahkan pada kadar yang anda terima, tidak akan ada pembayaran balik untuk perbezaan harga kerana harga dikemas kini setiap hari.

8.2 BUKTI PENGENALAN

(a) Untuk melindungi pemegang kad kredit apabila tempahan dibuat oleh pihak ketiga, Tripfez berhak untuk meminta bukti pengenalan dari pemegang kad serta borang kebenaran yang ditandatangani.
(b) Langkah keselamatan ini bukanlah untuk menyebabkan sebarang kesulitan tetapi adalah untuk melindungi pemegang kad kredit terhadap sebarang penyalahgunaan kad kredit.

9. TERMA PEMBAYARAN

9.1 Cara Pembayaran:

(a) Bayaran boleh dibuat di laman utama Tripfez, perbankan dalam talian, pembayaran menggunakan wang tunai ataupun cek. Bayaran dalam talian mestilah disertakan bersama bukti pembayaran. Bayaran dalam bentuk cek hanya akan diterima jika dikemukakan kepada Syarikat sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

9.2  Deposit & Pembayaran Penuh

(a) Bayaran deposit mestilah dibuat dalam masa 5 hari waktu berkerja selepas pengesahan tempahan. Tempahan akan dilepaskan jika bayaran tidak diterima. Bayaran deposit tertakluk kepada Jadual Pembayaran klausa 9.3.
(b) Bayaran Penuh mesti dijelaskan dalam masa 60 hari bekerja sepertimana diletakkan di Jadual Pembayaran klausa 9.3.
(c) Deposit dan Pembayaran Penuh tidak boleh dikembalikan di luar Tempoh Pembatalan. Pengecualian adalah seperti berikut:

  1. Kematian
  2. Kemasukan ke Hospital
  3. Sebab-Sebab Kesihatan - Mesti disertakan dengan surat dari Hospital (Surat dari Klinik tidak akan diterima). Bayaran balik akan dirujuk kepada Polisi Pembatalan seperti di Jadual Klausa 9.3. Sebarang perubahan pada minit terakhir disebabkan oleh keadaan perubatan yang tidak dimaklumkan oleh Tripfez, Pelanggan tidak akan dibayar balik seperti dalam Klausa 5.5 (c)

(d) Pengecualian seperti dalam Klausa 9.2 (c) adalah tertakluk kepada kelulusan tunggal dari Tripfez, yang bergantung kepada syarikat penerbangan dan pembekal yang berkenaan, dan bayaran balik tersebut, jika diluluskan, mungkin berbeza dari jumlah yang telah dibayar oleh Pelanggan.

9.3 Pembatalan

(a) Pembatalan tempahan Lawatan boleh berlaku atas sebab-sebab berikut:

  1. Kegagalan untuk mematuhi tarikh akhir bayaran penuh seperti yang ditetapkan oleh Tripfez mengikut Terma dan Syarat Klausa 9.2 (b) ini.
  2. Oleh pelanggan – Notis untuk pembatalan Tempahan Lawatan oleh pelanggan HARUS dibuat secara bertulis atau melalui e-mel untuk mengelakkan sebarang masalah komunikasi. Pembatalan melalui telefon tidak akan diterima. Tarikh notis yang diterima oleh Tripfez akan menjadi asas untuk pengiraan caj penalti.

(b) Polisi pembatalan syarikat penerbangan ke atas tambang promosi khas akan dikenakan sebagai tambahan kepada caj pembatalan Lawatan mengikut Jadual Pembayaran/Pembatalan.
(c) Semua pembatalan tiket penerbangan adalah tertakluk pada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan.
(d) Untuk mana-mana penangguhan Pakej Lawatan ke tarikh dan destinasi berbeza, Pelanggan perlu membatalkan tempatan pertama terlebih dahulu untuk membuat tempahan baharu, dan mengikut Klausa 5.1 (a), yuran pindaan wajib sebanyak RM50.00 akan dikenakan ke atas setiap seorang bagi setiap pindaan. Pelanggan tidak boleh memindahkan deposit tempahan awal ke tempahan baharu kerana deposit tersebut akan dilucuthakkan. Pakej Lawatan adalah tertakluk pada ketersediaan dan Harga Lawatan adalah berdasarkan harga atau promosi semasa sewaktu tempahan baharu dibuat.
(e) Pembatalan oleh Syarikat: Tripfez berhak untuk membatalkan Lawatan Berkumpulan atau Siri disebabkan oleh:

  1. Force Majeure - sebarang Bencana Alam dan Peperangan,
  2. Mogok, rusuhan, perang saudara atau rampasan kuasa
  3. Bilangan penumpang yang tidak mencukupi untuk mencukupkan saiz kumpulan minimum seramai 20 orang

(f) Lanjutan daripada Klausa 9.3 (e)(i) dan (ii), dipersetujui bahawa pembatalan Lawatan Berkumpulan atau Siri adalah bergantung pada notis rasmi yang dikeluarkan untuk sekatan perjalanan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (dirujuk sebagai “Wisma Putra”).
(g) Lanjutan daripada Klausa 9.3 (f), selepas pengesahan dan pengeluaran notis oleh Wisma Putra, Tripfez dengan ini bersetuju bahawa masa pemprosesan untuk bayaran balik tersebut akan mengambil masa dalam 60 hari.
(h)Pembatalan Lawatan Berkumpulan atau Siri sebagai lanjutan daripada Klausa 9.3 (e)(iii), Tripfez hendaklah membayar balik kepada Pelanggan harga Lawatan yang dibayar. 
(i) Sekiranya pembatalan diminta oleh pelanggan untuk insiden yang berlaku seperti 9.3 (e)(i) dan (ii) tanpa pemberitahuan sekatan perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Tripfez berhak untuk meluluskan atau menolak permintaan bayaran balik tersebut daripada pelanggan dan jumlah bayaran balik tersebut mungkin tidak sama dengan amaun yang dibayar oleh pelanggan.
(j) Keputusan oleh Tripfez adalah MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN.

10. BAYARAN BALIK

(a) Acara Pelancongan: Apa-apa pembayaran (deposit dan bayaran penuh) semasa acara pelancongan seperti MATTA Fair, Roadshow dll., tidak akan dibayar balik.
(b) Perkhidmatan yang Tidak Digunakan: Untuk mana-mana Perkhidmatan yang Tidak Digunakan semasa Lawatan oleh mana-mana peserta, tiada bayaran balik akan dibuat berkenaan penginapan, makanan, rombongan, lawatan, tambang penerbangan atau perkhidmatan lain yang termasuk dalam Harga Lawatan.
(c) Isu-isu Perjalanan Luar Negara: Bayaran balik penuh akan dibuat jika Tempahan Lawatan dibuat sebelum apa-apa pengumuman amaran perjalanan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia khususnya buat rakyat Malaysia. Jika tempahan dibuat selepas amaran perjalanan dikeluarkan, tiada bayaran balik akan dibuat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9.3 (e)(i) dan (ii).
(d) Keadaan Kesihatan: Untuk keadaan perubatan atau kesihatan, apa-apa bayaran balik boleh atau tidak boleh dibuat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.5 (c) dan (d).
(e) Kes-kes Khas: Berdasarkan kes-kes tertentu, bayaran balik akan dipertimbangkan oleh Syarikat.
(f) Tripfez juga berhak untuk membatalkan dan membayar balik deposit pelanggan tanpa apa-apa sebab.
(g) Tertakluk pada kelulusan tunggal daripada Tripfez yang bergantung sepenuhnya pada syarikat penerbangan, pembekal berkaitan dan sebagainya, bayaran balik, jika diluluskan, mungkin berbeza daripada jumlah yang telah dibayar oleh pelanggan.
(h) Jika layak untuk bayaran balik, tempoh pemprosesan oleh Tripfez akan dibuat dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh permohonan bayaran balik. Pelanggan akan mendapat bayaran balik pada hari yang ke enam puluh (60).
(i) Sebarang bayaran balik hendaklah dipertimbangkan dalam bentuk kredit boleh ditebus yang boleh digunakan untuk tempahan akan datang, dan bukan dalam bentuk tunai.

11. CUKAI LAPANGAN TERBANG & CUKAI BAHAN BAKAR

(a) Cukai lapangan terbang & cukai bahan bakar adalah tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa yang disebabkan oleh kenaikan dan penurunan kadar pertukaran mata wang antarabangsa. Pelanggan akan dimaklumkan tentang sebarang kenaikan cukai lapangan terbang & bahan bakar semasa prosedur tempahan.

12. CUKAI BANDAR, CUKAI PELANCONG, CUKAI TEMPATAN DAN CUKAI PENGINAPAN

(a) Oleh sebab Tripfez sentiasa memperluaskan destinasi kami, ini bermakna beberapa properti mempunyai polisi yang berbeza berkenaan cukai, sama ada cukai bandar, cukai pelancong atau cukai tempatan. Kadar kami termasuk mana-mana cukai hotel yang berkaitan, melainkan dinyatakan sebaliknya.
(b) Walau bagaimanapun, sesetengah cukai pelancong dan cukai tempatan secara amnya termasuk penggunaan perkhidmatan tempatan. Dalam kes ini, ia perlu dibayar secara terus kepada hotel. Maklumat ini juga dinyatakan di baucar prabayar.
(c) Mana-mana cukai bandar, cukai pelancong atau cukai lain yang berkenaan akan dikutip oleh pihak hotel semasa daftar keluar.

13. MAKLUMAT HOTEL DAN FASILITI

13.1  Maklumat hotel

(a) Tripfez sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan hotel, walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat ini atau untuk mana-mana fasiliti yang mungkin atau tidak tersedia di hotel semasa penginapan anda atau tidak sesuai dengan citarasa dan keinginan individu.
(b) Penghiasan semula/pengubahsuaian dan penyelenggaraan diperlukan untuk memastikan hotel sentiasa dalam keadaan baik dan mungkin dilakukan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Tripfez; namun begitu, pengusaha hotel atau pembekal akan memastikan kesulitan berada pada tahap minimum. Kerosakan ini boleh dijangkakan di dalam hotel dan perkara ini berada di luar bidang kuasa kami.
(c) Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan atau kesulitan kepada pelanggan yang di luar bidang kuasanya atau kemalangan atau kerugian di hotel yang disebabkan oleh pengurusan hotel atau kakitangan itu sendiri.
(d) Gambar hotel dan bilik disediakan untuk memberikan gambaran keseluruhan hotel kepada Pelanggan. Gambar bilik hotel tersebut berkemungkinan daripada kategori bilik hotel yang berbeza daripada yang anda tempah dan tidak sama dengan bilik yang diperuntukkan untuk anda di hotel.

13.2 Caj tambahan yang dikenakan oleh hotel

(a) Tripfez tidak mempunyai kawalan terhadap apa-apa caj tambahan yang mungkin ditentukan oleh pihak hotel untuk dilaksanakan ke atas pelanggan mereka seperti penyaman udara, peti keselamatan, peti sejuk mini, alat kawalan jauh televisyen dll. Sebarang caj tersebut mestilah dibayar terus kepada pihak hotel oleh pelanggan dan Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang caj sampingan yang dikenakan oleh pihak hotel.
(b) Tripfez tidak mempunyai kawalan terhadap apa-apa fi yang dikenakan oleh pihak hotel untuk penggunaan simpanan bagasi, sauna, spa dan kolam renang, yuran bayaran tempat letak kereta dll.
(c) Semasa musim perayaan terutamanya pada Tahun Baharu dan Krismas, terdapat hotel yang mengenakan gala wajib dan pelanggan mestilah membayar apa-apa caj tambahan untuk makan malam gala. Tripfez tidak selalu dimaklumkan tentang caj tambahan makan malam gala dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa caj tambahan gala yang dikenakan oleh pihak hotel.

13.3 Yuran Resort

(a) Sesetengah hotel mengenakan caj fi resort yang perlu dibayar secara terus kepada hotel cth. Amerika Syarikat, Eropah, dll. Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas caj fi resort dan tiada kawalan ke atas pelaksanaannya.

13.4 Penginapan Hotel dan Aduan

(a) Sebahagian daripada keseronokan melancong ke luar negara ialah merasai adat budaya tempatan dan pengalaman yang berbeza daripada negara asal. Fasiliti dan hiasan bilik pelanggan berbeza-beza bergantung pada negara yang dilawati.
(b) Aduan: Sebarang aduan yang tidak boleh diselesaikan di hotel mestilah dimaklumkan kepada Tripfez secara bertulis dalam tempoh 3 hari dari tarikh daftar keluar. Salinan aduan mestilah juga diserahkan dan ditandatangani oleh pengurus hotel.
(c) Walau bagaimanapun, jika terdapat sesuatu perkara yang tidak boleh diselesaikan di hotel semasa tempoh tempahan, Pelanggan perlu memaklumkan kepada Tripfez untuk mendapatkan penyelesaian segera.
(c) Tripfez akan berusaha untuk menyelesaikan masalah pelanggan dalam tempoh 5-15 hari bekerja. Sila ambil perhatian bahawa tempoh ini mungkin dilanjutkan mengikut jenis pertanyaan.

13.5 Hotel Tidak Dapat Menyediakan Penginapan yang Ditempah

(a) Jika hotel asal yang ditempah tutup, penuh atau mempunyai masalah penyelenggaraan dan/atau tidak boleh menyediakan bilik yang ditempah, Pelanggan mestilah menerima bahawa pengusaha hotel atau pembekal bertanggungjawab mencari penginapan alternatif yang setaraf. Jika Tripfez mendapat notis terlebih dahulu berhubung perkara ini, pihak kami akan menghubungi anda melalui e-mel.
(b) Sekiranya hotel penuh, Tripfez tidak bertanggungjawab untuk menawarkan anda hotel alternatif.
(c) Tempahan dianggap sebagai tempahan berkumpulan apabila terdapat 10 orang atau lebih. Tripfez berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan FIT yang dibuat untuk kumpulan atau jika dianggap tempahan hanya dibuat untuk jualan akan datang.
(d) Tripfez tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau peningkatan kos yang mungkin berlaku disebabkan oleh pemindahan lokasi kerana ia berada di luar kawalan kami.

13.6 Had Umur Daftar Masuk

(a) Semua hotel di laman web Tripfez, diperlukan salah seorang pelancong dalam kumpulan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Di sesetengah negara di Amerika Syarikat contohnya, terdapat had umur yang lebih tinggi. Sekiranya anda telah menempah hotel di Amerika Syarikat dan pelancong berumur di bawah 25 tahun, Pelanggan perlu menghubungi pihak hotel secara terus untuk penjelasan lanjut.

13.7 Perubahan Kadar yang Diterbitkan

(a) Tripfez berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan pada harga atau ralat yang dipaparkan dan/atau komisen. Ini termasuk kesilapan dan/atau komisen daripada pembekal atau pengusaha hotel.
(b) Sekiranya terdapat kesilapan pada harga dan/atau komisen, kami akan menawarkan pilihan sama ada meneruskan tempahan dengan kadar yang betul, membatalkan tempahan atau tertakluk pada ketersediaan, menawarkan hotel alternatif yang sesuai. Hal ini terpakai untuk kedua-dua tempahan yang disahkan dan tempahan yang diminta oleh pelanggan.
(c) Bukan semua kadar hotel boleh digunakan untuk pasaran tempatan dan untuk kes sedemikian, hotel berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu.

14. KOD PROMOSI

(a) Kod diskaun tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi dan tawaran lain daripada Tripfez sama ada secara dalam talian atau luar talian. Tripfez berhak menukar pelaksanaan Pakej Lawatan dan Kadar hotel yang ditawarkan untuk kod diskaun ini pada bila-bila masa.

BAUCAR TRIPFEZ

1.1 Baucar ini sah dari 01 Januari – 31 Disember 2020. Tempoh perjalanan adalah sehingga Mac 2021.

1.2 Baucar ini boleh ditebus untuk mana-mana pakej Berkumpulan atau Umrah sahaja.

1.3 Baucar ini tidak sah semasa jualan atau bersempena dengan mana-mana promosi khas lain (dalam talian atau acara).

1.4 Baucar ini tidak boleh ditukar sepenuhnya atau sebahagiannya untuk wang tunai dan sah untuk transaksi tunggal, bagi setiap seorang sahaja. 

1.5 Tempahan awal diperlukan dan mestilah dibuat melalui Tripfez (90 hari sebelum tarikh perlepasan).

1.6 Baucar ini boleh dipindah milik.

1.7 Sah untuk baucar asal sahaja, salinan tidak akan diterima. 

15. ACARA KARNIVAL DAN TARIKH KHAS SEMASA PERJALANAN

(a) Sepanjang tempoh tertentu seperti acara sukan, festival dan karnival, hotel mungkin mengenakan sekatan ketat mengenai syarat penginapan. Ada kemungkinan perubahan ini dimaklumkan kepada Tripfez selepas tempahan dibuat. Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tersebut.

16. MAKLUMAT PETA

(a) Peta disediakan untuk tujuan maklumat sahaja (jika ada). Tripfez sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan hotel dan peta, walau bagainapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat ini atau apa-apa ralat yang berlaku. Tripfez mengesyorkan anda untuk menghubungi hotel secara terus untuk mendapatkan maklumat lokasi dan arah yang tepat dan terkini.

17. MAKLUM BALAS

(a) Tripfez mengalu-alukan sebarang maklum balas yang membina daripada Pelanggan kami dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami. Sebarang pertikaian berhubung dengan Lawatan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh kembali. Tripfez tidak akan melayan sebarang pertikaian yang dibuat selepas tempoh ini.

18. KESELAMATAN DAN PRIVASI

18.1 Laman Web

(a) Apabila melawati laman web Tripfez, rekod lawatan anda akan direkodkan. Tripfez mengendalikan perkakasan pelayan selamat untuk meminimumkan risiko penggunaan kad kredit tanpa kebenaran.
(b) Tripfez menjamin semua maklumat sensitif seperti nama, alamat dan nombor kad kredit anda akan dilindungi dengan amalan keselamatan terbaik yang tersedia semasa melakukan transaksi melalui internet. Teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) yang digunakan menjamin privasi dan keselamatan semua transaksi. Teknologi SSL menyulitkan data sebelum dihantar supaya hanya penerima yang dibenarkan sahaja boleh mengaksesnya.

18.2 Penggunaan Imej, Gambar dan Video

(a) Tripfez semasa lawatan di luar negara mungkin mengambil gambar individu atau kumpulan dan/atau merakam video, selepas ini dirujuk sebagai “Bahan Pemasaran” untuk tujuan berikut, namun tidak terhad kepada:

  1. Pemasaran Laman Web
  2. Buku Kecil atau Risalah
  3. Kempen Media Sosial termasuk Facebook, Instagram dan Blog
  4. Media Elektronik seperti Televisyen

(b) Pelanggan dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kepada Tripfez untuk menggunakan “Bahan Pemasaran” ini bagi tujuan promosi dan pemasaran Tripfez.

19. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

(a) Sebarang urusan penyediaan pengangkutan, penginapan, rombongan dan perkhidmatan Lawatan atau pelancongan lain dibuat oleh Tripfez melalui ejen-ejen yang dilantik oleh pihak kami. Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan, kemalangan, kehilangan, kelewatan, kecurian, kuarantin, peraturan kastam, mogok, bencana alam dan perubahan jadual perjalanan, pengusiran atau larangan masuk daripada imigresen.
(b) Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua kerugian dan perbelanjaan daripada penyitaan pihak berkuasa akibat daripada dokumen perjalanan yang tidak wajar, pemilikan barangan-barangan yang menyalahi undang-undang atau ketidaktentuan. Dokumen perjalanan yang sewajarnya adalah diharapkan daripada semua Pelanggan.
(c)Tripfez juga berhak untuk meminta mana-mana individu menarik diri daripada lawatan jika dianggap bahawa tingkah laku atau kelakuannya menjejaskan atau tidak bersesuaian dengan kesihatan, keselamatan, kepentingan, keharmonian dan kebajikan peserta lawatan dan kumpulan lawatan lain. Di bawah keadaan berikut, Tripfez tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana individu sedemikian.
(d) Tripfez tidak akan terikat dan bertanggungjawab ke atas mana-mana kenyataan atau perwakilan daripada ketua kumpulan atau pemandu pelancong, pekerja atau ejen Tripfez melainkan secara bertulis dan ditandatangani oleh eksekutif pengurusan syarikat.
(e) Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa barangan yang dibeli semasa lawatan. Barangan yang rosak, barangan yang tidak sesuai untuk kegunaan pelanggan, barangan yang tidak sejajar dengan sampel yang disediakan atau barangan yang ditolak oleh pelanggan atas alasan-alasan lain adalah bukan tanggungjawab Syarikat. Walaupun barangan-barangan tersebut dibeli di kedai-kedai yang menjadi sebahagian daripada Pakej Lawatan atau yang disyorkan secara khusus oleh perkhidmatan pelancongan, pemandu pelancong, pekerja, kakitangan atau kontraktor bebas, Tripfez atau perkhidmatan pelancongan tidak akan bertanggungjawab ke atas wang pelanggan yang digunakan untuk membeli barangan-barangan tersebut.
(f) Tripfez tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan perbelanjaan tiket penerbangan domestik, hotel tempatan, pengangkutan dari dan ke lapangan terbang dan perkhidmatan perjalanan peribadi lain yang ditempah oleh pelanggan disebabkan oleh perubahan penerbangan antarabangsa atau dibatalkan termasuk jika bilangan ahli kumpulan lawatan tidak mencukupi pada saat-saat akhir.
(g)Jadual perjalanan, harga, perkhidmatan dan syarat adalah tepat semasa tempahan dibuat. Tripfez berhak untuk menyemak semula tambang lawatan dan menentukan tarikh permulaan tambang lawatan tersebut.
(h) Laman web Tripfez adalah untuk tempahan yang sah sahaja. Sesiapa yang didapati menggunakan kad kredit tanpa kebenaran yang sah akan didakwa. Tripfez berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan yang dianggap tidak sah.
(i) Tripfez akan berusaha untuk menjawab segala pertanyaan Pelanggan dalam tempoh 24 jam sehingga maksimum 5 hari bekerja.
(j) Bergantung pada jenis pertanyaan anda, sila berikan masa sehingga enam puluh (60) hari bekerja terutamanya dalam hal-hal berkaitan pertanyaan tempahan lalu supaya pihak kami boleh menyiasat pertanyaan ini dengan lebih lanjut.
(k) Tripfez berhak untuk menukar, meminda, memasukkan atau memadam mana-mana terma dan syarat, polisi yang terkandung dalam dokumen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa notis terlebih dahulu.

20. SALAM STANDARD

(a) Tripfez menawarkan properti tertentu penarafan Salam Standard. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat yang diberikan melalui Salam Standard tidak tepat atau tidak lengkap.
(b) Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat atau kesilapan atau/dan kerugian yang dialami berkaitan penarafan Salam Standard ini.
(c) Tripfez mengesyorkan anda untuk menghubungi hotel secara terus untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kemudahan dan perkhidmatan untuk pelancong Muslim (termasuk pensijilan halal makanan yang dihidangkan di hotel).

PENAFIAN

Tripfez tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan dan berhak mengubah maklumat yang diterbitkan pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu.