Umrah (๏ป๏ปค๏บฎ๏ปฉ) pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah, dan Saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram. (Rujuk Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 30/314) [1]
Firman Allah (SWT):
ููุฃูุชูู
ูููุง ุงููุญูุฌูู ููุงููุนูู
ูุฑูุฉู ููููููู
Maksudnya:โDan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.โ
(Surah al-Baqarah: 196)
[2]
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu dilakukan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Sahih dari mazhab Imam as-Syafie.
Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang telah dijanjikan kepada sesiapa yang melaksakan ibadah haji dan umrah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaaan.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ุงููุนูู
ูุฑูุฉู ุฅูููู ุงููุนูู
ูุฑูุฉู ูููููุงุฑูุฉู ููู
ูุง ุจูููููููู
ูุง ููุงููุญูุฌูู ุงููู
ูุจูุฑููุฑู ููููุณู ูููู ุฌูุฒูุงุกู ุฅููุงูู ุงููุฌููููุฉู
Maksudnya:โIbadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.โ [3]
Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)
Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa pensyariatan ibadah haji dan umrah merupakan satu pensyariatan yang agung di sisi Allah SWT. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadith yang telah dinyatakan seperti di atas.
Nabi SAW telah menjanjikan balasan syurga kepada sesiapa yang mencapai tahap mabrur dalam pelaksanaan ibadah hajinya. Begitu juga kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, dosa-dosa kecil mereka akan dihapuskan sepanjang tempoh jarak ibadah umrah tersebut.
[4]
Kami di Tripfez berharap supaya setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT dan kami turut mendoakan bakal jemaah umrah selamat mengerjakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang mabrur.