Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Oceania
  4. ›
  5. New Zealand
  6. ›
  7. Christchurch
  8. ›
  9. 8H7M Percutian Dramatis Pulau Selatan New Zealand

8H7M Percutian Dramatis Pulau Selatan New Zealand

Percutian Dramatis Pulau Selatan New Zealand Bersama Tripfez
Maaf, tiada pakej yang tersedia sekarang. Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

7 Malam

8 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

New Zealand mungkin tidak sepopular destinasi-destinasi lain di UK. Namun begitu, New Zealand menjanjikan satu pengalaman percutian yang menarik ke beberapa destinasi pelancongan utama yang semestinya berbaloi untuk dilawati. Anda boleh menerokai keindahan bandar-bandar utamanya seperti Christchurch, Mt Cook, Queenstown, Greymouth yang semestinya akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan dan keunikan alam semula jadinya di sini. 

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Menerokai keindahan landskap semula jadi di bandar-bandar utama di New Zealand seperti Milford Sound, Fox Glacier, Mt Cook National Park, Queenstown dan banyak lagi.
  • Rasai pengalaman baharu di New Zealand dengan mencuba aktiviti-aktiviti menarik dan sukan lasak yang ditawarkan seperti terjun lelabah (bungee jumping), rakit redah jeram, jet boating dan menaiki gondola yang semestinya akan mengujakan anda.
  • Menerokai budaya dan makanan tempatan New Zealand, jangan lepaskan peluang mencuba 'fish and chips' untuk merasai pengalaman asli sebenar makanan New Zealand.

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

7x Sarapan + 1x Makan Tengah Hari

Kategori

Alam Semula Jadi

Pemandangan

Pengembaraan

Jadual Perjalanan

Day 1 - Kuala Lumpur – Christchurch

Hidangan
  • No Meals

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch

  • Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch, anda akan disapa oleh wakil Tripfez.

Bertolak ke hotel

  • Pelanggan yang memilih pakej pandu sendiri akan mengambil kereta sewa dan memandu sendiri ke destinasi penginapan.

Daftar masuk hotel

Bermalam di lokasi

Day 2 - Christchurch – Mt Cook – Queenstown

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Mt Cook

  • Menikmati perjalanan melintasi Dataran Canterbury dan Tasik Tekapo sebelum meneruskan perjalanan ke gunung tertinggi di New Zealand, Mt Cook.

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri.

Lawatan Mt Cook diteruskan

  • Bertolak dari Mt Cook dan menikmati perjalanan di kaki Tasik Pukaki selatan melalui wilayah Central Otago yang bersejarah sebelum menuju ke 'Alpine Resort' di Queenstown.
  • Christchurch – Mt Cook – Queenstown: 595km (anggaran perjalanan 7 jam 30 minit).

Makan malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Daftar masuk hotel

Bermalam di lokasi

Day 3 - Queenstown – Milford Sound – Queenstown

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari

Sarapan di hotel

Lawatan Milford Sound

  • Bertolak ke arah selatan melalui Tasik Wakatipu ke Lumsden, dan seterusnya menuju ke Tasik Te Anau.
  • Memasuki Lembah Eglinton dan melalui Homer Tunnel - terowong buatan manusia yang menakjubkan sebelum tiba di Milford Sound.
  • Queenstown – Milford: 287km (anggaran perjalanan 3 jam 50 minit) sehala.

Milford Sound cruise

  • Menikmati pelayaran yang terkenal di dunia berlatarbelakangkan pemandangan indah Mitre Peak dan Bowen Falls.

Makan tengah hari di atas kapal persiaran

  • Selepas itu, bertolak pulang ke Queenstown.

Bertolak ke Queenstown

  • Milford – Queenstown: 287km (anggaran perjalanan 3 jam 50 minit) sehala.

Makan malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Bermalam di lokasi

Day 4 - Queenstown

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

  • Anda bebas melakukan apa-apa aktiviti dengan pelbagai pilihan tarikan yang tersedia di sini.

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri.

Aktiviti free and easy

  • Quenstown menawarkan terjun lelabah (bungee jumping), jetboating, rakit redah jeram, menaiki gondola dan banyak lagi. 
  • Aktiviti pilihan tidak termasuk dalam harga pakej.

Malam malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Bermalam di lokasi

Day 5 - Queenstown – Wilayah Glasier

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Wilayah Glasier

  • Bertolak dari Queenstown dan menikmati perjalanan di sepanjang Tasik Wanaka.
  • Meneruskan perjalanan ke pantai barat melalui kawasan pergunungan yang menakjubkan untuk menuju ke wilayah glasier Franz Josef dan Fox Glaciers.
  • Queenstown – Fox Glacier: 327km (anggaran perjalanan 4 jam 20 minit).
  • Queenstown – Franz Josef: 350km (anggaran perjalanan 4 jam 45 minit).

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri. 

Lawatan Wilayah Glasier diteruskan

  • Berjalan-jalan di sekitar Franz Josef dan Fox Glaciers.
  • Tiket masuk ke Kolam Air Panas Glasier (Franz Josef) sudah termasuk untuk pelanggan yang memilih pakej pandu sendiri.

Daftar masuk hotel

Makan malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Bermalam di lokasi

Day 6 - Wilayah Glasier

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Lawatan Lembah Glasier

  • Memulakan lawatan dengan menikmati perjalanan berjalan kaki melalui lembah glasier.

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri.

Aktiviti free and easy

  • Aktiviti pilihan termasuk menikmati pemandangan sekitar dengan menaiki helikopter (lawatan pilihan TIDAK termasuk).

Makan malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Bermalam di lokasi

Day 7 - Wilayah Glasier – Greymouth – Christchurch

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Wilayah Glacier – Greymouth

  • Perjalanan ke sebelah utara menuju ke Greymouth dengan menaiki kereta api Tranz Alpine (pelanggan SIC sahaja).

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri.

Greymouth – Christchurch

  • Melalui hutan pokok bic dan melintasi perkampungan alpine Arthur's Pass sebelum melalui Alps Selatan yang menakjubkan untuk menuju ke Christchurch.
  • Fox Glacier – Greymouth: 196km (anggaran perjalanan 2 jam 40 minit).
  • Franz Josef – Greymouth: 173km (anggaran perjalanan 2 jam 15 minit).
  • Greymouth – Christchurch: 241km (anggaran perjalanan 3 jam 30 minit).

Daftar masuk hotel

Makan malam di restoran tempatan

  • Makan malam dengan aturan sendiri.

Bermalam di lokasi

Day 8 - Christchurch – Kuala Lumpur

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke lapangan terbang

  • Pelanggan yang memilih pakej pandu sendiri akan menyerahkan kembali kereta sewa.

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Penginapan 7 malam termasuk sarapan
  • Sewaan kereta (untuk pakej pandu sendiri sahaja)

Lawatan & Aktiviti

  • Lawatan menaiki bas persiaran seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Melawat Mt Cook, Pelayaran di Milford Sound termasuk makan tengah hari dan lawatan lembah glasier (jalan kaki)
  • Kolam air panas glasier (untuk pakej pandu sendiri sahaja)
  • Perjalanan panorama kereta api Tranz Alpine (seat in coach sahaja)

Hidangan

  • Sarapan setiap hari
  • Hidangan seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan

Pemandu Pelancong

  • Perkhidmatan pemandu pelancong/pemandu fasih berbahasa Inggeris (SIC)

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Permohonan Visa ETA New Zealand (https://www.etanewzealand.com/)
  • Aktiviti lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Insurans perjalanan/Takaful
  • Belanja peribadi: dobi, telefon, perkhidmatan bilik atau makanan tambahan di bilik hotel
  • Tip (tidak wajib)
  • Item-item lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }