Skip to main content
Pakej Percutian ke Mauritius Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Mauritius

Rasai Keindahan Alam Semula Jadi Mauritius

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Africa
  4. ›
  5. Mauritius

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Mauritius terkenal dengan pantainya yang memutih, resort-resort mewah dan air pantainya yang jernih. Bagi kebanyakan orang, Mauritius merupakan destinasti percutian terbaik untuk berbulan madu. Namun begitu, Mauritius bukan hanya sesuai untuk pasangan pengantin baharu, malah pulau terkenal ini merupakan destinasi percutian sempurna buat semua lapisan masyarakat terutamanya pecinta pantai kerana pulau ini dipenuhi dengan pantai. Mauritius adalah destinasi ideal buat mereka yang ingin mewarnai percutian mereka dengan aktiviti santai dan kebudayaan. Mauritius menjanjikan seribu satu kelainan; kuil-kuil yang unik, air terjun yang menarik, taman negara yang indah dan bangunan kolonial purba yang semestinya akan mengujakan anda. Mauritius, sebuah destinasi percutian tropika, bersedia untuk menerima kedatangan anda sepanjang tahun. Oleh sebab Mauritius terletak di hemisfera selatan, musim panas dan musim sejuk di sini bertentangan dengan musim-musim Eropah.

Masa terbaik untuk melawat Mauritius ialah pada bulan November hingga April. Keindahan pulau ini semestinya akan mengujakan anda dengan kepelbagaian warna, rasa dan budaya yang semestinya akan menjanjikan sebuah percutian yang tidak boleh dilupakan. Sepanjang tempoh ini, cuaca sedikit panas dan lembap dengan kemuncak suhu berlaku pada bulan Disember, Januari dan Februari. Tempoh masa ini merupakan masa yang terbaik untuk bersantai di bawah sinaran cahaya matahari dan berenang-renang di pantai Mauritius yang membiru. Selain itu, Mauritius turut menerima hujan sepanjang tempoh ini. Mauritius juga terdedah kepada siklon pada bulan Januari dan Februari. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk melawat Mauritius pada waktu ini. Secara amnya, musim terbaik untuk melawat Mauritius bergantung sepenuhnya pada minat dan tujuan pelancong. Namun begitu, kami mengesyorkan anda untuk bercuti di sini pada bulan Mei hingga Oktober kerana ia menjanjikan tawaran percutian dengan harga hotel dan penginapan yang lebih murah berbanding biasa, malah suhunya lebih sejuk. Ia juga merupakan masa yang terbaik untuk aktiviti sukan luncur air (Jun hingga Ogos). Selain itu, tempoh ini juga merupakan masa yang terbaik untuk menikmati bulan madu bersama pasangan bagi pasangan yang inginkan kelainan semasa berbulan madu. Aktiviti seperti sukan luncur air, aktiviti darat seperti berbasikal quad, mendaki dan lain-lain popular sepanjang tempoh ini.

Mauritius menyajikan pelbagai pilihan tawaran yang hebat serta aktiviti yang menarik untuk diterokai. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain bersantai di tepi pantai. Anda boleh mengunjungi lokasi bersejarah dan menerokai lokasi tarikan popular lain yang terdapat di sini. Black River Gorges National Park merupakan salah satu tarikan menarik yang ada di sini. Taman negara yang berkeluasan hampir 2 peratus daripada keseluruhan pulau ini menempatkan pelbagai spesies hidupan asli Mauritius. Anda berpeluang menyaksikan hidupan liar dengan lebih dekat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Luangkan masa anda seharian di sini sambil menerokai pelbagai spesies hidupan liar dan spesies burung terancam. Ketengangan dan kemegahan Black River Gorges National Park ini sedikit sebanyak memberi daya penarik yang mempesonakan buat Mauritius.

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ikan lumba-lumba berenang bebas di perairan di sini. Jika anda menggemari aktiviti sebegini, anda bolehlah berkunjung ke Tamarin Bay. Pantai ini tidaklah sebesar pantai-pantai lain, namun cukup menarik untuk dilawati untuk menyaksikan ikan lumba-lumba secara langsung, malah, jika bernasib baik anda berpeluang berenang bersama ikan lumba-lumba ini. Selain itu, Lawatan 'Submarine' juga membolehkan anda menikmati pelayaran romantis di dasar laut. Anda berpeluang untuk menikmati keindahan dasar laut sambil menyaksikan hidupan marin yang berwarna-warni, terumbu karang dan tinggalan kapal karam. Pengalaman di dasar laut yang unik ini semestinya akan mengujakan anda. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda lakukan di Mauritius termasuklah mendaki di Le Morne Brabant dan melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling di Mont Choisy Beach.

Mauritius merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang mesra Muslim. Dengan populasi penduduk Muslim hampir 15 hingga 18 peratus, maka tidak hairanlah jika kebanyakan restoran-restoran utama di sini termasuk McDonald's, KFC, Steers, dan Pizza Hut diperakui halal dan mempamerkan pensijilan halal mereka untuk mengelakkan kekeliruan. Namun begitu, jika anda mencari makanan jalanan yang halal, anda boleh bertanyakan kepada penduduk tempatan atau vendor. Mereka mungkin boleh membantu anda. Memandangkan mudah untuk mendapatkan daging halal, makanan tidak sepatutnya menjadi masalah semasa anda berada di sini.

Rupee Mauritius ialah mata wang rasmi bagi Mauritius. Walaupun Rupee Mauritius ialah mata wang utama bagi pulau ini, hampir kesemua vila, rumah tumpangan, hotel dan pelbagai restoran eksklusif mengenakan caj dalam mata wang euro bagi mengimbangi ketidakseimbangan mata wang rupee, malah ada kalanya anda perlu (dan wajib) membayar dalam mata wang euro di lokasi-lokasi ini. Terdapat banyak ATM di pulau utama, namun sukar untuk mendapatkan ATM di Rodrigues. Kebanyakan kad kredit utama boleh digunakan dan diterima di mana-mana hotel, restoran, kedai dan syarikat pelancongan, malah Visa dan MasterCard turut diterima di kebanyakan peranti di sini. Secara keseluruhannya, Mauritius menjanjikan seribu satu keunikan dan keseronokan untuk dijelajahi dan diterokai. Jom bercuti ke Mauritius!

Tempah pakej melancong anda ke Mauritius dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }