Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Domestik
  4. ›
  5. Kota Kinabalu
  6. ›
  7. 5H4M Lawatan Sandakan Terunggul

5H4M Lawatan Sandakan Terunggul

Lawatan Sandakan Terunggul Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

4 Malam

12 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

Alami pengalaman Borneo yang tidak akan dapat dilupakan. Hutan Sepilok terdiri dari persekitaran hijau dan bukit yang subur sebagai latar belakang yang menjanjikan pemandangan yang luar biasa. Terokai Pulau Penyu yang indah dan lawati Bandar Sandakan. Terokai juga sungai Kinabatangan sebagai salah satu tempat terbaik dan paling mudah diakses untuk melihat hidupan liar di Asia!

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Nikmati alam semula jadi, sertai pelayaran sungai sambil melihat matahari terbit & terbenam, menyusuri hutan dan juga berpeluang menyertai guided jungle walk dan juga nightwalk.
  • Berpeluang menyaksikan salah satu spesies haiwan yang paling terancam, 'Orang Utan' atau 'Man of the Jungle' dalam jarak yang lebih dekat.
  • Saksikan proses penyu bertelur, memindahkan telurnya ke tempat penetasan dalam jarak dekat.
  • Terokai gua batu kapur dan sarang burung terbesar di Sabah di mana berjuta-juta burung walit menjadikan gua sebagai rumah mereka di Gua Gomantong.
  • Lihat dengan lebih dekat pelbagai haiwan liar dan primata seperti monyet Proboscis, langurs, monyet dan banyak lagi!

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

4x Sarapan + 4x Makan Tengah Hari + 4x Makan Malam

Kategori

Pengembaraan

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba di Lapangan Terbang Sandakan dan bergerak ke Sepilok Jungle Resort

Hidangan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Sandakan

  • Maklumat penerbangan: BKI / SDK oleh MH2042 0700-0740 / AK6492 0705-0750
  • Disambut oleh wakil Tripfez semasa tiba di lapangan terbang Sandakan atau jemput di hotel di:
  1. 0830 jam (Hotel City, Hotel Sandakan),
  2. 0845 jam (Hotel Sabah), 0915 jam (kawasan Sepilok)

Bergerak ke Sepilok Jungle Resort

  • Semasa ketibaan, mengemas barangan anda dan segarkan diri.
  • Luangkan 5 minit untuk berjalan-jalan santai ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang berdekatan, menyaksikan spesis haiwan yang paling terancam iaitu ‘Orang Utan’ atau ‘Man of the Jungle’, dalam bahasa tempatan. 
  • Tonton tayangan video yang selama 25 minit dan melawat ke
    Dewan Pameran.

Bergerak ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo

  • Melihat beruang terkecil di dunia di persekitaran semula jadinya.

Makan tengah hari di Sepilok Jungle Resort

Melawat Rainforest Discovery Center

  • Terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok yang terkenal.
  • Pusat Pameran dan Pusat Penemuan Tanaman akan memberi anda
    pelbagai maklumat mengenai alam semula jadi di kawasan ini.

Berjalan di jambatan gantung

  • Jambatan gantung akan berakhir dengan satu-satunya laluan kanopi di Sandakan.
  • Peserta akan berdiri 28 meter di atas lantai hutan.

Makan Malam di Sepilok Jungle Resort

Bermalam di Sepilok Jungle Resort

Day 2 - Perjalanan ke Pulau Penyu Selingan

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan pagi di Sepilok Jungle Resort / restoran tempatan

Bergerak ke Jeti CQ untuk perjalanan ke Pulau Penyu Selingan

  • Bertolak dari Sepilok Jungle Resort pada 08:15 AM ke Jeti CQ untuk Pulau Penyu Selingan.
  • Perjalanan dengan boat ke Pulau Penyu akan memakan masa lebih kurang 1 jam.

Makan Tengah hari di Pulau Penyu

Beriadah di Pulau Penyu

  • Dapatkan peralatan snorkeling, dan tuju ke pantai di mana anda boleh menemui banyak kehidupan laut yang indah. Atau, anda boleh memilih untuk bersantai atau berjemur di tepi pantai.

Makan malam di hotel / restoran tempatan

Saksikan kejadian penyu bertelur

  • Selepas makan malam, peserta perlu bersiap sedia di Kafeteria.
  • Tunggu isyarat Ranger sebelum bergerak dalam kumpulan kecil ke
    tempat penyu bertelur untuk menyaksikan cara penyu bertelur, dan memindahkan telurnya ke tempat penetasan dan melepaskan anak-anak penyu ke laut.
  • Nota: Hanya kamera tanpa lampu (flash) dibenarkan. Peralatan snorkeling juga boleh disewa (sila berhubung dengan pihak pulau yang berkenaan)

Bermalam di Selingan Island Chalet

Day 3 - Lawatan Kota Sandakan dan Gua Gomantong kemudian berpindah ke Sungai Kinabatangan

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan pagi di hotel / restoran tempatan

  • Selepas sarapan, bertolak dari pulau pada jam 07:00 pagi dan kembali ke daratan.

Lawatan Bandar dan Alam Sandakan

Anda akan melawat ke

  • Taman Peringatan Sandakan
  • Kuil Buddha Puu Jih Shih terletak di puncak bukit di mana anda dapat menikmati pemandangan indah yang menghadap ke Pusat Bandar Teluk Sandakan.
  • Gereja St. Michael
  • Central market di mana anda dapat melihat hasil tempatan dan makanan laut segar dijual.
  • Muzium Agnes Keith.
  • Berhenti di English Tea House yang berdekatan.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Bergerak dan melawat Gua Gomantong

  • Terokai gua batu kapur dan sarang burung terbesar di Sabah di mana berjuta-juta burung walit menjadikan gua sebagai rumah mereka.

Bergerak ke Bilit Adventure Lodge

Makan malam di Bilit Adventure Lodge

Bermalam di Bilit Adventure Lodge

Pilihan aktiviti tambahan:

  1. Nightwalk boleh dibayar terus @ RM15.00 seorang / jam.
  2. Aktiviti Penanaman pokok dibayar terus @ RM15.00 seorang / pokok.

Day 4 - Lawatan di Bilit, Sungai Kinabatangan

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Pelayaran awal pagi menaiki cruise

  • Bangun seawal pagi dan mulakan hari dengan pelayaran sungai awal pagi sekitar jam 06:00 pagi.
  • Selepas pelayaran bot selama 1jam, terus kembali ke Bilit Lodge.

Sarapan pagi di Bilit Lodge

Berjalan di hutan dengan pemandu pelacong

  • Menjelang tengah hari, bertolak dengan pemandu pelancong untuk aktiviti jungle trekking melalui jalan sungai dan hutan untuk melihat hidupan liar.

Bergerak pulang ke Bilik Lodge

Makan tengah hari di Bilit Lodge

Pelayaran Bot pada waktu petang

Makan malam di Bilit Lodge

Bermalam di Bilit Lodge

Day 5 - Selepas sarapan pagi bergerak ke Sandakan

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan pagi di Bilit Lodge / Restoran tempatan

Bergerak ke Lapangan Terbang Sandakan / hotel di Sandakan

  • Bergerak dari Bilit pada pukul 08:30 pagi.
  • Masa penerbangan yang dicadangkan: SDK / BKI oleh MH2047 1400-1450hrs / AK6495 1430-1505hrs

Termasuk

Penginapan

  • 1 x Malam di Sepilok Jungle Resort
  • 1 x Malam di Pulau Selingan
  • 2 x Malam di Bilit Lodge

Lawatan & Aktiviti

  • Semua lawatan and pengangkutan seperti yang dinyatakan dalam itinerari dan SIC basis.
  • Bayaran masuk

Hidangan

  • 4 x Sarapan pagi
  • 4 x Makan tengah hari
  • 4 x Makan malam

Pemandu Pelancong

  • Servis pemandu pelancong berbahasa Inggeris

Tidak Termasuk

Belanja

  • Semua penerbangan antarabangsa / domestik, pembelian tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Pemberian tip adalah tidak wajib
  • Insurans perjalanan
  • Minuman yang dimakan semasa makan
  • Porterage
  • Semua lawatan dan makanan lain yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan
Kami Sedia Membantu
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }