
Pakej Percutian ke Eropah
Gambaran Keseluruhan
Adalah mustahil jikalau anda melancong ke Eropah dan tidak terpesona dengan keindahan alam semula jadinya, sejarahnya yang epik, keagungan seninya dan masakannya yang sedap! Eropah popular dengan keagungan seni zaman Renaissance di Florence, terusan (‘canals’) indah Venice, suasana Napoleon di Paris dan mercu ikonik, London Bridge dan Big Ben (Menara Jam) di London.
Bagi pendaki gunung yang tegar, semestinya mereka mengimpikan untuk mendaki gunung Swiss Alps sambil menerokai negara-negara berdekatan gunung tersebut seperti Perancis, Switzerland, Austria dan Itali Utara.
Tempat-tempat menarik lain yang mungkin kurang menerima kunjungan dari pelancong adalah Istana Moorish di Andalucía, bandar ‘pertemuan dua budaya -Timur dan Barat’, İstanbul di Turki, Istana yang dibina ketika zaman Imperial dan pernah menjadi ibu negeri kepada Russia iaitu St Petersburg dan bangunan yang masih lagi dalam pembinaan di bawah “Projek Gaudí”, La Sagrada Familia, Barcelona. Dari Finland ke Hungary atau Gibraltar ke Norway, Eropah mempunyai banyak destinasi pelancongan yang terbaik di dunia!
Tempah pakej melancong anda ke Eropah dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
- ${ error }