
7H6M
Bulan Madu Seoul & Jeju
Harga
21 November 2019 → 20 Mac 2020
- Ganghwa - A Love Pension atau Setaraf/ Seoul - Hotel Sky Park atau Setaraf/ Jeju - Floral Hotel Heama atau Setaraf
** Peringatan: Kadar harga tertakluk pada ketersediaan hotel. Sekiranya tiada hotel yang dinyatakan, hotel daripada kelas yang sama akan ditempah. Sebagai alternatif, suplemen akan disediakan berdasarkan hotel yang tersedia pada masa tempahan. Harga akan disahkan pada masa tempahan dan tertakluk pada kenaikan tanpa notis, tertakluk kepada jaminan yang dinyatakan di bawah. Hotel ditempah berdasarkan ketersediaan pada tarikh ketibaan. *Untuk sebarang pertanyaan bagi pelanggan melebihi 10 orang, sila isi borang di bawah:
Jadual Perjalanan
Termasuk
- Penginapan
- Penginapan untuk 6 malam (Bilik kongsi - bilik berdua, bertiga)
- Lawatan & Aktiviti
- Semua tiket masuk
- Kenderaan (Van persendirian)
- Hidangan
- Hidangan seperti yang dinyatakan
- Pemandu Pelancong
- Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris
Tidak Termasuk
- Belanja
- Perbelanjaan peribadi
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Surcaj cukai (jika ada)
- Visa masuk
- Insurans perjalanan
- Lawatan & Aktiviti
- Lokasi dan tempat-tempat lawatan yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Day 1 - Tiba di Lapangan Terbang Incheon dan Lawatan |
- Setelah anda tiba di lapangan terbang, anda akan dibawa ke Gwangmyeong
- Bekas lombong emas ini mempamerkan bahan-bahan seni dan kebudayaan orang Korea. Di sini juga anda berpeluang menyaksikan pertunjukan cahaya dan bunyi yang menarik
- Perjalanan ini akan melalui gunung-ganang yang indah dan pantai
- Luge Ride: Menuruni bukit sepanjang 1.8 km sambil menikmati pemandangan sekitar yang mengasyikkan
- Dosol Misulguan (Kafe Galeri): Minum teh sambil menikmati keindahan lukisan yang terdapat di Kafe Galeri Hanok (rumah tradisional Korea) ini
- Dongmak Beach (pantai lumpur): Menikmati panorama matahari terbenam di tepi pantai bersama yang tersayang
Day 2 - Lawatan di Paju dan Seoul |
- Taman yang bersusun indah ini mengandungi lebih 800 jenis bunga. Sesuai untuk anda ingin bergambar dalam suasana persekitaran yang romantis
- Namsangol Hanok Village: Perkampungan ini mempunyai 5 rumah tradisional yang telah dibaik-pulih, serta terdapat taman-taman tradisional dan pavilion
- N Seoul Tower dengan Kereta Kabel: N Seoul Tower adalah lokasi utama tarikan pelancong di Korea dan merupakan salah sebuah lokasi ikonik dan wajib dilawati jika anda berkunjung ke sini
- Gwanghwamun Plaza: Apabila anda melalui dataran ini, anda berpeluang menyaksikan tugu King Sejong the Great - pencipta huruf-huruf Korea ‘Hangul’ dan juga tugu Admiral Yi Sun-Shin
- Cheonggyecheon Stream
- Pasar Namdaemun: Pasar terbesar dan tertua di Korea
- Myeongdong Street adalah kawasan tumpuan terkenal di Seoul. Ia popular dengan kalangan pelancong sebagai destinasi tumpuan untuk membeli-belah
Day 3 - Berlepas ke Jeju dan Lawatan |
- Seopji coji: Lokasi ini terkenal dengan drama Korea ”All In”. Lihat kecantikan bunga Canola pada musim bunga sambil bersiar-siar di atas susunan batu-batu besar berlatarbelakangkan rumah api yang terkenal
- Seongsan Ilchulbong Peak: Tercipta daripada letusan gunung berapi yang berlaku 100,000 tahun lalu, lokasi ini mempunyai kawahnya yang tersendiri dan menjadi tumpuan pendakian dalam kalangan pelancong tempatan dan asing. Nikmati pemandangan indah dari puncak gunung
- Perkampungan kecil ini kaya dengan sejarah dan budaya orang Jeju. Pokok yang berusia ratusan tahun berada di tengah-tengah kampung ini membuatkan suasana perkampungan ini lebih unik
- Anda akan melalui jalan Jongdalie Coastal. Bas persiaran akan membawa anda melalui jalan tebing pantai Jeju yang indah
Day 4 - Lawatan Jeju dan Berlepas ke Seoul |
- Love Land: taman arca bertemakan hawa nafsu (sensuality) dan erotisisme (eroticism). Taman yang luas ini menempatkan lebih daripada 140 arca (40 arca terletak di dalam galeri dan 100 arca terletak di luar galeri). Love Land yang terletak di Jeju ini merupakan lokasi menarik yang mengetengahkan gabungan seni dan erotisisme secara santai dan bersahaja.
- Pantai Hyeopjae: Pantai berpasir berwarna putih ini terhasil daripada kulit kerang hancur yang bercampur dengan pasir. Pantai ini diserikan lagi dengan air laut yang berwarna kobalt berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi yang memukau
- Muzium Teh Hijau: Anda berpeluang mempelajari budaya teh tradisional Korea
- Hello Kitty Island: Muzium ini mempamerkan rumah Hello Kitty, galeri seni dan juga pelbagai jenis pameran Hello Kitty. Selain itu, ia juga mempunyai kafe yang menyajikan makanan bertemakan Hello Kitty
- Camellia Hill: Bukit ini mempunyai lebih daripada 6,000 jenis pokok camellia. Selain itu, ia juga mempunyai pokok kelapa, wildflowers dan juga tumbuhan-tumbuhan lain
Day 5 - Lawatan Seoul |
- Lotte World Amusement Park: Taman tema dalam bangunan terbesar di dunia. Turut mempunyai Magic Island dan taman hiburan
- Kedai Kosmetik: Pelbagai jenis kedai barangan kosmetik
- Trick Eye Museum: Galeri lukisan menarik yang menggabungkan seni dan teknologi seperti AR (Augmented Reality) dan juga ilusi 2D/3D
- Hongdae Street adalah antara tempat yang paling meriah di Seoul. Jalan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan teater secara langsung, restoran makanan temparan dan juga tarian jalanan Korea
- Han River Cruise: Berehat sejenak daripada kehidupan bandar dan menikmati pemandangan di sekitar Sungai Han, Seoul dengan menaiki bot bersama yang tersayang
Day 6 - Lawatan Seoul |
- Gyeongbokgung Palace: Salah sebuah istana terbesar pada zaman Dinasti Joseon. Di sini, anda berpeluang memperagakan pakaian tradisional Korea - Hanbok
- Rumah Biru atau Presidential Blue House: Melalui Cheong Wa Dae iaitu tempat tinggal rasmi Perdana Menteri Korea.
Membeli-belah dengan tawaran harga terbaik:
- Kedai Kayu Pain (Pine Tree Shop)
- Kedai Ginseng (Ginseng Shop)
- Kedai Bebas Cukai (Duty-Free Shop)
- Kilang Batu Kecubung (Amethyst Factory)
Day 7 - Hari Terakhir di Seoul |
- Selepas sarapan, anda akan daftar keluar hotel
Kami Sedia Membantu
Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.
- ${ error }