Skip to main content
Pakej Percutian ke Singapura Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Singapura

Warisan budaya, makanan dan banyak lagi menanti anda

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Singapura

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Merasai keindahan persekitaran moden dan kepelbagaian budaya yang menakjubkan di Singapura. Terkenal sebagai syurga membeli-belah dan makanan, pulau kecil ini semestinya padat dengan tarikan-tarikan menarik yang semestinya akan mengujakan anda.

Singapura tidak asing lagi dalam kalangan pelancong, semestinya salah satu destinasi percutian terbaik di dunia. Pulau ini terletak di selatan Malaysia dan beriklim tropika dengan penduduk berbilang kaum dan agama. Singapura terkenal dengan julukan “bandar taman” – hutan semula jadi dan buatan digabungkan dengan seni bina kontemporari. Terdapat beberapa destinasi tarikan terkenal dalam bandar ini – Garden by the Bay, Marina Bay Sands, Sentosa Island, Orchard Road, Lapangan Terbang Changi dan Zoo Singapura yang merupakan zoo terbaik di Asia.

Selain pemandangan langit yang indah di sebalik kesibukan pusat bandar Singapura, banyak aktiviti dan perkara menarik yang boleh diterokai. Taman Warisan Melayu yang terletak di Kampong Glam, Singapura ialah sebuah pusat kebudayaan dan muzium yang memaparkan kebudayaan, warisan dan sejarah Melayu di Singapura. Masjid Sultan pula merupakan pusat tumpuan masyarakat Islam di Singapura dan merupakan Masjid Negara Singapura; diiktiraf sebagai Monumen Kebangsaan pada tahun 1975. Masjid Sultan dengan kubah emas besar merupakan destinasi yang wajib dilawati jika anda berada di sekitar Kampong Glam.

Dengan cuaca beriklim tropika dan konsisten sepanjang tahun, Singapura merupakan destinasi tumpuan para pelancong terutamanya pelancong solo. Faktor ini juga disebabkan oleh persekitaran Singapura yang selamat. Singapura bersedia untuk menerima kunjungan anda pada bila-bila masa sepanjang tahun. Tunggu apa lagi? Tempah pakej percutian ke Singapura sekarang dan menerokai keindahan dan keunikan Singapura. Sama ada anda mencari hidangan asli tempatan atau taman dalam bandar, Singapura menjanjikan banyak destinasi pelancongan yang semestinya akan mengujakan anda.

Tempah pakej melancong anda ke Singapura dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Faisul - Tripfez Travel
Faisul
Travel Consultant
Izzuddin - Tripfez Travel
Izzuddin
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }