Skip to main content
Pakej Umrah 2024/2025 Bersama Tripfez

Pakej Umrah 2024/2025

Lebih Fokus Lebih Selesa

  1. Halaman Utama
  2. โ€บ
  3. Pakej Umrah

Pengalaman Umrah Safwah Yang Lengkap
Nikmati Umrah yang selesa bersama Tripfez

2x Solat Jumaat

Tunaikan solat Jumaat di Mekkah dan Madinah

50M dari Masjidil Haram

Berjalan 3 minit sahaja* ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Umrah Berkumpulan Kecil

Kumpulan tidak melebihi 25 jemaah & 1 Da'i/Ustaz

Mutawwif Berdedikasi

Mutawwif yang berpengalaman untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam

Pakej Umrah

Pengalaman Umrah Bersama Tripfez

"Perkara yang menyeronokkan tentang Umrah dengan Tripfez ialah bilangan kumpulan jemaah yang kecil. Pergerakan menjadi lebih mudah dan senang untuk berkenal-kenalan. Mutawwif yang berpengalaman membuatkan saya rasa selamat sepanjang ibadah Umrah saya bersama Tripfez."

- Illy Suhana & Illy Maznah

Tonton Video

Umrah Bersama Tripfez

Hotel Berdekatan

Hotel di Mekah

Royal Dar Al Eiman

Sarapan Sahaja

Hotel di Madinah

Al Eiman Taibah Hotel

Lengkap

FAQ

Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari. Anda boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.https://help.visitsaudi.com/hc/en-us/articles/360009422839-Can-I-perform-Umrah-on-the-visit-visa-as-an-unaccompanied-woman-without-a-male-relative

Bolehkah saya merancang sendiri jadual perjalanan Umrah DIY saya?

Ya. Umrah DIY bersama Tripfez membolehkan anda memilih penginapan, pengangkutan, program yang akan dijalankan, visa dan mutawif mengikut pilihan dan bajet anda.

Betulkah jarak perjalanan antara hotel dan masjid hanyalah 50 Meter?

Premium: 50M dari Masjidil Haram. 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram (Mekah)
https://goo.gl/maps/27Hci6FUdDtW56Qm9

Ekonomi: 190M dari Masjidil Haram (Mekah)
https://goo.gl/maps/mzrax8HBXMZMunnA6

Premium & Ekonomi: 150M dari Masjid Nabawi (Madinah)
https://goo.gl/maps/JnGLTtcWHfsRUc6A7

Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?

Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah https://www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements

Apakah dokumen yang saya perlukan sebelum menunaikan Umrah?

Anda boleh memuat turun versi PDF dokumen yang diperlukan untuk Umrah anda bersama Tripfez. Download dokumen PDF

Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?

Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah dan akan dibimbing oleh Uztaz/Da'i yang berpengalaman. Ustaz/Da'i akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah. Anda juga boleh mengakses video Umrah dalam talian kami di sini.

Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan?

Kami menyediakan pakej Umrah berkumpulan dan pakej Umrah persendirian

Berapa kali saya boleh melakukan Umrah?

Anda boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika anda menyertai pakej Umrah berkumpulan, satu daripadanya dengan bimbingan Mutawwif.

Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang?

Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA.

Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?

Dengan bas (6 jam hingga 8 jam) / Masa perjalanan antara Mekah dan Madinah dengan bas akan mengambil masa kira-kira 6 jam.

Apakah Umrah Ziarah?

Umrah Ziarah Tripfez adalah percutian ke negara pilihan anda sebelum ataupun selepas anda mengerjakan ibadah Umrah anda

Mahukan Umrah Yang Lebih Istimewa?

Agensi Umrah Berlesen

Tripfez Travel adalah penerima sijil lesen khas Umrah berstatus Muassasah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Kami Sedia Membantu

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Umrah (๏ป‹๏ปค๏บฎ๏ปฉ) pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah, dan Saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram. (Rujuk Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 30/314) [1]

Firman Allah (SWT):

ูˆูŽุฃูŽุชูู…ู‘ููˆุง ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉูŽ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู

Maksudnya:โ€œDan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.โ€
(Surah al-Baqarah: 196) [2]

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu dilakukan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Sahih dari mazhab Imam as-Syafie.
Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang telah dijanjikan kepada sesiapa yang melaksakan ibadah haji dan umrah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaaan.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ูƒูŽูู‘ูŽุงุฑูŽุฉูŒ ู„ูู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ุงู„ู’ู…ูŽุจู’ุฑููˆุฑู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽู‡ู ุฌูŽุฒูŽุงุกูŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู

Maksudnya:โ€œIbadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.โ€ [3]

Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa pensyariatan ibadah haji dan umrah merupakan satu pensyariatan yang agung di sisi Allah SWT. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadith yang telah dinyatakan seperti di atas. Nabi SAW telah menjanjikan balasan syurga kepada sesiapa yang mencapai tahap mabrur dalam pelaksanaan ibadah hajinya. Begitu juga kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, dosa-dosa kecil mereka akan dihapuskan sepanjang tempoh jarak ibadah umrah tersebut. [4]

Kami di Tripfez berharap supaya setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT dan kami turut mendoakan bakal jemaah umrah selamat mengerjakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang mabrur.

References:
  1. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. The Noble Quran
  3. The Book of Hajj
  4. Mufti Wilayah Persekutuan