TOKYO + MT FUJI (6 Hari 4 Malam)
Pilih Tarikh Anda
Gambaran Keseluruhan
✨ Pakej Tokyo Mt Fuji – Muslim Friendly 6H4M
Pakej Tokyo Mt Fuji ini khas untuk pelancong Muslim yang ingin menerokai keindahan Jepun selama 6 hari 4 malam secara selesa, halal dan tanpa risau. Rasai gabungan bandar moden Tokyo dengan ketenangan Gunung Fuji – lengkap dengan makanan halal, penginapan strategik, dan pemandu berbahasa Melayu.
Kenapa Pilih Pakej Tokyo Mt Fuji Tripfez?
🛫 Terbang Terus dengan Malaysia Airlines – Perjalanan tanpa transit terus ke Jepun – selesa dari awal hingga akhir.
🗻 Lawatan Ikonik ke Mt Fuji & Tokyo – Nikmati pemandangan menakjubkan Gunung Fuji dan tempat terkenal seperti Asakusa, Shibuya, dan Tokyo Tower. – 🍽️ Makanan Halal Dijamin
Semua makanan halal atau vegan – segar, bukan makanan dibungkus.
🏨 Hotel 3–4 Bintang di Lokasi Strategik – Dekat dengan tempat menarik, selesa & bersih – sesuai untuk keluarga Muslim.
🧭 Tour Leader Berpengalaman dari Malaysia – Membantu perjalanan lebih lancar, informatif dan menyeronokkan.
🛡️ Termasuk Insurans Perjalanan – Perlindungan penuh sepanjang perjalanan – ketenangan untuk anda dan keluarga.
Tempah Sekarang! Tempat Terhad!
Alami sendiri keunikan budaya Jepun dan keindahan Mt Fuji dalam pakej mesra Muslim. Tempah sekarang untuk harga istimewa!
Available Flights
Terma & Syarat / Terms & Conditions
Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.
Harga Pakej
| TRIPLE | TWIN | SINGLE | |
|---|---|---|---|
| Adult 12 years and above | MYR 6,880 MYR 7,990 | MYR 6,880 MYR 7,990 | MYR 7,980 MYR 8,990 |
| Child w/bed 6 to 11 years | MYR 6,480 MYR 6,480 | ||
| Child without bed 2 to 5 years | MYR 5,980 MYR 5,980 | ||
| Infant upto 2 years | MYR 2,000 MYR 2,000 |
Tempat Menarik
Mt. Fuji
Nikmati pemandangan ikonik Mt. Fuji, simbol semula jadi paling terkenal di Jepun.
Odaiba
Lawati Odaiba, pulau buatan moden dengan pusat beli-belah, hiburan, dan pemandangan Teluk Tokyo.
Oshino Hakkai
Rasai ketenangan desa di Oshino Hakkai, kampung tradisional dengan kolam air jernih berlatar belakangkan Mt. Fuji.
Gotemba Premium Outlet
Beli barangan berjenama pada harga diskaun di Gotemba Premium Outlet, dengan latar belakang gunung yang menakjubkan.
Shibuya City
Alami suasana bandar yang sibuk di Shibuya City, terkenal dengan lintasan paling sibuk di dunia.
Asakusa-Nakamise Street
Terokai Asakusa-Nakamise Street, laluan beli-belah klasik menuju Kuil Sensoji dengan cenderamata dan makanan jalanan.
Ueno Ameyoko
Dapatkan tawaran hebat di Ueno Ameyoko, pasar jalanan yang meriah dengan pelbagai produk dan makanan.
Harajuku
Rasai gaya dan budaya pop Jepun di Harajuku, pusat fesyen unik dan kreatif anak muda Tokyo.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KUALA LUMPUR – NARITA
- Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
- Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Narita.
HARI 2 / DAY 2
NARITA – ASAKUSA – SHIBUYA –
TOKYO
- Tiba di Lapangan Terbang Narita.
- Bertolak ke Asakusa dan melawat Jalan Nakamise untuk bergambar dan membeli-belah cenderamata.
- Singgah di Ameyoko, Ueno untuk bergambar.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Melawat Masjid Tokyo Camii untuk sesi bergambar.
- Mengunjungi Persimpangan Shibuya yang terkenal dan masa lapang untuk membeli-belah.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 3 / DAY 3
NARITA – MT. FUJI – TOKYO
- Sarapan di hotel.
- Bertolak ke Fuji.
- Mengunjungi Oshino Hakkai sebuah kawasan yang terkenal dengan mata air yang berasal dari aliran air yang mengalir dari Gunung Fuji.
- Membeli belah di Gotemba Premium Outlet sebuah tempat di mana anda boleh berbelanja dan mendapatkan barangan berjenama dengan harga berpatutan.
- Bertolak ke Tokyo untuk melihat keindahan di ibu kota Jepun.
- Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel Tokyo.
HARI 4 / DAY 4
FREE AND EASY : TRAIN EXPERIENCE
- Sarapan di hotel.
RECOMMENDED VISIT PLACES:-
- Ueno Ameyoko
- Akihabara
- Shibuya city
- Harajuku
Optional: Theme park entrance (USJ) – 11,000yen+-
HARI 5 / DAY 5
FREE AND EASY : TRAIN EXPERIENCE
- Sarapan di hotel.
RECOMMENDED VISIT PLACES:-
- Ueno Ameyoko
- Akihabara
- Shibuya city
- Harajuku
Optional: Theme park entrance (USJ) – 11,000yen+-
HARI 6 / DAY 6
TOKYO – NARITA – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi di hotel
- Check-out dan persediaan untuk perjalanan pulang.
- Transfer ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan kembali ke Kuala Lumpur (KUL).
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
- 30kg bagasi dan tempat duduk standard
- 4 malam di hotel (3-4 bintang) atau hotel serupa
- Bas berhawa dingin dengan pemandu
Melawat ke Tempat Lawatan
- Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
- Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan
Ketua Pemandu Pelancong
- Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
- Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel
- Tips kepada pemandu pelancong dan pemandu
bas
Makanan
- Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
- Makanan di dalam kapal terbang
- Makanan Halal Disediakan
Minuman atau Air
- Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.
Insurans
- Insurans perjalanan percuma (kumpulan)
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
- Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
- Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Insurans
- Lindungan Insurans Tambahan
- Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Lain-lain
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
TOKYO + MT FUJI (6 Hari 4 Malam)
*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room
6 HARI 4 MALAM
FAQs
Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.
Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!
Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).
Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.
Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.