You are currently viewing TAIWAN + ALISHAN (5 Hari 4 Malam)

TAIWAN + ALISHAN (5 Hari 4 Malam)

TAIWAN + ALISHAN (5 Hari 4 Malam)

Pilih Tarikh Anda

Gambaran Keseluruhan

✨ Pakej Percutian Taiwan Muslim 5 Hari 4 Malam

Terokai Keindahan Semula Jadi, Budaya Unik dan Bandar Moden Taiwan

Nikmati pengalaman menyeluruh bersama Pakej Percutian Taiwan Muslim yang direka khas untuk pelancong Muslim dari Malaysia. Dari Taipei yang moden hingga kawasan pergunungan Alishan yang memukau, pakej ini menggabungkan keindahan semula jadi, budaya yang kaya, dan kemudahan mesra Muslim — sesuai untuk pengembara solo, pasangan mahupun keluarga. Rasai sendiri keunikan Taiwan dengan itinerari seimbang antara lawatan ikonik dan waktu santai untuk bersiar-siar atau membeli-belah.

Kenapa Pilih Pakej Percutian Taiwan Muslim Tripfez?

Sertai kumpulan perjalanan kecil eksklusif kami dan alami yang terbaik daripada Taiwan dengan keselesaan dan layanan bertaraf tinggi.

✈️ Terbang Terus ke Taiwan – Nikmati penerbangan terus bersama Malaysia Airlines, tanpa transit dan dengan keselesaan maksimum sepanjang perjalanan anda ke Taiwan.

🧭 Tour Leader Malaysia Berpengalaman – Pemandu pelancong tempatan dari Malaysia akan memastikan perjalanan anda lancar, menyeronokkan, dan sarat dengan informasi serta tip perjalanan yang berguna.

Insurans Perjalanan Komprehensif – Pakej ini termasuk insurans perjalanan menyeluruh untuk melindungi anda daripada kejadian tidak dijangka, memberikan anda ketenangan sepanjang percutian.

🍱 Makanan Halal & Vegan Disediakan – Jangan risau tentang makanan — semua hidangan disediakan segar dan memenuhi keperluan diet Halal atau Vegan, membolehkan anda menikmati citarasa Taiwan dengan yakin.

🏨 Hotel Selesa di Lokasi Strategik – Penginapan 3–4 bintang yang terletak di kawasan pusat bandar memudahkan akses ke tarikan utama seperti Taipei 101, Pasar Malam Shilin dan banyak lagi.

🚂 Pengalaman Menaiki Kereta Api Era Jepun – Alami suasana nostalgia dengan menaiki kereta api zaman kolonial Jepun yang masih digunakan hingga kini — salah satu tarikan paling unik dalam Pakej Percutian Taiwan Muslim ini.

🛍️ Masa Bebas & Aktiviti Pilihan – Nikmati hari bebas untuk membeli-belah atau menjelajah bandar seperti Jiufen dan Ximending mengikut gaya anda sendiri. Jangan lupa bawa pulang cenderahati eksklusif dari Taiwan!

Tempah Sekarang & Rasai Keindahan Taiwan yang Sebenar

Pakej Percutian Taiwan Muslim ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang mencari keseimbangan antara pengembaraan, budaya dan keselesaan — semuanya dalam satu perjalanan.

Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions

Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung. 

Harga Pakej

  TRIPLE TWIN SINGLE
Adult
12 years and above
MYR 3,380
MYR 3,690
MYR 3,380
MYR 3,690
MYR 4,080
MYR 4,390
Child w/bed
6 to 11 years
 
MYR 3,080
MYR 3,080
 
Child without bed
2 to 5 years
 
MYR 2,880
MYR 2,880
 
Infant
upto 2 years
 
MYR 1,500
MYR 1,500
 

Tempat Menarik

Scenic Alishan

Nikmati pemandangan indah di Alishan, kawasan pergunungan yang terkenal dengan matahari terbit dan laluan kereta api klasik.

Alishan Nasional Forest Recreation Area

Jelajahi alam semula jadi di Alishan National Forest Recreation Area, syurga untuk pencinta hutan dan kabus pagi.

YUYUPAS Tsou Cultural Tribe

Alami budaya asli Taiwan di YUYUPAS Tsou Cultural Tribe, dengan persembahan tradisional dan hasil tempatan

Yehliu Geopark

Kagumi keajaiban semula jadi di Yehliu Geopark terkenal dengan formasi batu unik seperti “Queen’s Head”.

Shifen Old Street

Lihat keindahan budaya di Shifen Old Street, lokasi ikonik untuk melepaskan tanglung impian ke langit

Taipei 101

Kunjungi Taipei 101, mercu tanda moden Taiwan dengan dek pemerhati yang menakjubkan.

Ximending

Rasai suasana bandar yang meriah di Ximending, kawasan beli-belah dan hiburan popular.

Chiang Kai-shek Memorial Hall

Lawati Chiang Kai-shek Memorial Hall, lambang sejarah dan warisan politik Taiwan.

HARI 1 / DAY 1

KUALA LUMPUR – TAOYUAN – TAICHUNG
  • Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taipei.
  • Nikmati suasana tenang dan pemandangan indah di Gaomei Wetland, terkenal dengan matahari terbenam dan deretan kincir angin!
  • Membeli belah di Wenhua night market
  • Bergerak ke Chiayi
  • Daftar masuk Hotel Di Chiayi

HARI 2 / DAY 2

CHIAYI – ALISHA NATIONAL SCENIC AREA
  • Sarapan Pagi di Hotel.
  • Terokai budaya pribumi Taiwan dengan Persembahan Budaya di YUYUPAS Tsou Cultural Tribe
  • Menaiki Kereta Api Scenic Alishan dan alami keindahan hutan di Alishan National Forest Recreation Area, dihiasi pokok-pokok purba dan kabus yang mempesona.
  • Kembali ke Hotel.

HARI 3 / DAY 3

CHIAYI – TAICHUNG – TAIPEI
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Menuju ke Taichung untuk bergambar di Rainbow Village, sebuah kampung yang dicat indah oleh seorang veteran seni tempatan.
  • Mempelajari cara pembuatan kek Tradisional di Pineapple Cake.
  • Membeli belah dan bersiar di Ximending
  • Daftar masuk Hotel.

HARI 4 / DAY 4

TAIPEI
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Yehliu Geopark kawasan di pantai Utara Taiwan, terkenal dengan tarikan formasi batuan seperti Queen’s Head dan Dragon’ Head yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan.
  • Bergerak ke Shifen Old Street untuk aktiviti sky lantern
  • Bergambar di Menara Taipei 101 sebuah bangunan tertinggi di Taiwan.
  • Membeli belah dan bersiar di Ximending
  • Kembali ke Hotel.

HARI 5 / DAY 5

TAIPEI – KUALA LUMPUR
  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan ke Chiang Kai-shek Memorial Hall dan Presidential Palace.
  • Lawatan ke Taipei Grand Mosque
  • Menuju ke lapangan terbang Taipei.
  • Penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur.

Nota:

** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.

Pakej Termasuk

Penginapan

  • Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
  • 30kg bagasi dan tempat duduk standard
  • 4 malam di hotel (3-4 bintang) atau hotel serupa
  • Bas berhawa dingin dengan pemandu

Melawat ke Tempat Lawatan

  • Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
  • Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan

Makanan

  • Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
  • Makanan di dalam kapal terbang
  • Makanan Halal Disediakan

Ketua Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
  • Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel

Minuman atau Air

  • Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.

Insurans

  • Insurans perjalanan percuma (kumpulan)

Pakej Tidak Termasuk

Caj Tambahan

  • Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
  • Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
  • Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan

Servis Tambahan

  • Cuci Pakaian
  • Snek
  • Minibar
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

Insurans

  • Lindungan Insurans Tambahan
  • Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas @ RM 170/seorang (wajib)

Makanan & Minuman

  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan

Lain-lain

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

TAIWAN + ALISHAN (5 Hari 4 Malam)

Harga DariMYR3,690
MYR 3,380 /Adult
All-Inclusive

*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room

5 HARI 4 MALAM

Blogs

FAQs

Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.

Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!

Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).

Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.

Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.