PAKEJ PERTH & FREMANTLE 5H4M – MATTA FAIR
Gambaran Keseluruhan
🌏 Pakej Perth & Fremantle 5H4M Eksklusif Tripfez
Rancang percutian anda ke Australia Barat dengan Pakej Perth & Fremantle 5H4M. Itinerari ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, budaya tempatan dan mercu tanda popular di sekitar Perth dan Fremantle. Pakej ini sesuai untuk keluarga, pasangan atau rakan yang mahu menikmati percutian santai tetapi penuh pengalaman unik.
🌴 Kenapa Pilih Pakej Perth & Fremantle 5H4M Tripfez?
Tripfez menawarkan pengalaman mesra Muslim yang lengkap – dari penginapan selesa, lawatan ke tarikan utama hingga aktiviti yang menyeronokkan. Semua disusun rapi untuk memastikan perjalanan anda mudah dan bermakna.
1. Northbridge
Kawasan meriah di tengah kota Perth yang terkenal dengan kafe halal, hiburan malam dan suasana bandar moden.
2. Pulau Rottnest
Nikmati kecantikan semula jadi dengan pantai biru jernih serta peluang berjumpa quokka, haiwan comel ikonik Australia.
3. Kings Park
Antara taman bandar terbesar di dunia dengan pemandangan spektakular Perth Skyline dan flora unik Australia.
4. Wave Rock
Formasi batu semula jadi berbentuk ombak setinggi 15 meter – tarikan geologi menakjubkan yang wajib dilawati.
🎉 Tempah Pakej Perth & Fremantle 5H4M di MATTA Fair 2025
Dapatkan tawaran hebat sempena MATTA Fair 2025 bersama Tripfez. Sertai pakej Perth & Fremantle ini dan cipta kenangan indah dengan destinasi ikonik, aktiviti menarik dan pengalaman mesra Muslim. Tempah sekarang untuk harga promosi eksklusif!
Harga Pakej
DEWASA
(HARGA UNTUK PER PAX)
Bilik Berdua
Harga bermula dari
MYR
6,790
Tempat Menarik

Northbridge
Kawasan hiburan Perth yang terkenal dengan restoran halal, kafe moden dan kehidupan malam.

Pulau Rottnest
Pulau cantik dengan pantai biru jernih dan haiwan comel quokka – tarikan ikonik Australia.

Kings Park
Taman bandar luas dengan pemandangan Perth Skyline, sesuai untuk bergambar.

Wave Rock
Batu semula jadi berbentuk ombak setinggi 15 meter, lokasi bergambar unik di Australia Barat.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KUALA LUMPUR – PERTH
- Ketibaan di Lapangan Terbang Perth (waktu ketibaan siang – ETA TBA)
- Sambutan dan perjumpaan dengan wakil
- Pemindahan menaiki bas ke hotel di bandar Perth
- Turun di hotel dan daftar masuk
- Perkhidmatan bas tamat di hotel
- Aktiviti bebas untuk rehat atau berjalan sendiri
HARI 2 / DAY 2
PERTH CITY TOUR
- Sarapan pagi di hotel (termasuk)
- Lawatan bandar Perth (maksimum 10 jam)
- Lawatan ke Kings Park & Taman Botani – menikmati pemandangan latar langit Perth dan bergambar di Glass Bridge
- Lawatan ke bangunan bersejarah seperti Parliament House, Barrack Arch, St Georges Terrace, Northbridge, dan Hay Street
- Bergambar di Elizabeth Quay dan Bell Tower (luar sahaja)
- Pilihan lawatan tambahan (kos sendiri):
– Perth Mint dan Gold Pour Tour – AUD 25/seorang
– Lawatan separuh hari ke Caversham Wildlife Park & pertunjukan haiwan – AUD 35/seorang
HARI 3 / DAY 3
FREMANTLE EXPLORATION
- Sarapan pagi di hotel
- Lawatan penuh hari ke Fremantle (maksimum 10 jam)
- Pilihan lawatan Fremantle:
– Fisherman Boat Harbour
– Monument Hill
– Round House - Membeli-belah di Fremantle Market (hanya dibuka Jumaat hingga Ahad)
- Diambil semula di pasar dan dihantar ke hotel
- Perkhidmatan bas tamat di hotel
Optional Activity:
- Captain Cook Swan River Cruise – AUD 46/seorang
- Mandurah Dolphin & View Cruise
HARI 4 / DAY 4
FREE AND EASY
- Sarapan pagi di hotel
- Hari bebas tanpa perkhidmatan bas atau makan
Optional Activity:
- Meneroka bandar Perth secara sendiri
- Membeli-belah di Murray Street atau Hay Street Mall
- Naik bas percuma CAT untuk keliling bandar
- Pilihan lawatan tambahan (SIC) termasuk makan tengah hari – AUD 250 seorang:
– Lawatan Sehari ke Pinnacles & Lancelin
– Lawatan Sehari ke Wave Rock
– Lawatan Sehari ke Pulau Rottnes
– Lawatan Sehari ke Margaret River
HARI 5 / DAY 5
PERTH – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Bebas selepas sarapan sehingga waktu daftar keluar rasmi
- Pemindahan sehala ke Lapangan Terbang Perth
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Penginapan di Hotel
Melawat ke Tempat Lawatan
- Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan seperti aturcara
Pengangkutan
- Pemandu pelancong profesional
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas
Makanan
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan Halal / sesuai Muslim seperti aturcara
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu puncak,
perayaan, dan cuti umum - Caj tambahan lebihan had bagasi
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman serta tiket bayaran masuk tambahan selain
dari yang dinyatakan dalam aturcara
Insurans
- Insurans perjalanan
Lain-lain
- Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan
PAKEJ PERTH & FREMANTLE 5H4M – MATTA FAIR
*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa
5 HARI 4 MALAM
Soalan Lazim
Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.
Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!
Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).
Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.
Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.