You are currently viewing BEIJING – GREAT OF WALL – FORBIDDEN CITY (6 Hari 4 Malam)

BEIJING – GREAT OF WALL – FORBIDDEN CITY (6 Hari 4 Malam)

BEIJING – GREAT OF WALL – FORBIDDEN CITY (6 Hari 4 Malam)

Pilih Tarikh Anda

Gambaran Keseluruhan

✨ Pakej Percutian Beijing – Terokai Sejarah Agung & Keajaiban Moden China

Pakej Percutian Beijing ini membawa anda menjelajah ke sebuah kota yang kaya dengan warisan sejarah dan pesona moden. Dari kehebatan Kota Larangan dan Tembok Besar China hingga ke seni bina futuristik dan budaya tempatan yang memikat, anda akan menikmati gabungan sempurna antara lama dan baharu. Direka khas untuk pelancong Muslim, pakej ini menawarkan keselesaan maksimum dengan makanan halal, pemandu pelancong berbahasa Melayu, dan penginapan strategik yang selesa.

Kenapa Pilih Pakej Percutian Beijing Tripfez?

Sertai kumpulan kecil eksklusif ke China – pengalaman penuh budaya dengan sentuhan peribadi, halal dan bebas kerisauan.

✈️ Terbang Terus ke Beijing – Penerbangan terus bersama Malaysia Airlines untuk permulaan percutian yang lancar dan selesa.

🧭Tour Leader  Berpengalaman dari Malaysia – Fasih berbahasa Melayu dan arif tentang sejarah serta budaya Beijing – menjadikan lawatan lebih bermakna.

Insurans Perjalanan Komprehensif Termasuk – Untuk ketenangan minda anda sepanjang perjalanan.

🍱 Makanan Halal atau Vegan Disediakan – Hidangan segar yang memenuhi keperluan diet Muslim – bukan makanan dibungkus!

🏨 Hotel 3–4 Bintang Strategik – Menginap di pusat bandar untuk akses mudah ke tarikan utama seperti Tiananmen Square, Summer Palace & Wangfujing.

🏯 Aktiviti Menarik Termasuk – Lawatan ke Kota Larangan, Tembok Besar China, Temple of Heaven dan pengalaman seni budaya tempatan.

🥟 Rasai Makanan Chinese Muslim Asli – Nikmati keenakan hidangan halal tempatan yang jarang ditemui di luar China.

🛍️ Waktu Membeli-belah di Pasar Sutera & Wangfujing Street – Dapatkan cenderamata unik dan barangan tempatan dengan harga menarik.

Tempah Sekarang & Rasai Sendiri Keunikan Beijing!

Jangan lepaskan peluang menyertai Pakej Percutian Beijing 6H4M – sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun pengembara solo Muslim yang ingin melihat dunia dengan cara yang selesa, halal dan penuh pengalaman budaya.

Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions

Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung. 

Harga Pakej

  TRIPLE TWIN SINGLE
Adult
12 years and above
MYR 3,080
MYR 3,480
MYR 3,080
MYR 3,480
MYR 3,580
MYR 4,190
Child w/bed
6 to 11 years
 
MYR 2,980
MYR 2,980
 
Child without bed
2 to 5 years
 
MYR 2,780
MYR 2,780
 
Infant
upto 2 years
 
MYR 1,500
MYR 1,500
 

Tempat Menarik

Birdnest

Lawati Stadium Bird’s Nest, ikon Olimpik Beijing dengan seni bina moden yang mengagumkan.

Great Wall

Terokai keajaiban dunia di Great Wall of China, simbol ketahanan dan sejarah yang epik.

Tian An Men Square

Kunjungi Tian An Men Square, dataran awam terbesar di dunia dan pusat sejarah China moden.

Wanfujing Street

Nikmati beli-belah dan makanan jalanan di Wanfujing Street, kawasan komersial terkenal di Beijing.

Acrobatic Show

Saksikan persembahan memukau di Acrobatic Show, yang menampilkan kepakaran dan aksi luar biasa.

Summer Palace

Bersiar-siar di Summer Palace, taman diraja yang luas dengan tasik dan istana bersejarah.

Niujie Muslim Supermarket

Beli barangan halal di Niujie Muslim Supermarket, yang memenuhi keperluan pelancong Muslim di Beijing.

Largest LED Screen in Asia

Kagumi Skrin LED Terbesar di Asia, tarikan moden yang menakjubkan di pusat beli-belah Beijing.

HARI 1 / DAY 1

KUALA LUMPUR – BEIJING
  • Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing (PKX).

HARI 2 / DAY 2

BEIJING
  • Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing (PKX).
  • Setibanya di Beijing, bergambar di Olympic Village serta pelbagai jenis mural dan monumen berkaitan Olimpik.
  • Melawat Bird Nest, merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Melawat Water Cube, salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Makan tengahari, rehat.
  • Lawatan ke Songyu Mosque.
  • Makan malam dan pulang ke hotel

HARI 3 / DAY 3

BEIJING CITY TOUR
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan di Beijing termasuk Great Wall of China yang merupakan tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China
  • Makan tengah hari.
  • Lawatan ke salah satu street yang terkenal di China Wanfujing Street kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi.
  • Baoshutang & Chinese herb center (compulsory shop)
  • Makan malam dan bermalam di Beijing.

HARI 4 / DAY 4

BEIJING CITY TOUR
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan di Beijing termasuk Tian An Men Square, antara dataran yang penuh dengan sejarah China. Di sini
    terdapat binaan penting seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Singgah solat di masjid tertua di Beijing Niujie Mosque dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao.
  • Bersiar-siar dan membeli belah di Muslim Supermarket antara lokasi pilihan untuk dapatkan barangan yang halal rempah-ratus, sayur-sayuran, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain
  • Bertolak untuk menyaksikan Acrobatic Show, persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan pada sebelah petang
  • Bermalam di Beijing.

HARI 5 / DAY 5

BEIJING CITY TOUR
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan di Beijing termasuk Summer Palace, diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan.
  • Lawatan ke Jade Shop (Compulsory shop).
  • Singgah solat di Fayuan Mosque, masjid yang dibina pada ratusan tahun dahulu oleh Dinasti Qing.
  • Lawatan ke Hongqiao Market.
  • Bersiar-siar dan membeli belah di Xiushui Market, terkenal sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
  • Lawatan ke Largest LED Screen di Asia.
  • Makan malam dan bermalam di Beijing.

HARI 6 / DAY 6

BEIJING – KUALA LUMPUR
  • Daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Beijing.
  • Penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

Nota:

** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.

Pakej Termasuk

Penginapan

  • Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
  • 30kg bagasi dan tempat duduk standard
  • 4 malam di hotel (3-4 bintang) atau hotel serupa
  • Bas berhawa dingin dengan pemandu

Melawat ke Tempat Lawatan

  • Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
  • Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas  (Penerbangan Ogos ke atas sahaja)

Makanan

  • Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
  • Makanan di dalam kapal terbang
  • Makanan Halal Disediakan

Ketua Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
  • Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel

Minuman atau Air

  • Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.

Insurans

  • Insurans perjalanan percuma (kumpulan)

Pakej Tidak Termasuk

Caj Tambahan

  • Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
  • Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
  • Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan

Servis Tambahan

  • Cuci Pakaian
  • Snek
  • Minibar
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

Insurans

  • Lindungan Insurans Tambahan
  • Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas @ RM 100/seorang (wajib) (Jan – Jul 25)

Makanan & Minuman

  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan

Lain-lain

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

BEIJING – GREAT OF WALL – FORBIDDEN CITY (6 Hari 4 Malam)

Harga DariMYR3,480
MYR 3,080 /Adult
All-Inclusive

*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room

6 HARI 4 MALAM

Blogs

FAQs

Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.

Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!

Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).

Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.

Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.