DELHI – SRINAGAR / AGRA / TAJ MAHAL
Pilih Tarikh Anda
Gambaran Keseluruhan
✨ Terokai Keunikan Delhi, Kashmir & Agra
Pakej pelancongan India ke Delhi, Kashmir & Agra ini menawarkan pengalaman percutian yang kaya dengan sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadi. Sesuai untuk pelancong Muslim, pakej ini merangkumi lawatan ke destinasi ikonik seperti Taj Mahal, Houseboat Srinagar dan kota lama Delhi. Dengan gabungan itinerari yang teratur dan masa santai, anda bakal menikmati pengalaman yang seimbang dan memuaskan.
Kenapa Pilih Pakej Pelancongan India Tripfez?
Sertai kumpulan perjalanan kecil eksklusif kami dan alami yang terbaik dari Delhi, Kashmir & Agra melalui pakej pelancongan India Tripfez yang mesra Muslim dan terancang dengan rapi.
✈️ Terbang Terus dengan Malaysia Airlines – Nikmati penerbangan tanpa henti yang selesa dan cepat ke Delhi.
🧭 Tour Leader Malaysia Berpengalaman – Menjamin perjalanan yang lancar, menyeronokkan dan penuh informasi tempatan.
✅ Insurans Perjalanan Komprehensif Termasuk – Perlindungan menyeluruh sepanjang percutian untuk ketenangan fikiran.
🍱 Makanan Halal atau Vegan yang Lazat – Dihidangkan segar (bukan makanan bungkus), sesuai dengan keperluan diet anda.
🏨 Hotel 4–5 Bintang Selesa di Lokasi Strategik – Akses mudah ke tarikan utama seperti Taj Mahal, Lal Qila dan masjid bersejarah.
🛶 Pengalaman Bermalam di Houseboat Srinagar – Nikmati suasana damai Dal Lake dengan pengalaman rumah bot yang unik.
Pakej pelancongan India ke Delhi, Kashmir & Agra ini sesuai untuk pasangan, keluarga dan sesiapa yang ingin merasai pengalaman unik, selesa dan halal di India — lengkap dengan makanan mesra Muslim, lokasi penginapan strategik, dan layanan mesra ibadah.
Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions
Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.
Harga Pakej
TRIPLE | TWIN | SINGLE | |
---|---|---|---|
Adult
12 years and above
|
MYR
4,680
MYR
6,090
|
MYR
4,680
MYR
6,090
|
MYR
5,380
MYR
6,391
|
Child w/bed
6 to 11 years
|
MYR
4,280
MYR
4,280
|
||
Child without bed
2 to 5 years
|
MYR
3,680
MYR
3,680
|
||
Infant
upto 2 years
|
MYR
2,500
MYR
2,500
|
Tempat Menarik

Gulmarg
Lawati Gulmarg, destinasi ski terkenal dengan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Sonamarg
Nikmati keindahan semula jadi Sonamarg, syurga bagi pencinta alam dan pendaki.

Taj Mahal
Kagumi keajaiban seni bina dunia, Taj Mahal, simbol cinta abadi di Agra.

Agra Fort
Terokai sejarah agung di Kubu Agra, warisan zaman Empayar Mughal.

Taman Mughal
Bersantai di Taman Mughal, yang direka dengan landskap simetri klasik dan aliran air.

Taman Shalimar
Jelajahi Taman Shalimar, taman bersejarah yang dibina oleh Maharaja Mughal di Srinagar.

Taman Nishad
Rasai ketenangan di Taman Nishat, taman di tepi tasik yang memukau dengan latar belakang pergunungan.

Khilanmarg
Kunjungi Khilanmarg, lokasi tenang dengan padang rumput berbunga dan pemandangan Himalaya.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KUALA LUMPUR – DELHI
- Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
- Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Delhi.
- Penerbangan domestik dari Delhi ke Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir.
- Ketibaan di Srinagar bergerak menuju ke Bostan Premium Deluxe Houseboats menggunakan Gondola (Shikara).
- Makan malam dan bermalam di Srinagar.
HARI 2 / DAY 2
SRINAGAR – GULMARG – SRINAGAR
- Sarapan pagi di hotel.
- Bertolak ke Gulmarg (Padang Bunga), terletak pada ketinggian 2,730 meter dari paras laut. Perjalanan sejauh 65km akan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam.
- Tiba di Gulmarg.
- Naiki kereta kabel Gondola ke Khilanmarg untuk melihat pergunungan Himalaya.
- Jika cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Gunung Nanga Parbat – salah satu puncak tertinggi di dunia.
SEASON: BIASA
- Pendakian ringan ke Khilanmarg (sekitar 3 jam pergi balik).
- Makan tengah hari di Gulmarg.
- Kembali ke Srinagar pada lewat petang.
- Makan malam dan bermalam di hotel di Srinagar.
SEASON: WINTER
- Ski resort
- Sledge
- Second phase
- Menaiki kenderaan (jeep) untuk pergi ke Ski Resort
HARI 3 / DAY 3
SRINAGAR – SONAMARG – SRINAGAR
- Sarapan pagi di hotel.
- Bertolak untuk lawatan seharian ke Sonamarg (Padang Emas) – kira-kira 83 km dari Srinagar, mengambil masa lebih kurang 2.5 jam perjalanan.
- Sepanjang perjalanan, nikmati keindahan Lembah Sindh yang dipenuhi bunga dan dikelilingi oleh gunung-ganang.
- Sonamarg juga merupakan pangkalan untuk trek ke tasik-tasik altitud tinggi Himalaya bagi pencinta alam dan pengembara.
- Bertolak balik ke Srinagar.
- Makan malam dan bermalam di hotel di Srinagar.
HARI 4 / DAY 4
SRINAGAR – DELHI – AGRA
- Bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Delhi.
- Tiba di Delhi, memandu ke Agra (Bandar Taj Mahal) dengan jarak 200 km yang mengambil masa kira-kira 4.5 jam.
- Setibanya di Agra, pindah ke hotel untuk makan malam dan bermalam.
HARI 5 / DAY 5
AGRA – DELHI
- Sarapan pagi dan lawatan ke Taj Mahal, salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia.
- Melawat Kubu Agra, kubu batu merah bersejarah dibina oleh Akbar dan disempurnakan oleh Shah Jahan.
- Saksikan demonstrasi kerja tangan ukiran marmar di bengkel kraf tempatan.
- Makan tengah hari di hotel dan ruang untuk solat.
- Memandu kembali ke Delhi dan menikmati masa bebas membeli-belah di pasar tempatan Delhi.
- Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel di Delhi.
HARI 6 / DAY 6
DELHI CITY TOUR – KUALA LUMPUR
- Bersiar-siar di Old dan New Delhi.
- Melawat India Gate dan Masjid Jamia.
- Melawat sekitar Red Fort, Qutab Minar, Istana Presiden, Bangunan Parlimen dan Bangunan Kerajaan.
- Makan tengahari di restoran.
- Menuju ke Lapangan Terbang Delhi
HARI 7/ DAY 7
KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel.
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
- Tiket penerbangan domestik.
- Naiki Gondola di Gulmarg sehingga fasa pertama ( 8000 – 10000 kaki ASL
- 20kg bagasi dan tempat duduk standard.
- Bermalam di Houseboats & Hotel.
- Bas berhawa dingin dengan pemandu
Melawat ke Tempat Lawatan
- Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
- Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan
Makanan
- Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
- Makanan di dalam kapal terbang
- Makanan Halal Disediakan
Ketua Pemandu Pelancong
- Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
- Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel
Minuman atau Air
- Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.
Insurans
- Insurans perjalanan percuma (kumpulan)
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
- Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
- Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Insurans
- Lindungan Insurans Tambahan
- Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas
Tips & VISA
- Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas @ RM 150/seorang (wajib) (Jan – 19 Jun 25)
- Visa India (RM 100 – RM 150)
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Lain-lain
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
DELHI – SRINAGAR / AGRA / TAJ MAHAL
*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room
7 HARI 5 MALAM
FAQs
You just have to prepare the expenses for shopping & “Free & Easy” activity.
No need to worry! Our hotel will be located nearby public transport such as subway & bus. You just have to buy The T-Money Card at the convenience store & explore Seoul freely!
Certainly, we will stop for prayers. Most of the restaurants have the space to perform the solah (During Lunch).
Indeed, we will process the application on behalf of the client. Thus, please note that any decision made by K-Eta is final and beyond Tripfez Travel & Tours control.
Yes, our trip will be using a private bus that is very comfortable and conducive, minimizing the need for walking compared to using public transportation.