HO CHI MINH – DALAT – MUINE – FREE & EASY (5 Hari 4 Malam)
Pilih Tarikh Anda
Gambaran Keseluruhan
✨ Pakej Ho Chi Minh – Dalat – Muine 5H4M Eksklusif Tripfez
Nikmati percutian 5 hari 4 malam ke Ho Chi Minh, Dalat dan Mui Ne yang menggabungkan tarikan bandar, alam semula jadi dan destinasi unik. Sesuai untuk pasangan, keluarga atau rakan-rakan yang ingin bercuti dengan itinerari terancang dan selesa.
🌟 Kenapa Pilih Pakej Ho Chi Minh Tripfez?
Tripfez menyediakan pakej percutian yang mudah diurus dengan susunan perjalanan yang seimbang. Anda boleh menikmati setiap destinasi tanpa tergesa-gesa, sesuai untuk percutian santai dan fleksibel.
🏜️ Red Sand Dune (Mui Ne) – Nikmati panorama bukit pasir merah yang menakjubkan dengan suasana terbuka, sesuai untuk aktiviti santai, bergambar dan menikmati pemandangan laut yang memukau.
🏛️ Crazy House – Lawatan ke bangunan unik dan kreatif di Dalat dengan seni bina luar biasa, sesuai untuk fotografi dan pengalaman yang menyeronokkan.
🛍️ Pasar Ben Thanh – Pasar tradisional terkenal di Ho Chi Minh yang meriah dengan pelbagai barangan tempatan, cenderamata dan makanan asli Vietnam.
🎢 Mongoland – Taman tema interaktif dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak menikmati pengalaman unik.
🌸 Tasik Xuân Hương – Tasik indah di tengah bandar Dalat dengan suasana tenang dan udara sejuk, sesuai untuk bersantai dan menikmati pemandangan semula jadi.
💦 Datanla Waterfall – Air terjun semula jadi yang dikelilingi kehijauan hutan Dalat, menawarkan pengalaman alam yang menyegarkan dan menenangkan.
🕌 Masjid Nourul Ehsaan – Masjid komuniti Muslim di Dalat dengan suasana tenang, memberi kemudahan untuk beribadah sepanjang percutian.
🌅 Fisherman Village – Kawasan kampung nelayan di tepi laut dengan suasana unik, sesuai untuk bersiar-siar, bergambar dan menikmati pemandangan sekitar.
🎉 Tempah Pakej Ho Chi Minh – Dalat – Mui Ne 5 Hari 4 Malam Bersama Tripfez
Rancang percutian ke Vietnam bersama Tripfez dan nikmati pengalaman perjalanan yang tersusun serta selesa. Pakej ini memberi ruang untuk anda menikmati setiap destinasi mengikut keselesaan sendiri.
Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions
Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.
Harga Pakej
| TRIPLE | TWIN | SINGLE | |
|---|---|---|---|
|
Adult
12 years and above
|
MYR
2,080
MYR
2,980
|
MYR
2,080
MYR
2,980
|
MYR
2,280
MYR
3,180
|
|
Child w/bed
6 to 11 years
|
MYR
2,080
MYR
2,080
|
||
|
Child without bed
2 to 5 years
|
MYR
1,580
MYR
1,580
|
||
|
Infant
upto 2 years
|
MYR
1,000
MYR
1,000
|
Tempat Menarik
Red Sand Dune (Muine)
Panorama bukit pasir merah yang menakjubkan, aktiviti menaiki sandboard dan pemandangan laut yang memukau, sesuai untuk fotografi dan pengalaman santai.
Crazy House
Bangunan unik dan kreatif di Dalat dengan seni bina luar biasa, pengalaman menyeronokkan dan peluang bergambar yang menarik.
Pasar Ben Thanh
Pasar tradisional meriah dengan pelbagai barangan tempatan, cenderamata dan makanan autentik Vietnam, sesuai untuk membeli-belah dan meneroka budaya.
Mongoland
Taman tema interaktif dengan aktiviti menyeronokkan, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak menikmati pengalaman unik dan hiburan penuh aksi.
Tasik Tasik Xuân Hương.
Tasik terkenal di pusat bandar Dalat dengan suasana tenang dan udara sejuk. Sesuai untuk berjalan santai, menikmati pemandangan dan bergambar.
Datanla Waterfall
Air terjun semula jadi yang dikelilingi kehijauan hutan Dalat. Menawarkan pengalaman alam semula jadi dan aktiviti santai.
Masjid Nourul Ehsaan
Masjid komuniti Muslim di Dalat dengan suasana yang tenang. Memberi kemudahan untuk beribadah sepanjang percutian.
Fisherman Village
Kawasan tepi laut dengan suasana kampung nelayan yang unik. Sesuai untuk bersiar-siar, bergambar dan menikmati pemandangan sekitar.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KUALA LUMPUR – HO CHI MINH- DALAT
- Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
- Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Saigon, Ho Chi Minh.
- Tiba di Saigon Airport, Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat.
- Menaiki bas mengambil masa 6 jam untuk tiba di Dalat.
- Lawatan ke Tasik Tasik Xuân Hương.
- Lawatan malam di Lam Vien Square.
- Daftar masuk hotel (Dalat).
HARI 2 / DAY 2
DALAT TOUR
- Sarapan pagi di restoran halal.
- Lawatan ke Clay Tunnel atau Mongo Land.
- Lawatan ke Me Linh Coffee iaitu sebuah kafe terkenal dengan panorama ladang kopi dan pergunungan, sambil menikmati secawan kopi istimewa Vietnam.
- Lawatan ke Ladang bunga dan buah untuk menikmati keindahan bunga berwarna warni dan hasil buah segar tempatan yang menjadi kebanggaan Dalat.
- Lawatan ke Datanla Waterfall dan bermain Alpine coaster
- Lawatan ke Crazy House, Bangunan unik dengan reka bentuk artistik luar biasa, seolah-olah berada dalam dunia fantasi.
- Aktiviti membeli belah di Wholesale shops (Kain, telekung, jubah, tudung & lain-lain).
- Aktiviti diteruskan dengan Jam workshop, peserta berpeluang untuk melihat proses pembuatan jem buah-buahan tempatan.
- Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual
pelbagai makanan ringan tempatan. - Pulang ke hotel (Dalat).
HARI 3 / DAY 3
DALAT – MUINE – HO CHI MINH
- Daftar keluar Hotel.
- Bergerak menuju ke Muine.
- Aktiviti pertama di Muine dimulakan di White Sand Dune iaitu hamparan pasir putih luas seperti gurun, dan menikmati pengalaman menaiki jeep yang memberikan keseronokan dan pemandangan menakjubkan. Kemudian, peserta juga berpeluang melihat Red Sand Dune iaitu bukit pasir merah yang berubah warna mengikut cahaya matahari, menjadikannya lokasi bergambar yang menarik.
- Perjalanan diteruskan ke Ho Chi Minh dan akan melalui kawasan Fisherman Village untuk menyaksikan kehidupan harian nelayan
tempatan dan deretan bot warna-warni. - Singgah solat di Masjid Nourul Ehsaan, sebuahmmasjid yang terbesar di Vietnam.
- Daftar masuk Hotel di Ho Chi Minh.
HARI 4 / DAY 4
- Sarapan pagi.
- Aktiviti bebas sendiri membeli belah di Ben Thanh Market atau Malaysian Street dan peserta bebas bergerak dengan aktiviti sendiri di kawasan bandar Ho Chi Minh.
HARI 5 / DAY 5
HO CHI MINH – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi
- Aktiviti bebas
- Daftar keluar hotel.
- Bertolak ke lapangan terbang Saigon, Ho Chi Minh.
- Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
- 30kg bagasi dan tempat duduk standard
- 4 malam di hotel (3 bintang) atau hotel serupa
- Bas berhawa dingin dengan pemandu
Melawat ke Tempat Lawatan
- Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
- Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan
Ketua Pemandu Pelancong
- Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
- Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas
Makanan
- Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
- Makanan di dalam kapal terbang
- Makanan Halal Disediakan
Minuman atau Air
- Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.
Insurans
- Insurans perjalanan percuma (kumpulan)
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
- Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
- Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Insurans
- Perlindungan Insurans Tambahan
- Perlindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Lain-lain
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
HO CHI MINH – DALAT – MUINE – FREE & EASY (5 Hari 4 Malam)
*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room
5 HARI 4 MALAM
FAQs
Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.
Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!
Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).
Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.
Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.
