PAKEJ GOLD COAST & BRISBANE 5H4M – MATTA FAIR
Gambaran Keseluruhan
🌏 Pakej Gold Coast & Brisbane 5H4M Eksklusif Tripfez
Jom sertai pengembaraan 5 hari 4 malam ke Australia dengan pakej Gold Coast & Brisbane Tripfez! Nikmati gabungan suasana bandar moden Brisbane dengan pantai ikonik Gold Coast. Sesuai untuk percutian keluarga, sahabat atau pasangan yang ingin merasai pengalaman santai dan penuh kenangan.
🌟 Kenapa Pilih Pakej Gold Coast & Brisbane Tripfez?
Tripfez memastikan anda mendapat pengalaman melancong tanpa risau dengan itinerari menarik, lawatan ke tempat ikonik, serta penginapan yang selesa dan mesra Muslim. Tawaran ini juga lebih istimewa kerana anda boleh nikmatinya pada harga terbaik di MATTA Fair 2025.
1. Eumundi Market
Pasar terbuka terkenal di Sunshine Coast dengan lebih 600 gerai menjual produk tempatan, makanan segar, kraftangan unik dan persembahan jalanan. Tempat sempurna untuk shopping sambil merasai suasana komuniti tempatan Australia.
2. Glasshouse Mountain
Nikmati panorama menakjubkan formasi batu gunung berapi purba yang menjadi simbol Queensland. Lokasi ini terkenal dengan pemandangan semula jadi indah, sesuai untuk bergambar dan bersantai bersama keluarga.
3. Queen Street Mall
Pusat membeli-belah utama di Brisbane dengan lebih 700 kedai fesyen, makanan, dan hiburan. Suasana meriah mall terbuka ini menjadikannya destinasi kegemaran pelancong dan penduduk tempatan.
4. Surfers Paradise
Pantai paling ikonik di Gold Coast! Dengan pasir putih yang memanjang dan ombak yang menggoda, ia adalah lokasi terbaik untuk bersantai, bersiar-siar, bergambar atau mencuba aktiviti pantai.
🎉 Tempah Pakej Gold Coast & Brisbane 5H4M di MATTA Fair 2025
Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran eksklusif Tripfez di MATTA Fair 2025. Rasai keindahan bandar Brisbane dan pantai Gold Coast dengan pakej mesra Muslim, lengkap dengan itinerari menarik. Tempah sekarang dan cipta memori indah di Australia!
Harga Pakej
DEWASA
(HARGA UNTUK PER PAX)
Bilik Berdua
Harga bermula dari
MYR
4,990
Tempat Menarik

Eumundi Market
Pasar terbuka yang terkenal dengan suasana santai dan penuh warna. Pelancong boleh membeli hasil seni, kraftangan tempatan, serta menikmati hidangan segar dan unik dari vendor komuniti.

Glasshouse Mountain
Gugusan gunung berapi purba yang menawan dengan formasi batu unik. Lokasi ini popular untuk mendaki ringan, fotografi, dan melihat pemandangan landskap Queensland yang memukau.

Queen Street Mall
Pusat beli-belah utama di Brisbane dengan ratusan butik, kedai jenama terkenal, serta hiburan jalanan. Tempat sesuai untuk membeli-belah sambil menikmati suasana bandar moden.

Surfers Paradise
Pantai ikonik di Gold Coast dengan pasir putih dan laut biru. Selain bersantai atau surfing, kawasan ini juga terkenal dengan hiburan malam dan restoran menarik di tepi pantai.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KUALA LUMPUR – GOLD COAST
- Tiba di Lapangan Terbang Brisbane, sambutan oleh wakil tempatan.
- Lawatan bandar Brisbane: King George Square, City Hall, Chinatown, Treasury Building & Southbank Parkland.
- Meneroka Queen Street Mall atau kawasan baru Queen’s Wharf Brisbane.
- Makan tengah hari.
- Lawatan ke kawasan pemandangan indah Mt Coot-tha.
- Daftar masuk hotel dan masa bebas untuk berehat.
- Jika masa mengizinkan – lawatan ke Eat Street Northshore, (Jumaat–Ahad, 4PM–9PM, tambahan AUD6/pax.)
- Bermalam di Gold Coast.
HARI 2 / DAY 2
SUNSHINE COAST FULL DAY TOUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Pemanduan melalui kawasan pergunungan Glasshouse Mountains dan hentian di Ettamogah Pub.
- Lawatan ke perkampungan indah Montville.
- Meneruskan perjalanan di laluan pesisir ke Caloundra dan Mooloolaba.
- Singgah di Eumundi Markets (dibuka Rabu & Sabtu pagi).
- Lawatan ke The Ginger Factory (masuk percuma) dan bergambar di lokasi bekas The Big Pineapple.
- Bermalam di Brisbane.
HARI 3 / DAY 3
BRISBANE – GOLD COAST
- Sarapan pagi di hotel.
- Daftar keluar dan bertolak ke Gold Coast dengan lawatan separuh hari.
- Hentian pemandangan di Sanctuary Cove yang menampilkan Ocean Front Millionaire’s Row.
- Lawatan sekitar bandar Gold Coast: Surfers Paradise, Main Beach, Broadbeach, Miami Beach & Southport.
- Daftar masuk hotel dan masa bebas.
- Meneroka Pasar Malam Surfers Paradise secara bebas (setiap Rabu/Jumaat/Sabtu, 4PM–9PM).
- Bermalam di Gold Coast.
HARI 4 / DAY 4
FREE AND EASY
- Sarapan pagi di hotel.
- Hari bebas untuk aktiviti sendiri atau membeli-belah.
- Shuttle percuma (tertakluk kepada perubahan):
– Harbour Town DFO
– Pacific Fair Broadbeach - Bermalam di Gold Coast.
HARI 5 / DAY 5
GOLD COAST – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Daftar keluar dan bertolak ke Lapangan Terbang Brisbane untuk penerbangan pulang.
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Penginapan di Hotel
Melawat ke Tempat Lawatan
- Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan seperti aturcara
Pengangkutan
- Pemandu pelancong profesional
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas
Makanan
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan Halal / sesuai Muslim seperti aturcara
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu puncak,
perayaan, dan cuti umum - Caj tambahan lebihan had bagasi
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman serta tiket bayaran masuk tambahan selain
dari yang dinyatakan dalam aturcara
Insurans
- Insurans perjalanan
Lain-lain
- Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan
PAKEJ GOLD COAST & BRISBANE 5H4M – MATTA FAIR
*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa
5 HARI 4 MALAM
Soalan Lazim
Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.
Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!
Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).
Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.
Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.