You are currently viewing DUBAI – ABU DHABI  (6 Hari 4 Malam)

DUBAI – ABU DHABI (6 Hari 4 Malam)

DUBAI – ABU DHABI (6 Hari 4 Malam)

Pilih Tarikh Anda

Gambaran Keseluruhan

Pakej Percutian Dubai & Sharjah Muslim Friendly – Gabungan Kemewahan dan Warisan Budaya

Pakej percutian Dubai dan Sharjah Muslim Friendly ini membawa anda menerokai dua sisi berbeza UAE – kemewahan futuristik Dubai dan keindahan budaya tradisional Sharjah. Selama 6 hari 4 malam, alami sendiri pengalaman beli-belah mewah, seni bina ikonik, makanan halal yang menyelerakan dan tempat bersejarah yang kaya nilai warisan Islam.

Kenapa Pilih Pakej Percutian Dubai & Sharjah Ini?

Sertai kumpulan kecil eksklusif ke UAE bersama Tripfez – setiap butiran dijaga untuk memberikan pengalaman menyeluruh, selesa dan halal-friendly.

✈️ Terbang Terus Bersama Emirates – Penerbangan tanpa henti yang selesa dan pantas terus ke Dubai – bermula dan berakhir dengan tenang.

🧭 Tour Leader Dari Malaysia dan berbahasa Melayu – menjamin perjalanan yang teratur, menyeronokkan dan penuh informasi menarik tentang UAE.

Insurans Perjalanan Komprehensif Termasuk – Perlindungan penuh sepanjang perjalanan – untuk ketenangan fikiran anda sepanjang masa.

🍽️ Makanan Halal atau Vegan Disediakan – Tiada kompromi – nikmati hidangan lazat yang memenuhi keperluan diet Muslim. Semua makanan disediakan segar, bukan makanan dibungkus!

🏨 Hotel 3–4 Bintang di Lokasi Strategik – Penginapan selesa di tengah bandar Dubai dan Sharjah – memudahkan akses ke tempat-tempat tarikan utama.

Tempah Sekarang & Rasai Sendiri Gabungan Dubai & Sharjah!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati destinasi paling menarik di UAE secara selesa dan bebas kebimbangan. Terhad untuk tempat duduk eksklusif sahaja!

Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions

Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung. 

Harga Pakej

  TRIPLE TWIN SINGLE
Adult
12 years and above
MYR 4,980
MYR 5,690
MYR 4,980
MYR 5,690
MYR 5,680
MYR 6,690
Child w/bed
6 to 11 years
 
MYR 4,780
MYR 4,780
 
Child without bed
2 to 5 years
 
MYR 4,580
MYR 4,580
 
Infant
upto 2 years
 
MYR 1,500
MYR 1,500
 

Tempat Menarik

Burj Khalifa

Lawati Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.

Dubai Mall

Nikmati pengalaman beli-belah mewah dan hiburan keluarga di Dubai Mall, pusat beli-belah terbesar di dunia.

Gold Souk & Spice Souk

Terokai budaya tradisional Arab di Gold Souk & Spice Souk, pasar emas dan rempah yang ikonik.

Dhow Cruise

Rasai pengalaman romantik di Dhow Cruise, pelayaran malam dengan pemandangan indah dan makan malam bufet.

Desert Safari

Sertai Desert Safari, aktiviti penuh pengembaraan dengan pemanduan 4×4, sandboarding, dan pertunjukan kebudayaan.

Ferrari World

Lawati Ferrari World di Abu Dhabi, taman tema bertaraf dunia dengan roller coaster terpantas di dunia.

Daerah Al Seef

Alami suasana warisan dan seni bina lama di Daerah Al Seef, tepi sungai yang mempamerkan sejarah Dubai.

Madinat Jumeirah Souk

Beli cenderamata dan barangan tempatan di Madinat Jumeirah Souk, pasar bergaya Arab yang elegan.

HARI 1 / DAY 1

KUALA LUMPUR – DUBAI
  • Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai.
  • Daftar masuk hotel, bermalam di Dubai.

HARI 2 / DAY 2

DUBAI TOUR
  • Sarapan pagi hotel
  • Membeli belah di Leather Shop
  • Berhenti bergambar di Daerah Al Seef
  • Menaiki Abra Ride menuju ke Gold Souk dan Spice Souk
  • Bertolak menuju ke Burj Al Arab dan Jumeirah Beach
  • Melawat Madinat Jumeirah Souk
  • Menaiki Monorail ride menuju ke Atlantis the Palm
  • Bergerak menuju ke Dubai Mall dan bergambar di Burj Khalifa
  • Melihat pertunjukan Fountain Show
  • Bermalam di hotel dubai

Optional: Tiket Burj Khalifa At The Top @ USD55/pax

HARI 3 / DAY 3

DUBAI – ABU DHABI – DUBAI
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke Abu Dhabi.
  • Melawat Sheikh Zayed Grand Mosque, masjid terbesar di UAE.
  • Lawatan di sekitar Abu Dhabi termasuk bergambar di Emirates Palace, Etihad Tower dan Ferrari World.
  • Bertolak menuju ke Dubai.
  • Menaiki Dhow Cruise menikmati makan malam dan pertunjukan di atas cruise
  • Makan malam dan bermalam di hotel Dubai.

Optional:

  • Global Village @ USD15/pax (Jika kesemua
  • Ferrari World Entrance Ticket @ USD 85/pax

HARI 4 / DAY 4

DUBAI – DESERT SAFARI + BBQ DINNER
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas di waktu pagi untuk membeli belah dan bersiar-siar di bandar Dubai.
  • Menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4×4) untuk aktiviti Desert Safari melalui padang pasir berbukit sebelum
    singgah di campsite untuk makan malam BBQ.
  • Pulang ke hotel dan bermalam di Dubai.

Optional:

  • Miracle Garden @ USD35/pax
  • Hot AIr Balloon without Breakfast @ USD 196/pax
  • Atv Ride at Desert Safari Max 25 Minute @ USD 60/pax

HARI 5 / DAY 5

DUBAI – KUALA LUMPUR
  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Shopping / Market / Souk / Perfume.
  • Menuju ke lapangan terbang Sharjah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6 / DAY 6

KUALA LUMPUR
  • Tiba di Kuala Lumpur.

Nota:

** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.

Pakej Termasuk

Penginapan

  • Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
  • 30kg bagasi dan tempat duduk standard
  • 4 malam di hotel (3-4 bintang) atau hotel serupa
  • Bas berhawa dingin dengan pemandu

Melawat ke Tempat Lawatan

  • Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
  • Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan

Makanan

  • Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
  • Makanan di dalam kapal terbang
  • Makanan Halal Disediakan

Ketua Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
  • Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel

Minuman atau Air

  • Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.

Insurans

  • Insurans perjalanan percuma (kumpulan)

Pakej Tidak Termasuk

Caj Tambahan

  • Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
  • Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
  • Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan

Servis Tambahan

  • Cuci Pakaian
  • Snek
  • Minibar
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

Insurans

  • Lindungan Insurans Tambahan
  • Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas @ RM 100/seorang (wajib)

Makanan & Minuman

  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan

Lain-lain

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

DUBAI – ABU DHABI (6 Hari 4 Malam)

Harga DariMYR5,690
MYR 4,980 /Adult
All-Inclusive

*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room

6 HARI 4 MALAM

Blogs

FAQs

Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.

Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!

Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).

Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.

Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.