PAKEJ BOGOR – JAKARTA 4H3M – MATTA FAIR
Gambaran Keseluruhan
🌏 Pakej Bogor – Jakarta 4H3M Eksklusif Tripfez
Rasai pengalaman 4 hari 3 malam di Bogor & Jakarta yang menggabungkan keindahan alam, tarikan keluarga, sejarah dan aktiviti santai. Sesuai untuk pasangan, keluarga atau rakan-rakan yang ingin menikmati pengalaman edukatif, hiburan dan pemandangan menarik dengan selesa.
🌟 Kenapa Pilih Pakej Bogor – Jakarta Tripfez?
Tripfez menyediakan penginapan mesra Muslim lengkap dengan makanan halal dan aktiviti menarik. Dari lawatan ke taman pendidikan, safari haiwan, tarikan sejarah hingga taman air seronok, semua disusun untuk pengalaman santai, selamat dan penuh kenangan.
🥛 Cimory Dairyland – Nikmati pengalaman edukatif dengan susu segar, kebun lembu dan aktiviti interaktif untuk keluarga.
🗽 Monumen Nasional – Lawatan ke simbol ikonik Jakarta, pengalaman sejarah dan fotografi yang menarik.
🦁 Taman Safari Bogor – Safari haiwan eksotik di habitat semula jadi, pengalaman edukatif dan seru untuk semua peringkat umur.
🏊 Taman Akuatik Bogor – Aktiviti air seronok dan santai di taman akuatik, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
🎉 Tempah Pakej Bogor – Jakarta 4H3M di MATTA Fair 2025
Rancang percutian anda bersama Tripfez dan nikmati gabungan tarikan alam, pendidikan, haiwan & hiburan dengan harga istimewa sempena MATTA Fair 2025, sambil merasai pengalaman unik, penginapan selesa dan aktiviti menarik yang dirancang khas untuk keselesaan dan kenangan indah anda.
Harga Pakej
Hotel
(HARGA UNTUK PER PAX)
Bilik Berdua
Harga bermula dari
MYR
1,290
Highlight Package

Cimory Dairyland
Destinasi edukatif dengan susu segar, kebun lembu dan aktiviti interaktif, ideal untuk keluarga dan kanak-kanak.

Monumen Nasional
Monumen ikonik Jakarta yang menyimpan sejarah dan budaya tempatan, sesuai untuk fotografi dan lawatan edukatif.

Taman Safari Bogor
Safari haiwan eksotik di habitat semula jadi, pengalaman seru dan edukatif untuk semua peringkat umur.

Taman Akuatik Bogor
Taman air menyeronokkan dengan aktiviti santai, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak menikmati hari yang menyegarkan.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
JAKARTA – BOGOR
- Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta, anda akan disambut oleh pemandu pelancong kami yang ramah dan profesional.
- Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke kawasan tanah tinggi yang sejuk dan menenangkan, iaitu Puncak/Bogor.
- Singgah di Cimory Dairyland, sebuah taman riadah keluarga berkonsep ladang yang menarik, lengkap dengan pemandangan indah, mini zoo dan kafe unik
- Nikmati makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.
- Penginapan: Hotel di Bogor
HARI 2 / DAY 2
BOGOR TOUR
- Selepas sarapan, kita mulakan hari dengan lawatan yang pasti memikat hati!
- Kunjungi Taman Safari Indonesia, pengalaman safari dari dalam kenderaan di mana anda dapat melihat pelbagai spesies haiwan liar secara dekat
- Teruskan ke Kebun Raya Bogor, taman botani bersejarah bersebelahan dengan Istana Presiden Bogor. Di sini anda berpeluang melihat bunga Rafflesia Arnoldi.
- Seterusnya, lawatan ke Agrowisata Gunung Mas, ladang teh yang terbentang luas
- Singgah menunaikan solat di Masjid Atta’awun, sebuah masjid indah yang terkenal dengan seni bina moden serta pemandangan gunung-ganang yang mengagumkan.
- Sebelum pulang ke hotel, beli buah tangan tempatan di Sumber Wangi, pusat jualan makanan dan cenderahati yang popular di kalangan pelancong.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Penginapan: Hotel di Bogor
HARI 3 / DAY 3
BOGOR – JAKARTA CITY TOUR
- Selepas sarapan, daftar keluar hotel
- Bertolak menuju ke ibu kota penuh sejarah dan kemeriahan – Jakarta!
- Lawatan bermula di Taman Mini Indonesia Indah (TMII) sebuah taman budaya berskala besar yang memperkenalkan kekayaan etnik dan warisan budaya seluruh Indonesia.
- Seterusnya ke Monumen Nasional (Monas), mercu tanda Jakarta yang melambangkan semangat kemerdekaan negara ini.
- Solat di Masjid Istiqlal masjid terbesar di Asia Tenggara yang memukau dari segi seni bina dan sejarahnya.
- Nikmati keindahan klasik di Kota Tua Jakarta kawasan kolonial bersejarah yang penuh pesona dan sesuai untuk aktiviti fotografi.
- Masa untuk membeli-belah! Pilih antara Mall Mangga Dua, Tanah Abang Mall, atau Thamrin City – semuanya syurga untuk tekstil, pakaian Muslimah dan barangan fesyen dengan harga menarik!
- Makan malam sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- Penginapan: Hotel di Jakarta
HARI 4 / DAY 4
JAKARTA – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi
- Bertolak menuju ke airport
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- 3 malam penginapan di hotel
Makanan & Minuman
- Makanan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Pengangkutan / Pemandu Pelancong
- Pengangkutan
- Pemandu pelancong profesional
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas
Melawat ke Tempat Lawatan
- Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
- Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan seperti aturcara
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
- Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
- Caj tambahan lebihan had bagasi
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Insurans
- Insurance perjalanan
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Lain-lain
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
PAKEJ BOGOR – JAKARTA 4H3M – MATTA FAIR
*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa
4 HARI 3 MALAM
Soalan Lazim
Tidak. Ground arrangement tidak termasuk tiket penerbangan. Ia hanya cover servis di destinasi
Selepas booking ground arrangement confirm, kami akan beritahu tarikh yang sesuai untuk beli flight supaya selari dengan itinerary.
Ya, kami boleh bantu semak dan cadangkan waktu penerbangan yang sesuai supaya itinerary berjalan lancar.
Ya, kebanyakan ground arrangement termasuk penginapan. Kalau tidak termasuk, akan dinyatakan dalam pakej.
Ikut itinerary. Ada pakej yang termasuk sarapan sahaja, ada juga termasuk lunch/dinner. Semua akan dinyatakan.
Boleh. Kami boleh custom ikut bajet & keperluan (contoh: upgrade ke 4★ / 5★, transport private, driver Muslim, dsb)